Aku Dan Sesuatu#2

242 6 1
                                    

Gangguan Saka/Jin#1

Semenjak kejadian hijab terbuka buat pertama kali tu, aku tak berdepan dengan apa-apa perkara yang pelik atau ternampak makhluk halus sehinggalah aku berumur 14 tahun dan segalanya baru bermula.

Aku mula datang haid semasa umur 13tahun (ada sebab aku cerita,bukan saja-saja, nanti anda akan dapat jawapannya bila baca bab saka) dan kitaran haid aku bukanlah teratur biasanya dalam 5 hari dah stop.

Kalau nak cerita bab lewat period setiap bulan tu dah jadi perkara biasa dan pernah hampir 3bulan aku tak datang haid dan bila aku ke klinik doktor siap scan lagi perut aku tkut aku mengandung, aku biarkan saja tp bila dh check tak ada apa-apa, doctor cakap mungkin awak stress nak exam PMR, kalau stress pun boleh efek time period atau minuman berkafein pun boleh efek kuantiti darah haid so itulah yang aku pegang selama hampir 15 tahun.

Hanya selepas aku berubat dengan ustaz baru aku tahu sebenarnya gangguan jin/saka juga menyebabkan masalah haid tidak teratur dan aku akui memang betul sebab selepas berubat, haid aku teratur dan jumlah darah jugak banyak dan tempoh hari melebihi 5hri tidak seperti sebelum ni.

Mungkin lain orang lain faktor penyebab tapi aku memang disebabkan gangguan jin/saka.
Alhamdulillah haid aku kembali normal itupun setelah berubat selepas 17tahun so pembaca darablah sendiri berapa umur aku masa haid aku dah kembali normal hehe..

Semasa aku tingkatan 3, aku sudahpun alami migrain cuma aku sahaja yang tak tahu bezakan sakit kepala dan migrain pada masa tu.

Aku sendiri dah lupa kekerapan aku migrain masa time sekolah menengah dan ntah bila aku dah mula tahu selama ni sakit kepala yang aku alami tu dikategorikan "migrain" berdasarkan simptom-simptom seperti sakit kepala hanya di bahagian tertentu dan tahap kesakitan tu pulak pelbagai pecahan lagi dan aku takkan jadi doctor jadian nak hurai panjang-panjang.

Bab ni cukup aku katakan pernah sampai tahap rasa nak terkeluar biji mata bila sujud/rukuk masa solat, pernah nampk cahaya semacam flash kamera bila pejamkan mata menahan sakit, pernah terasa macam apit-G diketatkan dikepala atau terasa seperti pen ditikam dikepala atau bila kerdipkan mata pun terasa sakit (hanya yang pernah alami migrain akan tahu semua tu dan kalau pernah masuk wad sama lah jugak doctor akan bagi andaian kesakitan macam yang aku cakap tu).

Apa yang aku nak tekankan dekat sini, migrain adalah salah satu tanda gangguan jin/saka sebab aku dah migrain selama lebih kurang 16-17 tahun dan hanya selepas berubat (perubatan islam) migrain aku hilang macam tu saja dan dah bertahun aku xpenah alami migrain lagi padahal sebelum berubat, boleh dikatakan dalam seminggu aku akan migraine paling kurang 2-3x seminggu selama bertahun-tahun.

Aku jugak pernah buat ujian MRI kalau tak silap tahun 2007 tapi tak ada apa-apa yang tak normal cuma doctor beranggapan aku stress atau disebabkan Nescafe sebab tu migrain.

Akhirnya memang terjawab sebab apa aku migrain selama hampir 17tahun.

Alhamdulillah Allah bagi kesembuhan dari gangguan (migrain) yang disebabkan jin/saka selepas berubat dengan seorang ustaz/ perawat berdaftar a.k.a anak murid Ustaz Sharhan Shafie.

Nanti aku akan ceritakan lebih lanjut kisah dan pengalaman aku berubat dalam bab perubatan Islam.

Sebelum tu, aku stop dulu cerita bab gangguan jin/saka-1, sebab kalau aku sambung nanti mungkin terlalu panjang sebab banyak lagi gangguan-gangguan lain yang aku alami seperti mimpi-mimpi pelik (ular,hantu) ditindih semasa tidur, perempuan tua terapung-apung dan hantu raya.

Koleksi Cerita SeramWhere stories live. Discover now