Adik Aku

337 17 0
                                    


Kisah ni terjadi pada adik lelaki aku dalam sebulan sebelum puasa. Aku tak pasti di mana permulaan cerita ni tapi makin teruk selepas dia ikut family kakak aku ke Tasik Kenyir. Aku namakan adik aku Mohd.

Mohd baru lepas habis SPM. Dia tinggal berdua dengan mak aku je kat rumah memandangkan dia anak kedua bongsu. Adik bongsu tinggal di asrama.

Satu hari tu aku baliklah rumah mak aku. Tengah lepak menyembang membawang, Mohd ni join lepak jugak. Mak aku pun terus macam membebel sikit sebab mak aku nak kejut dia bangun subuh pagi tu tapi pintu bilik dia berkunci. Mak aku bebellah dekat dia. Mohd ni pulak terkejut bila mak aku marah dia, dia pun kata, ” bukan mama ke masuk bilik suruh dia bangun subuh?”

Mak aku cakap, macam mana nak masuk, pintu berkunci. Tapi Mohd ni mati-mati cakap yang mak aku kejut dia jam lima pagi siap pakai kain sembahyang sentuh dia suruh subuh. Memang mak aku bangun awal, tapi pagi kejadian mak aku terlajak bangun dalam enam lebih pagi. Yang ni kira yang paling awal untuk kejadian yang bakal aku cerita dekat bawah ni.

Lepas dalam dua ke tiga minggu kejadian ni, kakak aku ajak mak aku dan Mohd dan seorang kawan dia (Amar) ke Tasik Kenyir, join family day pejabat dia. Sampai sana dalam jam 10 lebih. Diorang sewa house boat tu.

Esoknya, bangun pagi Mohd dengan Amar ni terus terjun mandi tasik dekat air terjun situ. Biasalah, budak jarang terdedah dengan aktiviti macam ni excited lebih sikit. Lepas tu diorang pergi masuk hutan, pergi melawat meronda sana sini, lepas tu mandi lagi. Mak aku dah penat pesan jangan suka sangat.

Tiga hari dua malam dekat sana, diorang pun balik. Sampai rumah dalam petang macam tu, malam tu mak aku letih sangat dan tidur awal. Tiba-tiba mak aku terjaga, keadaan sangat sunyi, kipas berpusing pun mak aku tak dengar.

Dalam keadaan sunyi tu, mak aku dengar orang menangis… sayu je. Mak aku pun tanya, “dah kenapa menangis?”

Benda tu cakap, “Mohd cantik sangat.”

Lepas dengar macam tu, mak aku terus macam tersedar. Baru dengar bunyi kipas. Baru keadaan jadi normal. Jadi mak aku ingat dia bermimpi. Dia pun istighfar dan ludah belah kiri. (Macam yang disarankan bila mimpi buruk tu kan).

Esoknya Mohd jadi tak larat. Asyik teringat pada kawasan air terjun tu. Demam. Jadi penakut. (Mohd ni kira macam ustaz jugak, pernah jadi imam terawih, selalu pergi mengaji, duk rumah pun mengaji). Pergi hospital, doktor cakap kena banyak rehat, mungkin jadi tak larat sebab banyak main air kan. Lepas tu tak boleh kena embun.

Mak aku pun ada tanya orang yang pandai pasal mimpi tu. Orang tu cakap, benda tu macam ular dan saja nak test berkenalan dengan Mohd. Lepas tu berubat dan buang benda tu. Lepas buang tu, Mohd jadi lebih penakut, rasa macam ada orang tengok. Sekali tu dia pergi kelas mengaji, tapi dia tak mengaji. Ustaz tu pun suruhlah dia mengaji. Tiba-tiba Mohd jadi nak marah, tapi Mohd tak berani nak marah ustaz tu, Mohd tahan marah dan minta ke tandas, basuh muka ambik wudhuk. Balik baru OK. Tapi alhamdulillah, Mohd takde meracau ke mengamuk ke, takde. Cuma lemah semangat je.

Lepas kejadian tu, aku ada tanya Mohd kot dia ada nampak apa apa sepanjang pergi Tasik Kenyir tu. Mohd cerita,

“Ada sekali tu, Mohd dengan Amar ni berenang dan panjat air terjun yang tak berapa tinggi tu. Lepas tu diorang nak terjun balik untuk ke house boat. Mohd ni tiba-tiba tak nampak jalan balik dan rasa was-was untuk terjun. Amar pun azan dan lepas tu dorang terjun jugak dan berenang balik”. Mohd pun ada nampak sesuatu seperti ular semasa berenang, tapi Mohd buat tak tahu je dan sambung mandi.

Sekarang alhamdulillah semua dah kembali normal.








Koleksi Cerita SeramDove le storie prendono vita. Scoprilo ora