3

3.6K 207 0
                                    

Hana sampai di pejabat ayah tepat jam 9:00 pagi. Selepas tinggalkan Malaysia selama empat tahun, tak sangka betul KL dah semakin sesak. Dia bawa kereta yang ada air-conditioning pun boleh berpeluh ketiak. Taklah, dia berpeluh kerana terbayangkan ayahnya bertukar jadi singa kerana dia masuk kerja TERLALU LAMBAT.

Langkah diatur ke arah lif untuk naik ke tingkat dimana pejabat ayahnya berada. Nak pergi mana lagikan ? Dia jadi keliru nak tekan atau tidak butang lif untuk naik ke atas itu. Secara jujurnya, selepas lebih daripada 20 tahun syarikat itu ditubuhkan dia tak pernah tahu dimana lokasi pejabat big boss.

" Aku tak tahu nak naik tingkat berapalah. Patut aku tekan je butang ni or pergi tanya orang dulu ? " Hana bermonolog sendirian. Dia rasa dia patut tanya oranglah tapi dia masih ragu-ragu dengan keputusannya. Ayahnya pula tak beritahu dia perlu ke tingkat berapa. Ouh sekarang nak salahkan ayahlah ni ?

"Puan, sila ke tepi saya nak guna lif ni. " Lelaki dibelakangnya menegur dia yang sedang berdiri ditengah-tengah pintu lif dengan panggilan yang agak tak sesuai dengan dirinya. Dengan sesegera mungkin dia memusing ke belakang untuk menghadap lelaki itu. Ouh mai mai. Mr. gorgeous in the house. Ada sesiapa punya ke ni ? Kalau takda dia jadikan suami terus.

" Cik. "

Dia membetulkan panggilan itu selepas mengelamun beberapa saat. " Saya nak tanya sikit boleh tak ? Bilik big boss dekat tingkat berapa ? Saya pekerja baru. " Dia bertanya dengan sopannya. Mana tahu jodoh diakam ? Kenalah layan elok-elok. Lagipun ayah dengan umi selalu pesan kita kena bersopan dengan orang walaupun kita kaya ke miskin ke, jawatan tingga ke jawatan kuli ke.

Lelaki itu memandang dia atas bawah lalu memberinya pandangan yang dingin. " 10. " Oh tingkat 10. Susah betul nak suruh mamat ni bercakap. Baik cakap dengan batulah macam ni ! Dia melangkah masuk ke dalam perut lif lalu menekan tingkat 10 tapi belum sempat dia menekannnya, lelaki disebelahnya itu terlebih dahulu menekannya. Sama tingkat dengan ayahnya rupanya. Jodohlah ni.

Lelaki itu terus keluar dari lif sebaik sahaja pintu lif terbuka. " Sombong. Bukan nak minta nombor telefon ke username ig ke apa. " Dia mula mencari-cari bilik ayahnya and finally she found it ! Dia mengetuk pintu sebelum masuk.

" Come in. " Uish dengar suara ayah pun dah handsome. Mesti lelaki itu handsome hari ni. Tengoklah betapa cantiknya anak lelaki itu. Hehehe. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu selepas diberi kebenaran. Tekunnya ayahnya ni buat kerja sampai tak perasan yang dia sudah berdiri disitu selama seminit.

" Bos, saya pekerja baru. " Dia tergelak selepas berkata begitu. Cadang nak buat prank tapi tak jadi sebab tak dapat tahan gelak. Lelaki itu terus memandang ke arahnya. " Finally, datang juga anak perempuan ayah ni. Awal sangat Hana datang ni. Kenapa tak datang lambat sikit ? " Dia memuncungkan bibir mendengar sindiran lelaki itu.

" Duduklah sayang. " Dia terus duduk dikerusi di hadapan lelaki itu. " Hana akan kerja dibawah abang Haris okay ? Anything Hana boleh tanya abang Haris. " Dia hanya menganggukkan kepalanya.

" Kerja Hana sangat penting dan Hana akan sibuk setiap masa sebab tu Hana dapat PA. " Sekali lagi dia mengangguk. Lelaki itu menekan salah satu butang di telefon diatas mejanya itu. " Rita, panggil Haris masuk bilik saya. " Lelaki itu memberi arahan pada wanita yang bernama Rita itu manakala dia pula masih terasa mengantuk yang amat. Dia baru sampai ke Malaysia dan dah dipaksa bekerja. Dia rasa penat sangat sekarang ni.

" Baik bos. " Selang beberapa minit abangnya masuk ke dalam bilik itu tanpa mengetuk pintu. Biadab punya jantan. " Wey what's up sistor ? Awal datang. " Haris duduk disebelah dia lalu bersalaman dengannya. Ni lagi sekor, suka nak sindir orang tau.

" Haris, buat apa yang ayah dah suruh semalam. Ayah tak perlu explain lagikan ? Tengok-tengokkan Hana ni. Apa yang dia tak tahu, ajar. Ayah percayakan Haris dan Hana untuk bekerjasama memajukan lagi syarikat ni. Bolehlah bersurai. " Hana bangun lalu menyalami ayahnya itu sebelum Haris menarik tangannya lalu keluar dari bilik itu. Mereka berjalan ke arah tempat para pekerja sedang bekerja. Pegangan tangan tadi dilepaskan oleh dia. Rimas bro.

" Okay guys, ambil perhatian ! " Semua orang memberi sepenuh perhatian pada dia dan abangnya. " Okay hari ni kita ada pekerja baru and dia akan kerja bawah aku but she's still a big boss. So korang boleh tunjuk ajar apa yang dia tak tahu. " Mereka hanya mengangguk-angguk.

" Wey kenalkan diri kau. " Haris berbisik pada dia. Betul tu ! Dia terlalu nervous sampai dia sendiri terkedu. Selama ni dia perlu bercakap dihadapan rakan-rakan universitinya yang berada dalam lingkungan usianya dan pensyarahnya sahaja tapi sekarang dihadapannya penuh dengan manusia yang jelas lebih tua dan matang darinya.

It's okay Hana. Breathe and just introduce yourself.

MS: Crush Sekeras Batu ✔Where stories live. Discover now