○ Epilog ○

5.2K 320 40
                                    

■ Hejin's pov

Aku membuang pandangan ke arah luar tingkap. Bandar Seoul kelihatan amat indah pada waktu malam kerana dihiasi dengan lampu daripada kenderaan dan bangunan. Aku mula melayan lamunan aku. Tiba-tiba bibir aku terukir satu senyuman apabila teringat kembali memori aku bersama Jungkook.

Aku kagum dengan Jungkook. Jujur aku kata, dia manusia paling sabar apabila melayan aku. Walaupun dulu dia pernah marah dan tampar aku tapi aku sedar yang aku memang layak dapat hukuman tu. Ego aku ni memang lain macam punya annoying. Ya,aku sedar dengan sikap aku sendiri.

Kadang aku rasa bersalah sebab balas cinta Jungkook dengan layanan yang kasar. Mungkin emosi aku tak stabil dan aku ni memang tak tahu nak kawal diri. Sikit-sikit je nak terlepas. Tapi macam mana kalau malam tu Jungkook tak selamatkan aku? Mungkin aku mati sekarang. Aku syukur dapat suami macam Jungkook.

Walaupun dia nak teruskan kerjaya dia sebagai mafia, aku tak larang. Yelah sebagai seorang isteri yang mithali (eheks) aku respect keputusan suami aku.

Sedang aku khusyuk melayan lamunan aku , aku terkejut apabila terasa bahu aku ditepuk oleh seseorang. Aku menoleh dengan segera untuk melihat muka suami tercinta yang sudah tersenyum manis sehingga ternampak gigi arnabnya. Macam mana muka yang comel ni boleh tersesat jadi mafia?

"Termenung apa tu~" tegur Jungkook sambil mengusap lembut pipi aku.

"Pasal kita..."balas aku sambil menghadiahkan Jungkook satu senyuman. Jungkook hanya mengangguk kepala mendengar jawapan aku.

"Jom sayang~" ajak Jungkook sambil menunjuk ke arah katil. Dia mula tarik tangan aku. Akibat terkejut dengan ajakan tersebut,aku lepaskan tangan. Jungkook terus buat muka pelik.

"Abang ni demam ke apa?! Hejin tengah mengandung ni...abang boleh pulak ajak nak bagi dia adik!" Muka aku terus terasa hangat. Jungkook tergelak sambil pegang perut sendiri. Aku mula menyampah lalu aku tampar dada bidang Jungkook.

"Apa yang lawak sangat?!"

"Sayang ni otak kbat betul... abang nak ajak sayang tidur je..tapi kalau sayang nak, abang on ja. Kalau kita nak 10 orang kena mula dari sekarang. Mana tau boleh jadi kembar...." usik Jungkook sambil buat muka menggoda. Aku terus larikan anak mata aku daripada memandang Jungkook.

"Sayang~"bisik Jungkook. Astaga persis setan menghasut. Aku hanya berdiri kaku. Secara tiba-tiba, Jungkook mengangkat aku bridal style. Jungkook ni tak berat ke angkat aku yang berbadan dua ni? Dia terus meletakkan aku di atas katil lalu mengunci aku dengan tangannya. Jantung aku terus berdegup dalam kadar yang laju. Jungkook mula mendekatkan wajah kepadaku.

"Malam ni abang nak peluk sayang sampai lemas..." bisik Jungkook sambil menayang senyuman arnabnya. Dia terus merebahkan diri di sebelah aku.

"Don't worry. I respect my wife. Abang akan jaga sayang dan hejung baik-baik. Abang akan pastikan sayang tak rasa semua ni seorang diri." Kata Jungkook lalu mencium bibir aku.

Aku...terharu.


"Terima kasih,sayang..." Kata Jungkook sambil merenung tepat ke dalam anak mata aku.

"Mwo?"

"Thanks for everything. Thank you for accepting me,loving me. Thank you for being my wife, for giving me a beutiful daughter, and the most important thing is..thanks for your existence..."

Air mata yang aku tahan akhirnya jatuh juga. Hampir setiap malam Jungkook akan berkata begitu kepada aku. Tangan Jungkook aku raih lalu aku genggam dengan erat.

"Don't cry sayang. Abang nak minta maaf sebab tak dapat bagi kehidupan yang sempurna untuk Hejin. My love--"

"A strong relationship start with two people who are ready to sacrifice anything for each other..." kata aku sambil tersenyum.

"Tapi abang orang jahat..."

"So what? I don't care cause I know you have a pure heart. And i need a gangster to love me better..."

"And that gangster is you..."

♡The End♡


❤🔫❤🔫❤🔫
Itulah ending mafia ...
Sorry lambat update sbb idea kering, lepas ada idea saya type terus. So ini hasilnya. Sepanjang citer ni saya nak ucap jutaan terima kasih kepada semua yang sudi baca,vote,comment dalam citer merapu saya ni. Saya sangat menghargainya.

Saya nak minta maaf kalau cerita ini tak sehebat senpai lain sebab saya masih belajar. Dan minta maaf kepada semua yang kena gigit dengan semut sepanjang citer ni😂 dan saya nak cakap yang comment anda sangat menghiburkan.

Cerita mafia tak akan ada season 2 . Sorry. TETAPI AKAN ADA SEKUEL YANG BERTAJUK LAIN DAN HERO LAIN . Sat, apa beza season2 dengan sekuel ? Bodohnya aku...

Itu saja dari saya, jumpa di cerita saya yang lain.❤ kalau nak tanya apa2 tanya je...
Enjoy reading~

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 ʲᵉᵒⁿ ʲᵘⁿᵍᵏᵒᵒᵏNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