[9] Datin Aminah

995 107 26
                                    

Hari yang selama ini ditunggu-tunggu oleh Piet telah pun tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari yang selama ini ditunggu-tunggu oleh Piet telah pun tiba. Aim Qanshah telah dijemput untuk hadir ke temu ramah live nombor satu di malaysia. Semua orang ingin tahu dengan keadaan dan perkembangan terbaru Aim Qanshah setelah sudah dua bulan lebih mendiamkan diri.

Adakah Aim Qanshah sudah move on?

Aim Qanshah masih merindui Ain Murni!

AIM QANSHAH TAK BOLEH MOVE ON!

Banyak gosip yang berkaitan dengan Aim Qanshah masih tersebar di malaysia.

Aim Qanshah jumpa bomoh!!

Yang ni Aim Qanshah tak boleh terima. Bila pulak dia jumpa bomoh ni?

Aim Qanshah menggeleng saat membaca akhbar yang berada di tangannya itu. Dia melipat surat khabar itu lalu diletakkannya kembali di atas meja kaca.

" Dah ready? " Kata seorang lelaki kepada Aim Qanshah. Aim Qanshah sekadar mengangguk lalu lelaki itu keluar dari bilik yang di khaskan untuk Aim Qanshah.

" Jom. " Aim Qanshah melihat ke arah Aisara yang sedari tadi duduk diam di sisinya. Aisara sekadar mengangguk. Aim Qanshah berdiri dari duduknya diikuti Aisara, mereka berdua berjalan beriringan keluar dari bilik itu lalu masuk ke dalam studio.

Dia memandang sekejap wajah Aisara yang kelihatan comel sekali hari ini. Aisara hanya bermake up nipis, kaca mata bulatnya tidak tertanggal. Wajah takut Aisara membuatkan Aim Qanshah rasa bersalah.

Aim Qanshah dan Aisara duduk di sofa yang tersedia di situ. Chichi, pengacara yang akan menemubual Aim Qanshah melihat Aisara dengan pandangan tajam. Satu kening ternaik ke atas, mesti dia tertanya-tanya siapakah gerangan gadis yang duduk di sisi Aim Qanshah.

Siaran Live telah bermula. Chichi membuat pembukaan yang sangat menarik sekali. Aisara menggenggam tangannya kerana gementar. Semua ini adalah pengalaman pertama kali untuk dirinya.

" Everything is gonna be ok. " Bisik Aim Qanshah di telinga Aisara. Aisara hanya mengangguk faham. Terbit senyuman nipis di bibir Aim Qanshah. Dia berpaling ke arah Chichi yang sedang sibuk membawang.

" Hari ini kita bersama dengan artis yang kita semua sangat rindui!! Aim Qanshah! " Chichi kelihatan sungguh bersemangat. Kamera mula fokus ke arah Aim Qanshah. Aim Qanshah tersenyum, terserlah kekacakkannya yang digilai ramai.

" How are you Aim Qanshah? " Soalan pertama diajuhkan oleh Chichi.

" Sihat. Lama tak jumpa, Chichi sihat? " Soalan berbalas soalan. Chichi tersenyum lalu membetulkan duduknya. Dia tidak sabar untuk mengajuhkan soalan seterusnya.

" Mestilah sihat. Boleh saya tahu siapa gadis yang duduk sebelah Aim Qanshah ni? Adik ke? Atau adik sepupu? " Tanya Chichi. Mesti semua yang menonton rancangan ini sangat berdebar-debar saat menanti jawapan yang keluar dari mulut Aim Qanshah.

Aim Qanshah tergelak kecil lalu perbuatan yang dia lakukan selepas itu membuatkan mata Chichi membutang. Aim Qanshah memeluk kemas bahu Aisara.

" She is Aisara, my beloved wife. "

~°~

Dalam masa yang sama di rumah Puan Amina, Ayu Qaishah ternganga saat mendengar jawapan yang keluar dari mulut adik bongsunya. Sedari tadi dia melihat rancangan siaran langsung itu, dia tidak sangkah Aim Qanshah akan menjadi artis undangan pada hari ini. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Aim Qanshah. Tup tup dah kahwin tanpa pengetahuan mereka.

" Mummy!!! " Jeritnya sekuat hati. Datin Aminah muncul dari dapur bersama gelas kaca di tangannya.

" Kenapa jerit-jerit macam beruk ni Ayu? " Tanya Datin Aminah dengan wajah tenang.

" Tengok tu! Aim dah kahwin! " Ayu Qaishah menunjuk ke arah screen tv mereka. Datin Aminah melihat ke arah yang ditunjuk oleh Ayu Qaisah.

" Apa?!! " Bergema jeritan Datin Amina di ruang tamu itu. Gelas kaca yang berada di tanggannya dia letak di atas meja kaca depan tv.

" Aim!!!!! " Jerit Datin Aminah sekuat hati. Dah macam gorillah mengamuk dalam movie tu. Siapa-siapa yang lalu mungkin akan disepaknya saja kerana sudah terlalu sakit hati.

" Nenda.. Kenapa ni? " Tanya Kalif yang baru datang. Kalif adalah satu-satunya anak lelaki Ayu Qaishah yang baru berumur 5 tahun. Dia mendekati Datin Aminah.

"Kalif.. Nenda rasa nak makan orang aje sekarang ni.. " Datin Aminah menahan seribu virus geram yang telah merebak di hatinya.

"Ayu.. Cepat ambil phone mummy dalam bilik." Dada Datin Aminah turun naik menahan geram. Ayu Qaishah terus berdiri dari duduknya.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

𝗦𝗢𝗨𝗟𝗠𝗔𝗧𝗘Where stories live. Discover now