1

8.9K 319 34
                                    

" YEAAHHHHH "

Kata-kata pertamanya sebaik sahaja kakinya yang cantik ini melangkah di Malaysia. Yang lebih tepat Kuala Lumpur, kota kelahirannya, kota kebanggaannya. Who doesn't love their hometown ?

Pulang dari London, dia merancang untuk tidak bekerja duhulu sebab nak merehatkan otaknya kerana di London dia terlalu banyak sangat memerah otak ni. Nasib baik otaknya tak merajuk dengannya lepas tu menghilangkan diri.

Tapi tulah, kita manusia. Hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Encik Zikrul aka bapanya memaksa dia bekerja di syarikat keluarga mereka itu mulai esok. Dia ulangi, E S O K. Ada sesiapa mahu buat bantahan ? DIA ADA !

Come on, dia baru balik Malaysia ! Be professional, ayah.

" Ayah, takkan awal sangat I kena kerja ? " Lelaki didepannya itu hanya mengangguk kecil. " Begitu teruk ayah melayan seketul Hana ini. Hana ni anak angkat ke ? " Mulalah dia berdrama bagi meminta simpati ayahnya itu.

Ayahnya hanya memberi pandangan kosong pada dia bermakna lelaki itu sudah pun membuat keputusan yang muktamad. Tiada pilihan selain bekerja di syarikat itu. " Kau tak tahu ke memang ayah dengan umi ambil kau dari tong sampah dulu ? " Hana menjeling tajam adik perempuannya yang sedang mengunyah kacang itu.

" Diam lo anak bocah. " Adiknya itu mengangkat tangan tanda mengundurkan diri.

" Ayah, I tak sempat nak enjoy dekat malaysia lagi. Kan I dah nak kata nak pergi bercuti satu Malaysia dulukan ? " Sumpah dia ada banyak sangat tempat nak pergi sekarang ni. Dah siap plan, tinggal gerak je.

" Esok start kerja. Masuk pejabat macam biasa. Ayah dah siapkan everything for you sayang. PA pun dah siap. " Dia hanya mampu mengeluh kecil. Ayahnya itu betul-betul berpendirian teguh. Apa yang lelaki itu kata, itulah yang kena dia buat. Orang rasuah ayahnya macam mana pun lelaki itu takkan pernah ubah keputusan.

" Umi– " Hana cuba meminta belas kasihan daripada uminya yang sedari tadi diam membisu.

" Ikut je cakap ayah tu. Ayah tahu apa yang terbaik untuk sayang. " Umi ni pun sekutu ayah rupanya ! Dia memuncungkan bibirnya. Dah dua-dua tak nak back up dia, dia nak kena mengalahlah ni ?

" Baby Boo abang kenapa ni ? " Dia memandang orang yang sedang berjalan menuruni tangga itu dengan terujanya.

" Abaaaaannggg, rindunya. " Dia terus memeluk abangnya yang dah berabad tak jumpa. Tak gurau je. Abangnya ada melawat dia semasa di London bulan lepas. Saja je nak berdrama. " I miss you too– " Mulalah aksi peluk-memeluk sambil berpusing-pusing macam drama Hindustan antara dua beradik itu.

Mereka memang adik-beradik yang suka berdrama ye.

" Teruja tak nak kerja dengan ayah ? " Ah topik kerja lagi ? Dia dah mula bosan mendengarnya. Ingatkan bila dengan lelaki itu bolehlah lari dari topik itu. Mana tahu nak bincang fasal k-drama yang baru ke. " Stop talking about works. Umi, ayah. Hana naik atas dulu. " Dengan bantuan abang dan adiknya, mereka mengangkat segala barangnya lalu naik ke biliknya.

" Kerja jelah. Lagi pun abang dengar PA Hana handsome gila, muka macam Park Jinyoung wey ! " Tbh, abang dia ni memang gilakan got7. Selalu berfanboy bila dia buka video got7. Sana got7, sini got7.

" Aish, daripada abang berfanboy dekat situ, lagi baik abang tolong Hana susun barang ni. Terlampau banya– " Baru sahaja dia mahu memandang ke arah abangnya, lelaki itu terus ghaib. Wow, abang dia ni belajar ilmu silap mata ke apa ?

" Kalau abang pergi, adik pun have to go ! Bye. "

Dasar adik-beradik tak guna. Nak minta tolong pun susah. Dia menghempas badannya di atas katil yang selembut kapas itu. Baru beberapa jam balik Malaysia dia dah hadapi pelbagai masalah.

Esok-esok jelah dia memperkenalkan dirinya dekat korang semua. Penatlah, esok nak kerja lagi. Esok eh ? Hey, hey ! Tak baik tinggalkan readers macam tu je without introducing yourself.

No, I nak tidur. Bye.

MS: Crush Sekeras Batu ✔Where stories live. Discover now