Suara Misteri Maria (Part2)

287 17 1
                                    

Tanganku penuh dengan barang-barang lama milik Nek Su,sambil memandang dengan teliti,aku cuba memasukkan satu persatu barang-barang tersebut ke dalam sebuah peti besar.Mulai dari buku-buku, lampu meja dan yang pasti kesemua barang tersebut adalah barang kesayangan Nek Su.

Mataku terlihat pada sebuah kotak yang agak berdebu di sudut bilik.

"Kotak apakah itu," berkata dalam hatiku.

Dengan penuh rasa ingin tahu, aku berjalan mendekati kotak tersebut sehingga jarakku dengan kotak tersebut dalam beberapa sentimeter sahaja.

Kotak yang dibuat dari kayu itu kelihatan sangat kotor dan berdebu dan mempunyai banyak lubang di bahagian atasnya kerana dimakan anai-anai.

Telapak tanganku mula mengusap bahagian atas yang penuh debu itu.Aku pun meniup sisa-sisa debu yang ada,lalu aku lihat ada secoret tulisan yang aku sendiri tidak fahami.

Dit vak moet niet worden geopend.

Aku mengerutkan dahiku,tidak tahu maksud tulisan itu.

"Ayah mesti tahu maksud tulisan ini,tetapi nanti sahajalah tanya ayah," aku berkata ketika ingin membuka kotak tersebut.

Aku sibuk mencari kunci kotak itu,tapi sayangnya aku tidak menemukannya.Aku membuat keputusan untuk membuka kotak ini secara paksa.Aku berusaha membuka mangga kecil yang tersangkut.

Pada awalnya agak susah,tapi secara tiba-tiba sahaja aku merasa kekuatanku semakin bertambah.

"Eeeeuhhh...euuuhhh" aku menarik mangga kecil itu sekuat tenaga.Kotak itu terpelanting dan menyentuh lantai.Penutup kotak itu terbuka dan isinya berselerak.

Aku sangat terkejut.Aku terdiam dalam beberapa minit dan timbul persoalan di dalam fikiranku,"dari mana datangnya kekuatan tadi." Nafasku termengah-mengah dan perlahan-lahan aku mengemas barang-barang yang berselerak tadi.Barang tersebut seperti kalung,sebuah kunci,buku harian,baju dan patung.

Di antara semua benda itu,yang paling menarik perhatianku adalah patung.Sebuah patung perempuan yang cantik, berambut pendek berpakaian warna merah dan terdapat ikatan tali pengikat di kepalanya.

Patung itu nampak seperti bukan diperbuat dari plastik, melainkan dari bahan seramik. Aku mengetahuinya kerana di bahagian mukanya terdapat retakan.Matanya berwarna biru dan terdapat sebuah tulisan di bawah kasutnya.

"Marr..iii,aaa"aku membaca tulisan tersebut.

Aku tersenyum dan berdiri, lalu meletakkan patung itu bersama patung-patungku yang lain.

Koleksi Cerita SeramWhere stories live. Discover now