Suara Misteri Maria (Part3)

263 14 1
                                    

Hari demi hari,aku dan keluargaku gembira tinggal di rumah Nenek Su.Hingga suatu hari kesemua kegembiraan itu berubah menjadi ketakutan. Ketakutan sehingga keluargaku hampir menjual rumah Nenek Su.

Pada suatu malam,aku, abangku dan mak sedang menonton televisyen,sedangkan ayah melakukan sedikit kerja dengan komputernya.Tiba-tiba sahaja,kami mendengar bunyi bayi sedang menangis.Pada mulanya,hanya abangku yang mendengarnya,kemudian aku turut mendengarnya.

Semakin lama semakin jelas bunyi bayi menangis itu kedengaran.Kami saling berpandangan.Mak cuba menenangkan kami dengan mengatakan,

"Mungkin itu bunyi tangisan bayi jiran kita kerana bunyinya halus,kecil dan sangat jauh."

Kami menganggukkan kepala dan kembali menonton televisyen.Malam itu,aku tidak dapat melelapkan mata.Aku cuba membaca buku sambil menunggu rasa mengantuk di mataku.

"Awwwh.....awwwwh" seperti ada seseorang yang sedang meragut rambutku.Aku terbangun.

"Siapa tadi yang menarik rambutku" ujarku dalam hati.

Aku menoleh ke sana sini, namun aku tidak melihat sesiapapun di bilik itu,kecuali diriku sendiri.Aku melihat dengan teliti deretan patung yang aku susun di hujung tempat tidur.

"Adakah patung-patung itu yang melakukannya?" ucapku di dalam hati sambil melihat patung-patung tersebut.

Aku segera meletakkan buku dan menutup badanku dengan selimut dan tidur.

Kemudian,aku terbangun dan sangat terkejut melihat bilikku yang berselerak.

"Makk!...Makkkkk!!" suaraku memecah keheningan pagi.

Mak mula memasuki bilikku dan terkejut memandang keadaan bilikku yang berselerak.


Keesokan malamnya,aku kembali dikejutkan dengan sesuatu yang bergerak-gerak di atas katilku.Meskipun,mataku masih terpejam,tetapi aku boleh merasakan selimutku perlahan-lahan turun dari badanku.

Aku membuka mataku.Aku melihat dengan jelas selimutku bergerak.Badanku kaku,tidak mampu berbuat apa-apa. Perasaanku diliputi ketakutan.

Aku menarik kembali selimutku dengan sedaya upaya. Ketika aku menariknya,aku melihat patung Maria sedang terduduk tepat di hujung selimutku.Aku segera ambil patung itu dan memeluknya. Antara takut dan cemas,aku kembali sambung tidur.

Belum sempat aku tidur lama, aku merasakan ada sesuatu yang bergerak lagi.Tetapi,kali ini di bawah selimut.Aku kembali terbangun.

"Maria?Di mana Maria?" kataku.

Patung itu sudah tidak ada dalam pelukanku.Aku menoleh kearah tingkap.Aku amat terkejut,mataku tidak berkedip dan mulutku ternganga.

Koleksi Cerita SeramWhere stories live. Discover now