Ryan turut melakukan perkara yang sama. Dia turut memandang ke arah anak-anaknya itu. "Seronok je dua beradik tu." Ujarnya. Tangan kanannya itu bergerak mengusap bahu Hani.

"Sayang tak nak ke mandi sekali?" Sekali lagi dia bertanya untuk mendapatkan kepastian. "Tak nak. Malas." Balas Hani. Padahal dia nak je ikut mandi tapi tak ada baju yang sesuai dia bawa untuk bermandi-manda. Kebanyakkan bajunya merupakan gaun mengandung dan juga blouse. Tersangatlah tidak sesuai.

"Nanti balik bilik Sayang mandi lah dalam tab tu. Dengan Abang." Katanya sambil tersenyum. Hani terus memandang Ryan. "Jangan nak mengada ya." Dia tertawa kecil sahaja. "Abang gurau je lah Yang. Kuat sangat sensitif dia lah. Tapi kalau Sayang sudi apa salahnya kan?" Sempat dia mengusik.

Hani pun terus sahaja menampar dada Ryan yang terdedah itu. Tapi sebelum Hani menampar dengan lebih kuat Ryan terus menahan tangan isterinya itu. "Jangan lah Sayang. Sakit tau." Walaupun tangan kecik tapi masih berbisa bila terkena tamparan di dada tu tau.

















      RYAN yang tidur-tidur ayam itu segera terbangun bila mendengar bunyi ketukan pintu. Selepas sahaja balik dari bermandi-manda tadi dia dan Hani terus berehat di bilik mereka manakala dua beradik itu bermain bersama Haikal di bilik abangnya.

"Siapa tu?" Ryan bertanya. Dia tidak dapat bergerak kerana tangannya ditindih oleh isterinya yang nyenyak sahaja tidurnya. "Room service." Ryan mengecilkan matanya sebelum perlahan-lahan menarik tangannya dari bawah kepala Hani.

"Room service kepala hotak kau. Ingat aku tak kenal ke suara kau." Dia tahu itu Ikhwan kerana awal-awal lagi dia sudah meletak tanda ' Do Not Disturb ' di luar biliknya itu. Sudah tentu pekerja di sana memahami dan tidak mahu menganggu mereka.

Dia kemudian mengambil baju t shirt yang dia letak di atas kerusi itu lalu disarung ke tubuhnya sambil berjalan ke arah pintu.

Ryan memandang Ikhwan dengan muka yang tidak berpuas hati bila pintu itu dibuka. "Kau ingat aku tak kenal ke suara kau. Nak apa ni? Anak-anak aku tak ada dekat sini." Dia bertanya.

"Eh kau kenal ek suara aku. Kena tukar ni nanti. Tak, aku datang bukan nak budak berdua tu. Nak ajak kau dengan adik aku makan. By the way adik aku mana?" Ryan membuka luas pintu itu supaya Ikhwan dapat melihat Hani yang tengah tidur di atas katil itu.

"Tu hah tidur. Dia kata dia penat. Jadi aku biarkan je dia tidur." Ryan memberitahu. Dia malas mahu menganggu tidur isterinya itu

"Habis kau tak nak makan ke?" Ikhwan bertanya. "Nanti je lah aku dengan Hani turun cari makan. Kau pun tahu kan adik kau tu tak suka kena ganggu tidur. Kau nak dia jadi hulk ke?" Hani memang pantang bila tidurnya diganggu. Apatah lagi bila diganggu tanpa sebab.

Dulu pernah sekali Ryan menganggu tidurnya tanpa sebab. Memang kena lah Ryan oleh Hani. Habis tubuhnya itu dipukul menggunakan bantal oleh Hani. Memanglah berdosa kerana Hani tidak menghormati suaminya itu tapi selepas itu dia meminta maaf.

Ryan tak anggap serius pun. Dia anggap Hani sekadar bergurau. Dan buat apa dia nak marah Hani sedangkan salahnya menganggu tidur isterinya itu. Ryan tidak berdendam pun dekat Hani kerana dipukul oleh bantal.

"Hmm ye lah. Aku gerak dulu." Ujar Ikhwan. Ryan sekadar mengangguk sahaja. Bila Ikhwan sudah melangkah pergi dia terus menutup pintu dan menuju ke katil semula.

Dia kemudian duduk di sebelah Hani yang masih tidur itu sambil membuat kerjanya. Ada lagi beberapa kerja yang dia kena siapkan. Dia kena semak semula emel yang dihantar oleh Lia seketika tadi memandangkan dia pun tidak ada kerja hendak dibuat.

Ryan tengah fokus menyemak emel berkenaan ketika pintu bilik itu diketuk sekali lagi. Kedengaran jelaa suara anak-anaknya di luar. Dia sekali lagi turun dari katil lalu melangkah ke pintu.

"Kau tak turun makan ke?" Razali bertanya. Ryan menggeleng sahaja. "Hani tu tengah tidur. Tak kan aku nak tinggalkan sorang pula." Katanya sambil memberi ruang untuk Aryan dan Haziqah masuk.

"Mama tengah tidur tu so be quite ok?" Dia memberitahu anak-anaknya itu. Dua beradik itu mengangguk lalu menutup mereka menggunakan tapak tangan.

"Kalau macam tu aku gerak dulu lah." Razali sekadar datang untuk menghantar anak buahnya sahaja. Haikal pun sudah tidur jadi Aryan dengan Haziqah mahu balik semula ke bilik ibu bapa mereka.

Dia menutup pintu bilik berkenaan lalu melangkah ke arah Aryan dan Haziqah. Budak berdua itu senyap sahaja duduk di sofa. Duduk jauh dari katil.

"Dah makan ke?" Ryan bertanya. "Dah." Haziqah menjawab. Tadi Syaza ajak dua beradik itu keluar makan memandangkan Ryan pun tidak kisah sangat.

Dia suruh orang lain menjaga anak kembarnya itu kerana dia mahu bagi Hani rehat. Selama ini Hani jarang berehat. Apatah lagi sejak Aryan dan Haziqah sudah pandai berjalan.

Dan percutian kali ini, Ryan hendak memberi isterinya itu rehat. Dia kesian melihat Hani yang menjaga anak kembar mereka itu. Dengan dia yang tengah mengandung lagi. Ryan tidak mahu Hani stress kerana nanti boleh menjejaskan kandungannya.

"Mama penat ke?" Aryan bertanya. Dia menoleh memandang mamanya itu. Ryan senyum sahaja lalu mengusap rambut lebat Aryan. "Baby?" Dia bertanya lagi.

"Baby ok. Mama pun ok. Mama tu kan penat. Bagi mama rehat ya." Ujar Ryan. Dua beradik itu terus mengangguk tanda mereka memahami.



I'll give hint for that flashback chapter

The hint is: birthday.

Kalau nak baca sila lah tekan vote ya. Nanti author akan update

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now