17.5| DREAMIES

1.6K 222 13
                                    

3rd POV

"Ayah." John menoleh, memandang anak bongsu yang lengkap berpakaian pajama tidur. Dia telah menghantar Peter ke biliknya untuk tidur beberapa jam yang lalu, namun nampaknya kanak-kanak itu telah terjaga sekali lagi.

"Peter kenapa bangun masa sekarang? Dah lewat ni. Peter mimpi buruk? Ke Peter ada rasa sakit kat mana-mana?" Jurutera fizik itu mendekati anaknya sambil mengusap lembut kepala anaknya itu. Sungguh dia tidak tahu bagaimana untuk menjalani hidup normal sekiranya satu-satunya putera mereka itu juga pergi. Dia tidak dapat membayangkan kemungkinan tersebut. Rela dia menggantikan nyawanya demi melindungi Peter. Kematian puteri kesayangannya Chelsie pun telah memberi impak besar dalam hidup mereka, apatah lagi jika sesuatu yang buruk berlaku terhadap Peter. Pasti gila dia jadinya.

"Ibu buat sesuatu yang pelik dekat bilik kakak." Ucap Peter perlahan. Dia mengerutkan dahi. Pelik? Cassie jangan buat benda gila lewat sekarang ni.

"Pelik? Apa yang peliknya? Mungkin ibu tengah rindukan kakak tu." John berusaha tersenyum. Dia memimpin Peter kembali ke biliknya, menyuruh kanak-kanak itu tidur. Setelah itu, dia mengatur langkah ke bilik Chelsie. Kedengaran beberapa bunyi yang keluar daripada pintu bilik yang sedikit terbuka itu.

Cassandra menyelongkar bilik tersebut, mencari apa sahaja benda milik Chelsie yang merangkumi memorinya, lebih baik iaitu DNA anaknya.

"Apa awak buat ni Cassie?" Suara John mengejutkannya. Dia berpaling ke arah pintu. Suaminya itu berdiri dengan ekspresi yang penat.

"Tak ada." Jawabnya sepatah. Dia tidak ingin memberitahu suaminya itu akan apa yang ingin dilakukannya. John pasti tidak percaya malah mungkin akan menghalangnya. Dia sudah dapat melihat perkara tersebut ketika dia memberitahu John akan projeknya untuk 'mengembalikan' Chelsie. John secara terang-terangan menolak ideanya itu.

"Baik awak pergi tidur. Saya tahu awak penat." Kata suaminya sebelum berlalu pergi. Cassandra hanya mengangguk sebagai balasan. Dia memasukkan plastik jernih yang berisikan beberapa helai rambut Chelsie yang dijumpainya di atas katil, ke dalam poket seluarnya kemudian melangkah keluar daripada bilik tersebut.

-Time skip-

Saintis genetik itu meneliti data-data dapatan daripada projeknya. Pandangannya beralih ke arah wanita yang sedang terbaring di atas katil di sebuah bilik yang hanya dipisahkan oleh dinding kaca tebal. Sebentar tadi, dia telah menelefon Sylvea untuk memeriksa akan wanita tersebut dengan memberitahu bahawa wanita tersebut adalah rakan sekolejnya dahulu namun terpaksa menumpang teduh bersamanya kerana suaminya yang kini berada di Norway.

Perkara yang sebenarnya ialah, wanita tersebut rela hati menjadi subjek eksperimennya kerana memerlukan wang untuk membayar bil hospital kedua anak kembar wanita itu yang terlantar di hospital kota London akibat terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Betapa terdesaknya seorang ibu demi menyelamatkan anaknya, begitu juga dengannya. Semalam, dia telah berjaya, memindahkan implan embrio buatannya yang mengandungi 80% DNA asli Chelsie. Dia kini telah melanggar hokum alam kerana menghasilkan manusia buatan miliknya, yang hampir boleh dikatakan klon kepada Chelsie namun bezanya 20% baki DNA yang tertinggal diambil daripada subjek wanita yang bernama Amelia itu.

"Maaf saya lambat!" Sylvea tiba dengan keadaan tercungap-cungap. Dia membawa peralatan perubatannya di dalam satu beg khas. Iparnya itu membalas dengan senyuman. "Mari saya bawa awak ke dalam. Mel tengah tidur tu." Katanya bersama satu lagi senyuman. Sylvea berasa sesuatu yang tidak kena. Firasatnya mengatakan senyuman tersebut adalah untuk menyembunyikan sesuatu.

Mereka tiba di sebuah bilik tidur. Rumah agam keluarga Hale ini mempunyai bilik yang banyak maka Sylvea sendiri tidak tahu siapa penghuni bilik ini. Seorang wanita tidur dengan nyenyak di atas katil tersebut, malah tidak sedar pun ketika Sylvea melakukan pemeriksaan terhadapnya kerana Cassandra telah memberikannya sedatif.

»Abolition« [ERROR#2]Where stories live. Discover now