SP- Happy Malaysia Day

1.9K 114 3
                                    

" Sayang, where are you ? " Haikal mengelilingi satu rumahnya itu sambil mencari Sang Isteri yang sedari tadi dia tidak lihat malah anak lelakinya juga tidak ada.

" Hana ? "

Kelihatan anak serta isterinya sedang duduk sambil merendam kaki di dalam kolam di rumah mereka. " Eh abang, dah balik ? Duduk sekali sini. " Hana menepuk-nepuk tempat disebelahnya sambil menyuruh suaminya duduk.

Haikal tidak bersuara dan hanya duduk disebelah isterinya. " Buat apa duduk sini ? Kan jerebu ni. " Haikal mengusap-usap rambut isterinya sebelum mengucup lembut dahi wanita itu.

" How's your day sayang ? " Dicubit lembut pipi anak kecilnya itu membuatkannya memuncungkan bibir. " Papa, I'm not a kid anymore. Don't do like that to me. " Kali ini giliran Haikal memuncungkan bibirnya kerana dimarahi oleh anaknya.

" Faris, tell papa what you did today. " Hana cuba menenangkan keadaan disitu.

" Today we went to the park and help people to clean the park. And then we went to the mall and buy some stuff for my fashion show for Malaysia Day celebration. Now we are trying to search for some design. "

Haikal hanya mengangguk-angguk mendengar bicara anaknya itu. Petah sungguh anaknya berbicara bahasa inggeris walaupun baru berusia 7 tahun tetapi yang dia risaukan anaknya itu tidak terlalu fasih bahasa melayu.

" Faris, go and play with bibik inside. Jerebu is not good for you. " Entah anaknya mengerti ataupun tidak maksud jerebu, tetapi anaknya tetapi berlari masuk ke dalam rumah.

" I miss you. " Isteirnya menyandarkan kepala dibahunya. Perlahan-lahan tangannya memeluk pinggang kecil isterinya itu. " Sayang tak ajar Faris talk in malay ke ? " Wanita itu masih fokus pada telefonnya.

" Ada tapi maybe dia dah terselesa sangat cakap english. Mama abang pun kata masa abang kecil abang talk in english je. Lama-lama dia cakaplah bahasa melayu tu. " Hana memandang ke arah suaminya lalu mengucup lembut pipi lelaki itu.

" Happy Malaysia Day, abang. "

Lelaki itu tersenyum kecil padanya lalu mengenggam tangannya. " Abang nak hadiah ? " Haikal membuat muka pelik. Hadiah apa pula ni ? Kalau hari malaysia memang kena beri hadiah ke ?

Wanita itu mencapai tangannya lalu diletakkan di atas perut wanita itu sendiri. " I'm pregnant. " Otaknya cuba memproses segala maklumat yang baru dia dapat tadi.

" YOU WHAT– " Membulat matanya apabila akhirnya dapat mencerna segala yang diperkatakan oleh isterinya. Terus diangkat tubuh isterinya lalu berjalan ke arah dalam rumah. " Abang apa ni ? " Hana menepuk perlahan dada suaminya.

" Tak elok duduk luar, jerebu. " Hana tertawa kecil sebelum membenamkan mukanya pada dada bidang suaminya itu. " I will make sure anak kedua kita ni fasih bahasa melayu ! "

MS: Crush Sekeras Batu ✔Where stories live. Discover now