Bilik tidur utama dituju olehnya. Masuk sahaja dia ke dalam bilik terus terpandang isterinya yang sedang menonton sesuatu di laptop miliknya.

"Sayang kejap lagi klien Abang nak datang. Kalau nak turun bawah pakai tudung ya." Dia memberitahu. Takut pula nanti Hani tidak sengaja turun bawah tidak bertudung. Maklumlah di rumah sendiri kan. Buat apa nak pakai tudung. Lainlah jika balik ke rumah keluarga suaminya. Memang dia kena pakai tudung lah kerana Razali dan Faris.

"Kenapa datang rumah kita pula? Tak boleh datang esok ke?" Soal Hani. Sebab setahunya suaminya sudahkan menyuruh Lia untuk cancel semua meeting pada hari ini. "Entah lah Sayang. Klien Abang tu yang terdesak sangat nak jumpa Abang. Projek berbilion kot." Sempat dia bergurau.

"Mengada je lah. Dah pergi lah keluar. Nanti Abang pula yang terjangkit." Kata Hani. "Abang ni antibodi badan kuat. Bukan senang nak jatuh sakit macam Sayang. Dasar lemah." Hani pun apa lagi dia pukul lah bahu suaminya itu. Ryan tertawa sahaja.



             MUKANYA muram sahaja bila dari tadi Hani tidak berhenti mengusik dirinya. "Abang ni antibodi badan kuat. Bukan senang nak jatuh sakit macam Sayang. Dasar lemah." Hani mengulang semula ayat Ryan yang kelmarin dia cakap dengan bangganya itu.

"Tapi tengok lah harini siapa juga yang sakit sekarang ni." Sempat lagi dia ketawa. Seronok lah dapat usik Ryan. "Berdosa tau usik suaminya." Dan tiba-tiba pula guna kuasa dia sebagai suami. "Abang ni orang gurau sikit je pun. Dah terasa bagai. Lepastu mula lah nak guna kuasa Abang tu sebab Abang suami. Dah lah malas nak layan. Pandai-pandai lah jaga diri sendiri je. Abang kan suami." Terus dia tiada mood dengan suaminya. Mahu merajuk lah.

Sebelum Ryan mula memujuk dia terlebih dahulu keluar dari bilik bersama air matanya. Masa period ni memang hormon dia tak betul. Sikit-sikit nak nangis.

Bila keluar dari bilik utama dia terus turun ke bawah dan menuju ke bilik tetamu. Tak nak tengok muka suaminya itu. Kecil hatinya lah tiba-tiba.

Bila melihat riak wajah Hani yang tiba-tiba berubah itu terus dia berhenti ketawa. Dengar dari suara pun tadi memang sah 100% Hani merajuk.

Ryan pun segera turun dari katil. Dia kena pujuk cepat-cepat sebab jika tidak pasti Hani merajuk boleh sampai berminggu-minggu.

"Aku yang sakit tapi kena pula pujuk isteri. Ni lah nasib aku dapat isteri yang manja macam ni." Sempat dia mengomel sendiri sebelum keluar dari bilik.


Dia terus menuju ke bilik tetamu kerana dia tahu pasti Hani akan berada di sana. "Sayang keluarlah. Abang gurau je lah." Pintu bilik itu diketuk sambil dia cuba memujuk isterinya.

Tiada sahutan suara dari Hani. Dia hanya dengar suara esakan isterinya. Lah dah nangis. Makin susahlah dia nak pujuk ni.

Hatinya makin risau bila tangisan isterinya tidak mahu berhenti. Dia segera mencari kunci spare. Tapi tidak boleh dia nampak kunci berkenaan. Dia yakin pasti kunci itu ada dengan isterinya. Pasti Hani tidak mahu Ryan masuk ke dalam bilik berkenaan jadi dia bawa lah kunci itu bersama.

"Abang duduk je lah kat luar tu. Tak payah nak pujuk saya." Ujar Hani dari dalam. "Alah Sayang, Abang gurau je lah. Buka lah pintu ni Abang nak pujuk." Dia semakin kalut lah bila isterinya tidak mahu membuka pintu. Habis pintu bilik itu diketuk.

Kerana malas mahu melayan rayuan dari Ryan, Hani terus cuba melelapkan matanya. Tak sampai beberapa minit dia sudah pun tertidur.

Matanya perlahan-lahan dibuka. Entah berapa lama dia terlelap. Hampir sahaja dia menjerit bila terasa ada pergerakan. Bila dia menoleh kepalanya memandang ke tepi, matanya membulat bila melihat suaminya yang nyenyak itu. Tangannya elok sahaja memeluk pinggangnya.

"Abang." Dia membangunkan suaminya itu. "Hmm jangan kacau lah." Omel Ryan dalam tidurnya. "Abang bangunlah. Dah jam berapa ni." Sekali lagi Hani cuba membangunkan suaminya itu.

Akhirnya Ryan bangun juga. "Hi princess. Dah tak merajuk ke?" Sempat lagi dia mengusik setelah dia bangun. "Tak. Masih nak merajuk ni. Dah ke tepi lah." Ryan tertawa sahaja.

"Ok. Ok. Abang tak usik dah. Sorry ya." Ucapnya. "Hmm ye lah. Kali ni je. Kalau Abang buat lagi siap Abang ek." Hani memberi amaran terakhir.

"By the way Sayang tak nak tanya ke macam mana Abang boleh masuk dalam bilik ni?" Ryan bertanya. "Abang panjat dari luar. Nasib jiran sebelah tak nampak tau. Kang ada juga dorang telefon polis sebab fikir Abang ni pencuri." Gigih juga dia panjat dari tingkat luar rumah supaya dapat masuk. Mujurlah tingkap tidak dikunci. Senang kerja dia.

Baru sahaja Hani mahu membalas tiba-tiba kedengaran bunyi suara orang memberi salam. Dia baru mahu berdiri pergi melihat tapi Ryan terlebih dahulu turun dari katil.

Matanya membulat bila dia membuka pintu. Ada dua orang pegawai polis di hadapan rumahnya. Baru sahaja dia cakap tadi. Kan dah jadi betul-betul.

"Siapa tu Abang?" Hani bertanya. "Pakai lah tudung  dulu Sayang." Sahut Ryan. "Ya tuan ada apa-apa boleh saya tolong?" Ryan bertanya pada pegawai polis berkenaan.

"Saya ada dapat laporan dari jiran rumah kamu tadi ada seorang lelaki yang kelihatan mencurigakan cuba untuk masuk ke dalam rumah ni." Terus Ryan menepuk dahinya sebelum dia tersengih. Memang sah jiran mereka fikir dia lelaki yang mencurigakan itu.

Tidak lama kemudian Hani pun muncul. "Kenapa Abang?" Hani bertanya. "Tadi jiran puan ada laporkan ada lelaki yang mencurigakan cuba hendak menceroboh masuk." Pegawai polis itu menerangkan semula.

"Sebenarnya tu suami saya je." Hani memberitahu. "Eh? Encik sendiri? Tapi kenapa nak masuk dari tingkap bilik?" Habis pening dua orang pegawai berkenaan.

"Nak pujuk ni lah. Sebab tak dapat masuk dari pintu, saya terpaksa masuk dari tingkap luar rumah." Terang Ryan. Habis ketawa dua orang polis itu.

Padahal dia niat hendak memujuk Hani sahaja. Tak sangka pula jiran mereka tersalah anggap. Tak sia-sia pegawia polis datang ke rumah mereka.


It's already 3rd December but still i didn't get him or even his sweater 🥲

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now