○ 22 ○

3.6K 283 30
                                    

Hejin melalui lorong yang gelap itu dengan hati yang tabah. Kadang-kadang Hejin dapat merasai seperti ada seseorang mengikutnya daripada belakang. Hejin terus mempercepatkan langkahnya. Akhirnya, Hejin memberanikan diri dengan menoleh belakang untuk melihat siapa yang mengikutnya.

Namun tiada siapa. Jantung Hejin terus berdegup laju. Hantu ke yang ikut dia tadi?  Tak . Mungkin .

Hejin mengalih semula ke hadapan untuk meneruskan perjalanan. Namun, Hejin terkejut apabila melihat satu figura yang berpakaian lengkap bewarna hitam berdiri di hadapannya. Dalam sekelip mata Hejin ditekup dengan sehelai kain yang mengandungi bahan kimia.

Sebaik saja Hejin menghidu bahan kimia yang terdapat pada kain itu, penglihatannya terus menjadi kabur. Akibat daripada sakit kepala yang dialami, Hejin rebah ke tanah.

"Jungkook...saya takut...." lagi sekali air mata Hejin jatuh mengalir. Dalam penglihatan yang samar, Hejin dapat melihat satu figura yang amat dikenalinya.

"J...Jungkook " Hejin terus menutup rapat matanya.


/time skip/

Hejin cuba untuk membuka matanya secara perlahan-lahan.Dia pegang kepalanya yang masih lagi terasa pening. Mata Hejin mula meliar melihat sekeliling. Macam kenal je tempat ni...

Macam bilik dia dengan Jungkook dulu...

Sewaktu mata Hejin meliar melihat sekeliling, dia ternampak satu figura sedang tekun mengubati lukanya di kaki kiri.

Jungkook

Hejin terus bangun daripada pembaringannya. Jungkook yang tekun merawatnya terus berhenti akibat terkejut. Mata mereka bertaut lama. Jantung masing-masing mula berdegup laju. Selepas beberapa saat mereka berdua melarikan anak mata masing-masing.

"Kau ikut aku ke tadi? Atau kau upah orang untuk culik aku?" Tanya Hejin dengan geram. Muka Jungkook ditatap lama. Manakala Jungkook pula membuat reaksi terkejut.

"Jangan yakin sangat perempuan. Aku tak ikut kau tapi aku selamatkan kau. Tu je..." balas Jungkook dengan dingin. Hejin terkedu mendengar jawapan Jungkook. Tanpa Hejin sedari, penglihatannya mula menjadi kabur akibat daripada air mata yang ditahan.

"I miss you, abang. I'm so sorry..." kata Hejin sambil mencapai tangan Jungkook namun ditepis kasar.

"Don't call me abang and don't even touch me cause I don't know you!"  Kata Jungkook dengan tegas. Hejin mula menangis kerana menyesal.

"Kau dah sedarkan? Sekarang kau boleh berambus daripada sini sebab neraka bukan tempat kau..." perli Jungkook sambil mengorak langkah ke pintu bilik.

"I love you Jungkook...I really do" kata Hejin dengan nada yang sayu.

"Kau sayang aku atau harta aku?" Tanya Jungkook sambil merenung tajam ke arah Hejin yang masih lagi menangis. Kalau diikutkan hati, Jungkook mahu memeluk Hejin dan memujuknya agar berhenti menangis. Dia mahu memberitahu Hejin yang cintanya pada Hejin tak pernah berkurang walaupun Hejin selalu menguji kesabarannya.

Namun Jungkook juga ada ego.
Itu yang membuatkan dia lagi merasa pedih.

Tiba-tiba seorang pekerja Jungkook masuk ke bilik itu dengan muka yang pucat.

"Tuan Jeon...bad news, geng Black Panther serang kawasan kita..."


❤🔫❤🔫❤🔫
Hi everyone~
Sorry sebab lambat update semenjak ni saya tak sihat sangat sbb leher saya bengkak? Sedih woi baru nak syok cuti... (-_-)

Saja nak bagitau yg lepas ni tinggal lagi satu bab n epilog. Citer ni nak abis dah... so saya nak ucap jutaan terima kasih kepada semua yg support citer ni❤
Saya sangat menghargainya...sorry tak semua saya boleh balas comment, dll.
Sorry jugk kalau ayat makin pelik. Doakan keputusan pt3 saya elok dan kepada semua batch 04.

Itu saja. Sorry type byk sangat
Enjoy reading~

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 ʲᵉᵒⁿ ʲᵘⁿᵍᵏᵒᵒᵏWhere stories live. Discover now