7|Mimpi Buruk Bermula

2.2K 286 12
                                    

Peter's POV

Aku menoleh ke belakang tingkap kereta. Terdapat tiga kereta jenis SUV hitam mengejar kereta van yang kami naiki. Lambang Exivian Orders terpampang jelas pada kedua-dua pintu pemandu dan penumpang di sebelah pemandu. Melihat beberapa pengawal Exivian Orders menjenguk daripada tingkap bersama senjata api umpama M16, membuatkan aku menoleh kembali ke hadapan.

"Guys, we have company. Mereka semacam nak tembak je kita semua kat sini." Maklumku.

Seusai itu, mereka menoleh ke belakang kecuali pemandu van yang bernama Khairyl itu yang melihat melalui cermin sisi.

Satu peluru menembusi cermin sisi sebelah kiri bersebelahan dengan Aiman. Reyna, Izzara dan Esme menjerit serentak.

"Tunduk semua!" Arah Khairyl.

Aku memegang kepala Esme menyuruhnya tunduk bersama. Beberapa butir peluru menembusi cermin belakang dan dinding luar van. Bunyi besi ditembusi dan cermin pecah menambahkan lagi suasana panik menjadi tegang.

"Guys, better brace yourselves." Ujar Khairyl. Amaran itu jelas menandakan Khairyl akan melakukan sesuatu yang gila. Aku mengeratkan pelukan terhadap Esme.

Van itu membelok tajam ke kanan secara tiba-tiba membuatkan daya menolak kami ke bahagian kiri van. Aku perasan Khairyl membawa kami masuk ke dalam perkarangan luas dengan banyak kehadiran kereta yang diparkingkan di perkarangan itu. Saat aku melihat banner besar yang digantung pada sebuah pintu gerbang. 'Festival KK' Festival?

Bunyi van berhenti membuatkan perhatian teralih daripada banner itu.

"I think we've lost them." Aiman bersuara, sambil menoleh ke belakang ke arah kami.

"Aku pasti mereka dah cam kita semua. Lebih baik kita cuba tukar pakaian dan cuba sembunyikan diri kita kat festival ni. Dalam keadaan ramai orang, mereka akan susah nak jumpa kita." Kata Khairyl.

"Setuju," jawab Annie diikuti yang lain.

Kami melangkah keluar daripada van dan menuju ke pintu gerbang. Ratusan orang keluar masuk daripada pintu gerbang itu. Esme memegang tangan si kecil Miqaila, bimbang akan terpisah dalam kumpulan ratusan orang ini.

Sebaik sahaja kami masuk, khemah besar berserta tersusun di jalan track yang bercatkan merah gelap. Setiap khemah menjual pelbagai aneka barang. Kami melangkah masuk ke dalam sebuah khemah biru yang menjual pakaian. Beberapa pakaian menarik perhatianku; tidak terlalu menonjol dan kelihatan biasa-biasa sahaja. Aku mengambil satu daripada pakaian  tersebut kemudian menuju ke kaunter pembayaran. Esme dan Miqaila menunggu di tepi kaunter tersebut. Esme tersenyum penuh makna. Nak suruh aku bayarlah tu.

"Please... I left my wallet somewhere." Umpama mengetahui apa yang aku fikirkan, dia memujuk. Aku mencebik seraya bergurau, "bayar balik."  

Esme membalas cebikan dengan cebikan versinya, "eleh nak jadi doktor dah pun masih nak berkira. Kedekut punya orang." Aku hanya menjelirkan lidah. Pakaiannya serta pakaian Mikayla aku ambil dan letakkan di atas meja kaunter bersama-sama pakaianku. Penjaga kaunter agak-agak terpinga-pinga, mungkin hairan dengan kefasihan kami bercakap dalam Bahasa Melayu. Aku berdehem perlahan.

"Eh, w-want to pay?" Tanya penjaga kedai itu, sedikit kelam-kabut.

"Ya, nak bayar." Habis nak buat apa lagi? Masak kat sini?

Aku mengeluarkan kad kredit daripada dompetku, kad kredit itu bertukar tangan. Seketika kemudian, aku menyambut huluran beg plastik bersama kad kredit milikku daripada penjaga kaunter tersebut. "Pinjam fitting room ya." Penjaga kaunter itu mengangguk. 

Aku memberikan Esme dan Miqaila pakaian mereka. Kami menuju ke arah fitting room masing-masing yang hanya dipisahkan oleh dua buah almari. Selepas menukar pakaian, kami berkumpul di hadapan sebuah gerai menjual pelbagai cenderahati kraftangan masyarakat tempatan. Aku melihat Ana yang duduk bersila di atas sebuah bangku panjang batu bersebelahan dengan Annie. Dia mengenakan T-shirt hitam berserta jaket berhood berwarna biru gelap. Jeans gelap dipadankan dengan kasut sneakers Adidas hitam. Rambutnya melepasi paras bahu dibiarkan terurai kemas. Berbeza dengan penampilannya yang berambut pendek 5 tahun lepas. Aku tertanya-tanya akan apa yang dimenungkan oleh gadis itu.

