13

2.6K 176 0
                                    

Today is the day. Finally, hari dimana dia dapat meluangkan masa dengan lelaki batu kesayangannya. Excited teroks dia jadinya. Dia ingatkan dia paling excited tapi–

Tok tok ! Tok tok !

Pintu biliknya yang telah diketuk beribu kali itu akhirnya membuatkan dia terjaga. Sewaktu pintu itu mula-mula diketuk, niat tak nak bangun kerana beranggapan orang itu akan berputus asa dan malangnya jangkaan dia salah.

" Wait for a second– " Dengan mamainya, Hana berjalan ke arah pintu biliknya lalu membuka pintu itu. Terlihat abangnya yang tinggi lampai bersama adik kesayangannya sedang berdiri dihadapan pintu biliknya. " Hana, jom berjaga. "

Dia terngangga seketika selepas mendengar kata-kata abang sulungnya itu. Wah, sungguh tak matang. Ketuk pintu bagai nak roboh semata-mata nak ajak berjaga ? Dia memandang tangan dua orang dihadapannya itu, penuh dengan makanan ringan dan air.

" Abang, esok kita nak gerak awalkan ? It's 3 a.m, and– " Kata-katanya segera dipotong oleh adiknya itu. " That's why abang yang handsome ni telah berjaya memerah otak dan menghasilkan idea yang menarik ni. " Dia hanya memberi peluang pada mereka untuk membentangkan idea mereka yang MENARIK tu.

" Kita berjaga sampai pagi then korang pergilah. Boleh sampai awalkan ? Bijak tak abang ? " Adiknya itu dengan terujanya menepuk-nepuk belakang badan abangnya itu dengan rasa bangganya. Hana pula menepuk-nepuk tangan selepas mendengar idea dua beradik itu.

" Bijak eh ? Sila mangkat ! I need my beauty sleep okay ?! Erhh– " Dengan marahnya, dia menghempas pintu biliknya itu. Lantaklah umi dengan ayah nak bangun ke apa. Gilalah kejut orang pukul 3 pagi macam ni.

Kalau korang, korang pun marahkan ?

MS: Crush Sekeras Batu ✔Where stories live. Discover now