11

2.7K 203 4
                                    

Lagi dua hari mereka akan berangkat ke PD untuk percutian empat hari tiga malam itu. For your information, ayahnya yang pilih tempat percutian itu jadi janganlah kalian nak complain bagai. Bukan korang yang pergi, dia yang pergi. Sebiji beg besar yang sudah siap berisi segala keperluannya itu elok terletak disebelah almari.

Kira okay satu beg je tu. Kalau diikutkan hati, mahu saja diangkut satu almari ke PD. Disebabkan abangnya bilang gak usah dibawa terlalu banyak barang. Sebagai adik yang baik, dia ikutkan sahaja kata-kata abangnya itu.

Dia melihat jam didinding rumahnya itu. Jam didinding terus berdetak ahhh– kakiku juga terus berjalan ahhhh– tapi mengapa ta– ah sudah tu ! Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam tetapi dia dan adiknya masih fokus menonton k-drama dilaptop Hana. Best kot ! By the way, orang yang minat kpop dengan minat kdrama ni lain okay ?

Kesah apa dia kalau esok weekday or what, k-drama always come first. Adiknya itu pula jenis burung hantu juga macam dia, so adiknya itu pun join dia menonton sama. Kebetulan je adiknya turun ke bawah tadi, tiba-tiba terjoin pula.

" Farisha dah siap homework ke belum ni ? " Hana bertanya kepada gadis itu sebelum menekan episode seterusnya drama itu. Adiknya itu hanya membuat muka tak bersalahnya. " Be– belum. " Hampir jatuh rahangnya dengar kata-kata gadis muda itu.

Adiknya boleh tinggalkan kerja rumah demi kdrama ? Jujur dia kata yang dia akan buat perkara sama kalau dia jadi adiknya. Tetapi itu tetap salah ! " Farisha ! Kenapa join kakak tengok drama. Kau pergi buat kerja sekarang. " Dia menolak gadis itu menggunakan kaki apabila gadis itu tidak ada tanda-tanda mahu bergerak pun.

" Alah kakak, tinggal add math je. Time perhimpunan boleh buat. " Dia menjeling tajam ke arah adinnya itu. Jangan berani-berani jadi adik derhaka kepada Hana ye. Dengan pasrahnya, gadis itu berjalan ke atas untuk menyiapkan segala kerja yang tertunggak.

Adiknya naik, abangnya turun. Cantiklah tu. " Baby, kenapa tak tidur lagi ? " Haris duduk disebelahnya yang sedang asyik menonton kdrama dilaptopnya itu. " Abang nak bagitahu ni– " Dia hanya membiarkan abangnya itu terus bercakap. Nak cakap, teruskan saja. Dia sedia mendengar dengan hati yang terbuka.

" –fasal Haikal. " Terangkat kepala Hana yang sekian lama menunduk itu selepas mendengar nama Haikal. Dia terkejut tetapi masih cuba mengekalkan riak wajah tenang. " Kenapa dengan dia ? Dia tak nak pergi PD ke ? " Dia tertawa kecil dihujung ayat. Niat nak berguraulahkan. Sekali lagi dia ulang, niat nak BERGURAU.

" Hana dah tahu ? "

Terdiam dia buat seketika. Perlahan-lahan dia memalingkan kepala ke arah abangnya lalu menggeleng kecil. Sumpah hatinya berkecai ketika itu. Kalau abangnya tiada disitu kemungkinan besar dia sudah menangis. " Dia kata dia tak nak ikut– "

Fuh. Sah lelaki itu gila. Semua yang dirancang ini hanyalah untuk Haikal. Sekarang, Haikal tak pergi. Baik tak payah buat ! " –tapi dia ikut kalau Hana pujuk dia. "

Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyuman kecil. Alahai abang batu ni. Suka macam ni, malu kita nanti. " Hana ajak nanti. "

MS: Crush Sekeras Batu ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin