35

2.4K 171 3
                                    

Haikal memandang wanita yang sedang duduk memeluk lutut itu dari arah belakang. Dia hanya berdiri dibelakang wanita itu dengan jarak tak sampai semeter pun, jadi dia boleh dengar segala yang dibebelkan wanita itu.

Tersenyum dia terdengar bebelan wanita itu atau patut dia panggil luahan hati ? Apa yang wanita itu mesej padanya tadi pun dia sempat baca di notification barnya cuma dia tak nak balas. Dia siap screenshot lagi.

Saja je play hard to get. Bukan perempuan je boleh jual mahal. " Haikal, I'm sorry if I did something that hurt you. I'm sad when you mad at me. Awak dah janji nak buat saya happy sepanjang ada dekat sisi awak. "

Selesai dia membaca semula mesej yang dihantar oleh wanita itu, Hana memalingkan kepala ke belakang dengan wajah yang terkejut serta cuak. " Ha– Haikal. Sejak bila awak berdiri dekat situ ? "

" Sejak semalam lagi. Puan je tak perasan. " Haikal berjalan menghampiri wanita yang masih lagi terkejut dengan situasi sekarang ni. " Saya ada bukti yang puan suka saya. " Saja ditayang mesej yang discreenshot itu kepada Hana.

Dia perasan muka wanita itu mula memerah. Malulah tu. Comellah. " Haikal, delete it now ! " Dia menjelirkan lidahnya tanda tak mahu. Dia perasan yang mata wanita itu berkaca-kaca dan dia tahu wanita itu baru sahaja mengalirkan air mata tadi.

" You mad at me, right ? " Dia mengalihkan pandangannya ke arah laut. Nak angguk nanti dikatakan dia ni macam perempuan pula nak merajuk bagai. Tapi kalau tak angguk nanti macam dia tipu perasaan sendiri pula.

" Because of that guy, right ? " Hana menunding jari ke arah lelaki yang datang ke arah mereka sewaktu sarapan pagi tadi. Ye, memang sebab lelaki itu. Merosakkan mood makannya sahaja. " You mad at me just because of that guy right ? Dia tu my cousin. Dia datang sini sebab di– "

" I DON'T CARE WHO HE IS OR WHY HE IS HERE. " Nada suaranya yang tinggi itu membuatkan Hana terdiam seketika. Mata mereka bertentangan membuatkan dia rasa bersalah. Mata wanita yang berkaca-kaca itu memandang matanya dengan sayu.

" It justI'm not actually mad at you. I'm just– uhm I– "

Mana entah datang penyakit gagap dekatnya ni. Haikal mengeluh kecil sebelum kembali memandang mata wanita dihadapannya itu. " JealousI'm jealous okay ? "

Dia tak sanggup nak pandang wanita itu sekarang. Malu yang teramat. Jatuh egonya sebagai lelaki tahu tak ?! " Youwhat ? " Wanita itu cuba memandang matanya tetapi dia kerap mengelak. " Haikal, you what ? " Hana masih cuba memandang matanya tetapi dia pula masih cuba mengelak. Dia nampak Farhan pandang mereka dari jauh dan tiba-tiba muncul idea jahat nak cemburukan Farhan.

Perlahan-lahan Haikal memandang mata wanita itu lalu tersenyum kecil. " Listen okay ? I'll say it just once. " Hana mengangguk kecil sambil meneliti wajah kacaknya. Eh riak pula.

" I love you. "

Membulat mata Hana mendengar kata-kata ajaib itu keluar dari mulutnya. " Again. Say it again ! " Dia laju menggeleng. Paksalah, tak kesah pun. " Live. Mana ada ulangan. " Hana memuncungkan bibir membuatkan dia tergelak besar.

Kecomelan yang melampau tahu tak bila wanita itu buat begitu. Hati ni berdegup lebih laju dari biasa. Omaigad. " I'm serious about this tau. "

MS: Crush Sekeras Batu ✔Where stories live. Discover now