Volkswagen Kuning

249 7 0
                                    

Sebut pasal Karak, aku percaya yang hampir kesemua pembaca cukup kenal dengan nama lebuhraya yang pernah menggemparkan Malaysia dengan kisah seramnya pada satu ketika dulu.

Aku still ingat masa aku sekolah rendah, bila bapak aku lalu jalan tu je nak balik kampung, memang confirm dia kejut aku ataupun mak aku untuk bangun dari sebelum terowong sampailah dah jauh dari lebuh raya tu untuk temankan dia sambil baca apa yang patut sebagai pendinding diri.

Sudah besar atas bawah laguni, barulah faham kenapa bapak aku "excited' sangat nak kejut kitorang, rupanya bukan sebab suruh tengok bunga api ataupun "accident seberang jalan" tapi ada maksud tersirat yang aku masa tu susah nak faham mungkin sebab belum mumayyiz bapak aku kata untuk hadam alasan dia.

Misteri Volkswagen kuning yang tak boleh dipotong

Hantu Volkswagen kuning ini dipercayai mula mengganggu kenderaan di lebuh raya Karak sejak tahun 1956.

Tetapi selepas Lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ.

Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut.

Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta
tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut.

Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Menurut pengalaman seorang pelajar UIA yang datang dari Gombak menuju ke Temerloh dengan motosikal pernah melalui dan tersermpak dengan kereta kuning di lebuhraya itu pada tahun 2009 pada waktu senja kira-kira jam 7.30.

Disebabkan beliau mengetahui akan misteri tersebut, beliau hanya ambil langkah bertenang dan tidak memotong kereta tersebut. Kereta tersebut bergerak tanpa pemandu.

Koleksi Cerita SeramWhere stories live. Discover now