"Oh ya. Anak-anak kau tahu pasal kau dengan laki kau bergaduh ke?" Denisha bertanya. "Tak. Tapi aku rasa Haziqah syak something lah antara aku dengan Ryan. Lepastu cara dia tengok si Puteri pun lain macam." Kerana Haziqah memang tahu pun. Little them didn't know that Haziqah berdendam dengan Puteri sehingga Puteri 'mampus'. Susah untuk Haziqah maafkan Puteri. Korang pun mesti susah kan nak maafkan perempuan yang merampas kebahagian parents korang. 

"Lepas tu dia dah kurang bergaul dengan Ryan. Banyak mengelak dari berada dengan bapa dia sendiri." Tambah Hani. Semua ini kerana Haziqah marah akan papanya dan Puteri. Dia marah dekat Ryan kerana papanya itu punca kenapa dia selalu ternampak mamanya menangis sejak dua menjak ini. Itu juga punca kenapa Haziqah dah tak berapa rapat dengan papanya itu.







             HAZIQAH tengah membasuh pinggan di dapur tika dia terdengar papa dan mamanya bergaduh di ruang tamu. Memang sejak Puteri muncul semula ini, mama dan papanya asyik bergaduh sahaja. Selama ini dia asyik terdengar sahaja mama dan papanya bertengkar. Cuma beriak biasa sahaja di depan Hani dan Ryan seolah-olah dia tidak tahu apa yang terjadi.

Mama dan papa sudah lama berkahwin, dia tahu pasti masalah ini boleh diselesaikan jika tiada pihak ketiga seperti dia masuk campur. Jadi dia diamkan sahaja.

Jelas kedengaran suara Hani bertanya pada Ryan. Kerjanya mencuci pinggan itu sudah ditangguhkan sejak tadi. Dia berdiri di tepi dinding. Cuba mendengar apa yang dikatakan oleh mamanya itu.

"Ya saya tahu lah dia sakit. Tapi Abang dah bawa juga kan dia pergi hospital dekat sini. Lepastu dah cuba bawa pergi berubat kampung dekat Kelantan tu. Ustaz pun kata tak ada apa-apa kan? Doktor tu pun syak saja. Bukannya dia ada kanser pun. Entah-entah dia tipu Abang je." Kata Hani.

Suaminya itu tiba-tiba sahaja menyatakan hasratnya mahu membawa Puteri bertemu dengan ustaz itu lagi. Kata Puteri dia sukar untuk tidur malam dan menyangka bahawa dia telah diganggu oleh makhluk halus yang dihantar oleh seseorang padanya. Tapi masalah sekarang ni, mana ada orang yang dengki dekatnya. Dia yang dengki dekat orang.

"Tak kan lah dia sanggup nak tipu Abang,Sayang. Tak de faedah lah. Kali ni je Abang tolong dia Sayang. Lagipun dia kan kawan Abang juga. Tak salah Abang nak tolong dia Sayang." Ujar Ryan. Selamba sahaja dia membalas seolah-olah Hani itu bukan sesiapa padanya.

"Dia tu ada suami, ada keluarga sendiri. Biarlah family dia yang tolong. Hubby tu orang luar. Setakat kawan je. Bukannya sesiapa pun pada dia. Entah-entah hubby beria nak tolong dia tu ada sebab kan?" Hani menuduh kerana selama ini kawan-kawan lelaki suaminya meminta tolong pada Ryan tak ada lah lelaki itu kemaruk sangat mahu menolong. Tapi bila Puteri yang meminta tolong bukan main lagi dia bersungguh-sungguh.

Kerana Haziqah malas mahu mendengar lebih lanjut, dia sambung semula kerjanya yang tertangguh itu. Dia sudah malas dan benci akan papanya yang sering memberi alasan yang tidak logik itu. Cakap je lah sebenarnya papanya itu masih cinta akan bekas kekasih lamanya itu.

Haziqah tahu yang Puteri itu bekas kekasih pada papanya sebelum papa dan mamanya berkahwin. Ini kerana Hani yang memberitahu. Dia lega pada mulanya kerana bekas kekasih papanya itu tidak menganggu mama dan papanya. Tapi tiba-tiba pula awal tahun ini Puteri muncul semula. Muncul dengan cerita yang kononnya dia tu sakit dan perlukan bantuan dari papanya.

Haziqah tidak percaya semua itu. Walaupun baru berusia 13 tahun, dia sudah mengerti banyak tentang kehidupan ini. Tentang rumah tangga pun dia dah tahu. Ini semua kerana masalah yang timbul ketika ini.

Selesai sahaja membasuh pinggan, dia terus melaung memanggil mamanya. Tidak lama kemudian mamanya muncul di dapur. Dilihat mata mamanya yang merah itu.

"Mama ni mesti tengok drama lagi kan? Tu yang sampai menangis tu kan." Sengaja dia pura-pura tidak mengetahui apa yang terjadi di ruang tamu sebenarnya tadi.

Ketika dia membasuh pinggan selepas mendengar perbualan mama dan papanya, kedengaran bunyi pintu rumah dihempas kuat dan kemudian bunyi enjin kereta dihidupkan. Dia tahu yang sebenarnya papanya sudah keluar dan itu pun mamanya sedih. Kerana papanya lebih memilih orang luar berbanding mamanya itu.

Hani pura-pura sahaja tertawa supaya konon Haziqah tidak fikir yang bukan-bukan. Padahal Haziqah sudah tahu. Cuma dia diamkan sahaja.

"Along dah siap basuh pinggan tu. Boleh tak along keluar jumpa Naura?" Dia bertanya. Tadi Hani telah berjanji dengannya jika dia siap membasuh pinggan, Haziqah boleh keluar bertemu kawannya yang duduk selang 4 buah rumah dari mereka.

"Hah pergi lah. Tapi jangan lambat sangat balik tu tau. Petang ni mama pergi ambil adik kamu lepastu nak pergi lawat atuk kamu kejap. Kalau kamu balik lambat duduk lah di rumah sorang ya." Pesan Hani. "Eh papa mana? Bukan apa ada di rumah ke? Atau papa ikut sekali?" Sengaja dia berpura-pura tidak tahu bahawa papanya sudah pun keluar.

"Umm.. papa kamu dia baru je keluar. Ada kerja kena settlekan. Jadi kita berdua je di rumah ni. Sebab tu lah mama cadang nak lawat atuk kamu. Terus lah makan malam dekat sana sebab papa kamu lewat balik malam ni." Beritahu Hani.

"Oh kalau macam tu, mama singgahlah ambik along dekat rumah kawan along nanti before ambil Arina tu." Ujarnya. "Hmm ye lah. Mama hon je kereta nanti ya. Dah pergi lah keluar." Haziqah terus sengih lalu naik ke atas untuk mengambil tudung. Tak kan lah dia tidak bertudung pula. Malulah dengan abang kepada kawannya itu.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now