"Apa yang ditenung anak dara orang tu Abang Peter oii." Bisikan seseorang menggangguku. Aku menoleh Aizril yang tersenyum sumbing. Nak kena budak ni. Aku hanya membalas dengan senyuman sinis.

"Alright. Semua dah kat sini ke?" Soal Aiman. Kami melihat setiap satu antara kami kemudian mengangguk.

"Okay, good. Buat masa sekarang, kita perlukan tempat persembunyian sementara. My suggestion, kita pergi ke rumah Annie kat UMS. Sekarang ni musim persekolahan, students semua sibuk lagipun mereka ada buat tamu gadang kat sana so it will be easy for us to run if we get located." Hujah Aiman bernas bagiku. Lagipun aku yakin mereka ingin menjalankan sesuatu di universiti itu.

"Hostel pelajar ke Abang Aiman?" Soal Izzara. Aiman menggeleng-geleng. "Flat staf akademik." Aku melihat kelima-lima pelajar sekolah menengah itu ternga-nga. "Kak Annie ni pensyarah ke?" Baru kali ini Aiman mengangguk. Ya, seingat aku Aiman pernah menyatakan dia hanyalah bekerja doktor penyelidik di sebuah universiti, namun dia tidak mention kembarnya bertugas sebagai seorang pensyarah.

Akhirnya semua menyuarakan persetujuan mereka.

"But, we have one problem. Nak keluar daripada sini hanya ada dua jalan, kat gerbang depan tu dengan arah jalan belakang pentas utama. Kau orang pergi je dulu, saya sambil kereta dan jemput kau orang dekat pagar belakang pentas utama." Kata-kata Khairyl hampir dibantah oleh Annie namun dia cepat-cepat meyakinkan wanita itu. "Don't worry, saya okey je. Memang ni kemahiran saya. Saya tak jadi pengawal elit Exivian Orders kalau saya tak boleh handle problem kecil ni so don't worry." Dia cepat-cepat beredar.

"Okay, jom kita gerak. Tapi sebelum tu pastikan kau orang tak berpisah. Kita akan lalu kat kawasan ramai sangat orang." Dengan itu, kami mula bergerak menuju ke kawasan pentas utama.

Sebaik sahaja memasuki satu pintu gerbang kecil, suasana bingit terbentang di hadapan kami. Ratusan manusia, mungkin ribuan sedang berkumpul di hadapan pentas. Satu konsert besar sedang dijalankan. Aku memicingkan pandangan ke arah seorang DJ yang sedang berada di atas pentas. Figura berhood hitam, berpenutup muka dan mempunyai lambang AW di belakang bajunya. Alan Walker buat persembahan! Uish, peluang keemasan ni! Namun memikirkan situasi yang melanda kami, aku mengeluh kecewa.

Kami meneruskan pengembaraan mencabar menyelinap pada lautan manusia. Tangan Esme aku genggam erat, bimbang gadis itu terpisah dan tersesat di antara lautan manusia ini. Seperti ada sesuatu yang memanggilku namun agak sayup-sayup. Aku menoleh ke belakang apabila pegangan tanganku terlepas.

"Esme!" Jeritku memanggilnya. Aku menjenguk-jenguk seandainya aku melihat kelibatnya namun hampa. Dia terus tenggelam dalam lautan manusia yang semakin menggila dengan lagu rancak Darkside. 

Tiba-tiba seorang lelaki beberapa meter di hadapanku rebah. Orang sekelilingnya menjauhi lelaki tersebut beberapa langkah. Bunyi muzik rancak masih dimainkan. Belum sempat aku memeriksa lelaki itu, beberapa langkah daripadanya dia bangkit dan menyerang seorang wanita muda. Aku terdorong ke belakang. Shit! Aku mesti mencari Esme sekarang juga. Panik menguasai suasana dengan jerit tempik orang ramai. Tubuhku dilanggar beberapa penonton yang panik melarikan diri sehingga aku tersungkur.

"Abang Peter!" Jeritan Esme jelas kedengaran. Aku berusaha bangkit sebelum dilanggar lagi oleh seorang remaja.

Bang! Bunyi tembakan membuatkan orang ramai tertunduk seketika. Saat itu aku melihat Esme yang mendukung Miqaila hanya beberapa meter daripada tempat aku tersungkur. Aku pantas bangkit dan menarik keduanya. Aku tidak menyedari kehadiran Ana dibelakang kami. Kami naik ke pentas dan saat itu suasana yang lebih jelas terpamer.

Semakin ramai yang dijangkiti. Wabak EX16 telah merebak sekali lagi!

Ini mimpi ngeri!!!

»Abolition« [ERROR#2]Where stories live. Discover now