Menanti Kekasih

796 16 9
                                    

Pernah tak dengar lagu, menanti kekasih. Kalau tak pernah dengar lagu tu, sila search dalam youtube. Lagu tu dikatakan rakaman dari Alda (penyanyi Indonesia). Katanya penyanyi tu kena bunuh di salah sebuah hotel.

Antara bait-bait lirik tu,

Kapan mati kekasihku
Kumenanti kau di sini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu

Nak dijadikan cerita waktu tu aku tingkatan 5, agak nakal sebab bawak handphone, time aku masa tu tengah famous handphone Nokia Express Music. Jadi masa tu nak SPM, so overnight stay dekat bilik prep dengan kawan-kawan aku.

Aku sekolah berasrama penuh yang agak haunted di selatan tanah air. Jadi masa tu baru je naik cuti, so banyak lah lagu-lagu baru aku masuk kan. Dan kebetulan akak aku bagi lagu tu, sebab dia kata lagu tu lagu berhantu. Jadi entah macam mana, aku gatal tangan play lagu tu.

Kawan-kawan aku syok lah, kitorang siap gelak-gelak dengar lagu tu. Tapi malam tu takde apa-apa yang berlaku lagi.

Esok paginya, kawan si Ana aku dok ulang-ulang lagu tu, kena sound dengan kawan aki lagi sorang then dia terlepas kata "haaa jangan tanya kenapa kalau pontianak tetiba join kita malam ni".

Jadi macam biasa malam tu kami stay malam dekat bilik prep, tapi di aras atas, jauh dari bilik aku. Tapi masih sama blok.

Jadi malam tu, aku pasang lagu dari phone, tetiba tengah lagu best, tertukar sendirinya lagu menanti kekasih,so aku ingat maybe tershuffle lah lagu dalam phone aku. Padahal jarak antara phone agak jauh sebab masa tu tengah charge sekali.

Habis lagu tu, aku dah rasa seram sejuk. Tapi, lagu tu diulang lagi. Aku rasa agak pelik kenapa nak ulang lagi lagu tu. Kawan-kawan aku dah tengok aku lain macam.

Tetiba dengar suara orang ketawa kuat dekat hujung koridor berdekatan bilik prep. Dah lah tu, lampu koridor memang kelip-kelip je. Aku terus ambil phone cabut bateri sebab nak lari masuk bilik.

Kitorang yang ada dalam bilik prep tu, terus kemas-kemas, tapi tak bawak balik pun barang-barangnya, terus masing-masing mulut kumat kamit baca ayat kursi.

Tetiba kawan aku si hana cakap "jangan toleh belakang, kita jalan laju-laju tidur dalam satu dorm aku", aku pula jenis orang kata jangan, aku toleh je, benda tu bertenggek atas koridor dekat dengan bilik prep.

So kitorang lari laju, masuk dorm terus je duduk ramai-ramai satu katil, bayangkan 1katil muat 5 orang.
Kemudian, dengar lagi suara mengilai makin dekat.

Time tu aku lah yang rasa bersalah sebab kenalkan lagu tu dekat kawan-kawan aku. Aku dah mengantuk masa tu, then pintu dorm macam kena gegar. Aku dengar suara budak menangis, kawan-kawan aku memula tak dengar tapi lepas tu dengar makin kuat.

Kitorang pakat baca yassin kuat-kuat sampailah dah nak pukul 3 baru keadaan ok.
Esok nya, aku delete lagu tu. Tak lama kemudian phone aku tu rosak, padahal baru je beli.

Hantar ke kedai dia kata phone macam masuk air. Padahal aku punya jaga phone tu sebab phone tu aku beli dengan duit biasiswa pulak tu. So sesapa nak rasa jumpa tu, mainkan lagu tu versi original nyanyian Alda.

Koleksi Cerita SeramWhere stories live. Discover now