Kerana Kedegilanku

141 4 0
                                    




Kisah ini adalah kenyataan yang hadir dalam hidup Ila sendiri.



Jam menunjukkan pukul 9 malam. Tetapi aku masih lagi di perpustakaan meneliti assignment ku yang tak siap lagi. Nak balik ke rumah untuk buat tapi aku tahu kalau pulang ke rumah memang aku akan terus lelap. Oleh kerana tu, aku masih lagi cuba untuk teruskan menghabiskan assignmentku…




Jam menunjukkan pukul 11 malam…. “adui dah pukul 11, nak balik rawang ambil masa satu jam. Nak ikut highway ataupun ikut templer ek. Hmm….” hati ku tergetus rasa kesal kerana tak alert dengan waktu. Kalau nak diikutkan aku kena balik awal lagi dari waktu sekarang, sebab aku naik motor. Haishh.



“Kalau ikut templer park aku takutt. Banyak sangat cerita2 mistik terjadi dekat situ. Nak ikut highway, gigih pulak bawa moto jauh2. Allahuakbar. Pening palo den.” aku ngomel sengsorang sambil tangan aku menari laju mengemas buku dan komputer ribaku.



Aku mulai teringat 1 kisah yang terjadi ditempler park yang pernah aku dengar…….




Aku dengan ibu ku lepak santai dihalaman rumah. Ketika tu.. “kakak, kau nak balik lalu templer park jangan lewat sangat.” ibu ku memberi amaran kepadaku. “kenapa pula ibu? Saya okay jeh balik lewat. Saya alert lah lori ke ape.” aku memberi alasan agar ibu tak risau.

“ibu tak kisah pasal tu. Tapi kau ni senang jeh nampak benda2 mistik ni. Jangan lah lewat sangat balik tu. Kesian dekat diri.” ibu ku menerangkan lagi.

“Kenapa apa yang tak kena dengan templer park tu?” aku mulai ingin tahu, walhal aku ni agak penakut jugak.

“Semalam ada ustaz dekat kampung kita ni dia bawa kereta kancil. Dia memang kerap balik lewat sebab dia ade urusan dekat KL tu. Ade satu hari tu, ustaz tu susur ke templer park tu. Lepas tu dia nampak ade seorang perempuan tengah berjalan tiba2 dia menghulurkan tangan untuk menumpang. Dengan perlahan ustaz tu berhenti dan berasa kesian, jadi dia berhenti secara perlahan untuk tengok siapa gerangan itu.” ibu memberhentikan kata seketika.

“Lepas tu ibu?” aku mulai rase teruja nak tahu kisah itu.

“Lepas dari ustaz tu berhenti, dia terus turun kan tingkap, tiba2 ustaz tu terkejut kerana seseorang yang dia nak tumpang kan tu SESEORANG. Kerana makhluk Allah yang dia tengah tengok waktu tu tanpa wajah. Tetapi kerana dia yakin dengan kuasa Allah, dia bukakan pintu untuk berikan “seseorang” tu masuk. Tetapi tahu lah bila kereta pak ustaz ni pasti saje ade ayat2 surah. Ketika dia buka pintu, benda tu terus hilang….”

Aku terus meremang dengar apa ibu cakap. Rase macam uish beraninya ustaz tu. Tapi nama pun ustaz of course berani.






Tersentak aku apabila telefon aku berdering, lantas aku tengok phone nama ibu ku muncul. “Allah panjangnya umur ibuku.” aku terus tersenyum gembira.

“Kakak dekat mana? Tak balik lagi ke? Kalau lewat tidur jela rumah kawan ke ape..” ibu terus membebel kerana risau untuk aku pulang lewat malam ni.

“takpe saya nak balik dah. Malas lah tidur rumah orang. Baik tidur rumah sendiri. Okay lah saya nak gerak ni. Assalamualaikum. I love you.” aku cuba mengelak untuk ibu teruskan bebelan nya bukan kerana tak sayang. Tapi aku nekad balik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 14, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Koleksi Cerita SeramWhere stories live. Discover now