Kerana Kedegilanku

Start from the beginning
                                    

Kalau tak jumpe ibu aku tak boleh walaupun sekarang ni aku terpaksa duduk KL sorang kerana jauh untuk ulang alik ke kerja.

Setelah tamat panggilan aku teruskan perjalanan. Entah kenapa niatku yang berbelah bahagi tadi dah hilang entah kemana bila aku dengar suara ibu. Aku nak balik macam mana sekali pun,walaupun jalan templer park.

Setelah aku melintasi jalan di selayang, aku melihat jam tanganku. 12 tengah malam. Tertelan airliur ku seketika. Rasa kesal menjelma. Macam mana pun aku nekad juga ikut jalan ni. Tapi aku baca ayat kursi dengan alfatihah dan teruskan perjalanan.


Aku ingatkan takkan ade yang mengacau aku setelah aku baca ayat pendinding. Tapi sangkaan aku meleset. Sampai naik bukit tu tetiba motor aku rasa berat. Walaupun aku buat gear 1 pun berat dia tetap terasa.

Nak naik sampai atas tu memang jenuh. Aku bace juga ayat kursi walaupun tunggang langgang. Meremang tu jangan cakap. Menyesal teringat kan kisah tu pun ada.

Dalam ketakutan masih ada kedegilan. Aku kerap memandang sisi belah kiri untuk tengok ade tak “seseorang” tu. Tapi takde. Aku tarik nafas lega walaupun aku tahu motor aku masih berat.


Meremang jangan cakap tak turun lagi. Dengan sejuk lain macam nya. Tapi aku kena tetap tabah.

S

ehingga kan sampai diatas tu untuk turun balik, aku ingatkan dah takde yang menumpang tapi sekali lagi sangkaan aku meleset. Aku tengok dekat side mirror tetibe nampak ada satu kain putih tengah terbang. Aku dah terkejut dan rasa nak menangis pun ada.

Nak berhenti tak jadi ape, nak jalan lagi lah. Dia dibelakang ku , macam mana aku nak tahan segala ketakutan aku itu.

Cume dalam hatiku berpesan “kalau kau hanya nak menumpang, aku izinkan. Tapi bila dah sampai destinasi mohon turun yee.” sambil aku teruskan bace ayat kursi.

Waktu ketika turun untuk teruskan perjalanan tu yang menakutkan aku. Mungkin sebab aku cakap kalau dah sampai dekat destinasi tolong turun, ketika tu dia terbang ke arah hutan belah kanan. Melintasi aku. Tetapi tidak pula memandangku. Alhamdulillah.

Tapi kalau korang duduk tempat aku taktahu nak cakap macam mana.

Memang aku nampak jelas. Waktu aku tengok sisi mata aku memang nampak kain putih yang lusuh tengah berkirai2 dek angin. Dan yang aku takboleh nak terima bila dia boleh melintasi aku. Aku nampak dengan jelas dia terbang.

Aku teruskan perjalanan ku. Sehingga di sungai kanching, ada satu bustop. Selama aku bawa moto, takpernah aku pandang bustop tu.

Tiba2 aku pandang, dan aku nampak “seseorang” tu berdiri dan senyum menyeringai ke arahku. Kalau ikutkan aku dah lemah dan rasa nak jatuh dari moto. Kerana aku dengar suara “terima kasih…… Hihihihihi..” suara yang amat jelas ditelinga ku.


Dan aku terus pecut agar dapat melintasi templer park tu.

Sampai di pekan rawang tiada ape yang terjadi.

Tetapi ketika aku nak masuk simpang ke arah sungai choh untuk ke sungai buaya/bukit sentosa/bukit beruntung jalan mulai tiada lampu (dulu ye sekarang banyak dah), ketika di satu bustop aku nampak lagi “seseorang” tu duduk dibustop dan memandang terus.

Tapi aku tak nampak muka dia sebab kali ni dia tutup dengan rambutnya.

Memang berdebar. Dalam hatiku terfikir adakah dia akan ikut aku sampai ke rumah. Dan sangkaan aku betul. Sampai nak masuk simpang rumahku, aku akan lalui satu semak.

Dan ketika tu lampu motor ku betul2 menyala kearah semak tu. Ketika tu dia berdiri tegak sambil melambaikan tangan menandakan dia “berterima kasih”. Dalam hatiku dah mengomel dan berkata “ye sama2 tolong lah beransur blah.” sebab aku memang dah rasa nak terkencing takut sangat tengok muka dia.

Sampai je bawah rumah aku parking motor, aku tengok rumah aku. Ibu dan ayah dah menunggu aku balik dibawah. Mulanya aku memang macam tak percaya tu ibu ayah. Sebab aku kena kacau. So aku anggap tu menyamar ke apa.

Rupenya memang ibu ayah. Dorang memang dah lama tunggu aku. Bila aku tengok jam, Allahuakbar. Pukul 2 pagi. Aku tak sangka lama betul perjalanan aku.

Bila aku cerita dekat ibu dengan ayah, dorang mula membebel risau apa semua. Sebelum nak masuk ayah minta aku baca ayat kursi fatihah , 3 qul dan ludah keluar rumah sebab taknak ada orang mengekor lagi (itu orang dulu2 yang ajar). Dan sehingga kini memang aku takut dah nak balik rawang lewat2.

Kalau aku pulang lewat aku gigih jugak tidur rumah kawan aku. Lama kelamaan, ibu memaksaku untuk stay di kl. Ikutkan hati ni berat. Tapi bila difikirkan balik ada baik jugak sebab aku selalu busy dan akan buat ibu risau.

Mungkin bagi korang cerita ni kurang menarik. Tetapi ini adalah kisah benar.

Assalamualaikum.


































































































Cakkk!!

Cakkk!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tamat,
Kredit-fiksyenshasha

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 14, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Koleksi Cerita SeramWhere stories live. Discover now