Nenek Tenggek

500 14 3
                                    

Raya Aidiladha yang lepas.

Aku pergi ke rumah sepupu aku, Ikram. Rumah baru siap. Ayah dia beli lot tanah luas kat kampung, lepas tu buat rumah besar-besar. Kitorang anak beranak berkumpul dekat situ malam tu.

Dulu, tapak rumah tu hutan. Tapi bukanlah hutan tebal ke apa, hutan kecik tepi-tepi kampung macam tu je. Bila Pakngah beli tanah tu, dia tebangkan habis hutan tu, bina rumah besar. Pelik aku dengan pakngah ni, anak beranak dia tak ramai pun, tapi buat rumah macam ramai nak duduk. Biar lah. Duit dia.

Orang lain semua lepak kat ruang tamu borak-borak. Aku pula asingkan diri pergi melantak lemang sorang-sorang dekat dapur. Lemang tu bapak aku yang bakar siangnya, tapi dah tinggal sikit sebab banyak saudara-mara dari jauh datang beraya.

Lemang tinggal sikit, so diorang sorokkan dekat dapur konon-konon untuk raya kedua besok. Nasib aku jumpa. Kahkahkah.

Agak lama aku layan keenakan lemang, tiba-tiba pintu bilik air rumah Pakngah tu ada orang buka dari dalam dan Maksu keluar dari situ. Terperanjat aku dibuatnya. Ingatkan tak ada orang kat belakang ni.

Bila Maksu nampak aku layan lemang sorang-sorang, dia terus duduk dekat kerusi meja dapur sebelah aku tu, dia tanya aku satu soalan yang mengejutkan.

“Wan, maksu dengar kau jual buku sekarang? Buku apa?”

Aku tersengih-sengih. Dalam hati aku, mesti abah lah ni yang sebar cerita. Kalau boleh, aku sebenarnya taknak saudara-mara aku tahu yang aku buat part time writing ni.

“Ha’ah. Buku cerita hantu,” aku jawab selamba sambil sumbat sepotong lagi lemang ke mulut. Cicah susu. Aku suka makan lemang cicah susu.

“Maksu ada cerita hantu kalau kau nak tambah koleksi.”

“Cerita pasal apa?” aku tertarik.

“Pasal nenek tenggek.”

……….

KISAH DARI MAKSU

Dua puluh tahun lepas. Ya, korang tak salah dengar. 20 tahun lepas. Ketika aku baru melangkah masuk ke alam universiti walaupun tempat yang aku bakal pergi tu bukanlah universiti. Cumalah sebuah kolej swasta di Seremban.

Selepas mendaftar, aku dan beberapa lagi pelajar baru diberikan hostel – atau lebih tepat lagi rumah flat yang disewa khas oleh pihak kolej untuk dijadikan kediaman pelajar.

Dua puluh tahun dahulu, tak ramai orang berani masuk kolej swasta kerana yurannya yang mahal. Aku akuinya sebab aku sendiri rasa bebanan kos perbelanjaannya. Apabila tak ramai pelajar baru, kebanyakkan rumah dekat sini terbiar kosong sahaja.

20 tahun dulu, kesedaran orang ramai terhadap perkara-perkara Islamic pun agak kurang, jadi dalam satu blok itu pun, rumah lelaki dan perempuan bercampur-campur sahaja. Tak ada blok khas untuk lelaki, blok khas untuk perempuan, tiada.

Di rumah kami, hanya ada lima orang penghuni. Aku (Maria), Siti, Anita (Ita), Juriah(Jue) dan Fatonah(Eton).

Rumah kitorang dekat tingkat dua. Tak ada orang tinggal dekat rumah sebelah kiri dan kanan tetapi selang selepas itu ada pelajar senior perempuan yang duduk. Dekat tingkat atas pula, ada beberapa buah rumah pelajar lelaki.

“Area flat ni keras. Make sure korang tak keluar sampai lewat malam. Jadi, apa-apa kitorang taknak bertanggungjawab sebab kitorang dah pesan siap-siap ni.”

Kata-kata senior rumah dua belah kanan yang asyik terngiang-ngiang kat telinga. Dua bulan selepas aku masuk ke sini, aku rasa hidup aku ok je. Lancar tanpa sebarang perkara-perkara yang mengganggu. Sampailah tragedi malam tu.

Koleksi Cerita SeramDonde viven las historias. Descúbrelo ahora