Menikah Dengan Pontianak

239 8 0
                                    


KESUGULAN jelas terbayang pada wajah beberapa orang penduduk Kampung Melang akibat ternakan mereka banyak mati terbunuh dalam keadaaan aneh. Bukan saja ayam dan itik mati di reban dengan dua tanda kesan taring di tengkoknya, malah kambing, lembu dan juga kerbau juga menjadi mangsa. Binatang ternakan ini tidak dimakan dagingnya. Hanya kesan hisapan darah saja terdapat pada tengkuknya dari lubang yang disinggahi taring. Kalau angkara binatang buas tentulah daging ternakan itu dimakannya. Pada mulanya mereka menyangkakan ular yang membuat angkara. Disebabkan tidak ada tertelan ayam atau itik berkenaan, lalu diluahnya semula. Ayam Sarit Jebang yang mula-mula sekali disedari menjadi mangsa tersebut.

Memang pada sangkaan Sarit Jebang ular sawa yang menangkap ayamnya, sebab ada kesan dua lubang ditengkuknya bekas gigitan taring. Mungkin ular berkenaan kecil maka tidaklah termampu dia mahu menelan bapak ayam kepunyaan Sarit Jebang. Tetapi malam esoknya bapak itik Timah Juling pula menjadi mangsa serupa seperti yang dialami oleh Sarit Jebang. Kemudian kambing Bibah Uban pula sampai dua ekor terbungkang di dalam reban. Mulalah penduduk-penduduk Kampung Melang jadi gempar. Mereka merasa heran apakah binatang yang tidak memakan mangsanya, cukup dengan menghisap darah di kepala. Belum pernah sebelum ini Kampung Melang menghadapi keadaan tersebut.

Hinggalah lembu jantan tengah naik badan kepunyaan Pak Teh Akin ayah HASIM menjadi mangsanya. Menangis orang tua itu melihat lembu jantannya tergolek di dalam kandang. Terdapat dua lubang di tengkuk lembu itu masih mengalir darah. Itulah puncanya mereka satu kampung bermufakat mencari bomoh untuk menetang musuh tersebut. Pihak Pejabat Haiwan pun heran dengan kejadian itu, kerana dari kajian saintifik tidak ada bukti-bukti yang boleh dijadikan asas maklumat. HASIM menceritakan masalah di kampungnya kepada Jali, maka Jali pun terus mengajak HASIM menemui saya.

“Jauh juga kampung ni PAK HID…” beritahu HASIM pada PAK HID yang duduk di belakang kereta. Kami ke Kampung Melang menaiki kereta Jali. Saya duduk di depan, kerana kebiasaan saya ke mana saja pergi menumpang kawan-kawan saya akan duduk di hadapan. Saya tidak boleh duduk di belakang, kerana mudah muntah.

“Berapa jauh agaknya?” soal saya pula.

“Kira-kira 32 kilometer” beritahu HASIM mendekatkan kepala ke sandar belakang saya.

“Ah, aku tak tau berkilo-kilo meter…” rungut PAK HID pula.

“Cakaplah berapa batu, kalau kira batu barulah aku tau” katanya tersengih-sengih menyeringai giginya yang rongak.

“Agaknya dua puluh batu lebih laaa” jelas saya supaya PAK HID tidak bertanya lagi.

Petang Sabtu itu kira-kira pukul 4.30 petang kami sampai di rumah Pak Teah Akin. Dia di beritahu oleh HASIM mengenai kedatangan kami. Terlalu gembira Pak Teh Akin melihat saya dan PAK HID yang diperkenalkan oleh HASIM kepadanya. Tetapi saya menjelaskan pada Pak Teh Akin, kedatangan saya dan PAK HID hanya untuk melihat-lihat sahaja. Bukan nya menjadi bomoh seperti yang didakwa oleh HASIM.

Bagaimanapun Pak Teh Akin tidak percaya dengan penjelasan saya itu. Dia yakin saya dan PAK HID akan dapat menghindarkan mala petaka yang menimpa ternakan mereka di kampung itu.

Kemudian tidak saya sangka-sangka Pak Teh Akin telah membawa kami bertemu dengan Tok Ketua Kampung Haji Semari. Dia memberitahu Haji Semari bahawa kedatangan kami adalah untuk menangkap binatang yang membunuh ternakan di kampung tersebut.

Selepas Asar petang itu Haji Senari telah membawa kami ke rumah Bibah Uban sambil menunjukkan reban kambing tempat binatang aneh itu mengorbankan mangsanya. Kemudian kami ke rumah Timah Juling pula, dan ke rumah Sarit Jebang. Kami melihat tempat-tempat yang dikatakan binatang aneh itu mencari mangsa. Saya dan PAK HID tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bukanlah mudah untuk mengetahui apakah binatang yang membunuh mangsa demikian. Kalau harimau tentulah membaham mangsanya. Kalau ular pun mesti menelan mangsanya. Mereka tidak akan tinggalkan begitu sahaja.

Koleksi Cerita SeramWhere stories live. Discover now