[1] Her Savior

1.4K 150 51
                                    

Sebulan kemudian

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Sebulan kemudian..

Keadaan Aim Qanshah sudah semakin membaik. Dia tidak berkurung di dalam bilik lagi, mungkin kerana dia sudah dapat untuk melupakan Ain Murni.

Piet pula sudah semakin lega, namun paparazi tidak henti-henti menggelar Aim Qanshah sebagai lelaki yang tak boleh moveon. Apa tidaknya, dah hampir dua bulan Aim Qanshah tidak berlakon. Tiada khabar-khabar pun yang mengatakan bahawa Aim Qanshah akan berlakon kembali.

"Susah nak tutup mulut paparazi-paparazi kat luar sana tu!" Marah Piet kepada Aim Qanshah. Saat itu mereka berdua sedang duduk di sofa ruang tamu sambil menonton tv. Tiada respon dari Aim Qanshah.

"Aim.. Kita mesti bersihkan nama kau." Kata Piet lagi. Namun Aim Qanshah tetap mendiamkan diri. Sedari tadi Aim Qanshah menekan-nekan butang alat kawalan jauh. Entah apa yang dia nak tengok, Piet pun tak tahu.

"Kau dengar tak ni Aim Qanshah!" Marah Piet. Ambik kau, sebut nama penuh terus. Wajah Aim Qanshah ditenungnya.

"Aim!"

"Aku dengar lah!" Marah Aim Qanshah. Pandangan ganas dihadiahkan untuk Piet. Gulp, Piet telan air liur. Tahu pun takut.

~°~

"Puan.. Maaflah, saya tak sengaja pecahkan gelas kaca ni." Kata Aisara kepada Puan Lavenda. Sudah sebulan lebih dia berkerja di Cafe coffee itu, namun hampir sebulan lebih itu jugalah dia melakukan kesilapan.

"Awak fikir gelas ni murah? Saya import gelas ni dari itali tau!!" Jerit Puan Lavenda. Pemilik Cafe Coffee tersebut.

"Maafkan lah saya Puan. Saya merayu pada Puan.. Saya dah tak ada apa-apa lagi, hanya mengharap gaji dari Cafe ni. Saya sanggup buat apa saja demi Puan, asalkan Puan tak pecat saya.." Rayu Aisara. Rupanya perbualan mereka didengar jelas oleh seseorang yang duduk tidak jauh dari situ.

"Arg!! Saya tak peduli! Saya nak awak bayar semua kerugian saya ni!" Jerit Puan Lavenda. Aisara tersentak. Mahu menangis pun ada. Tahan sajalah.

" Tapi..

"Puan, bende boleh bincang kan? Buat apa nak marah?" Tanya Piet secara tiba-tiba. Piet lah lelaki yang sedari tadi mendengar perbualan mereka berdua. Adakah ini kebetulan atau pun takdir?

"Awak ni siapa?! Saya tengah bercakap dengan perkerja saya. Maaf ya. Bekas." Puan Lavenda menekan perkataan bekas. Dia tersenyum sinis.

"Puan." Aisara terkejut mendengar perkataan bekas.

"Apa salah dia sampai Puan mesti hentikan dia?" Tanya Piet pura-pura tak tahu. Padahal Piet sudah curi-curi dengar semua perbualan dari awal sampailah akhir.

"Dia dah banyak pecahkan gelas-gelas saya kat dalam Cafe ni. Awak fikir gelas saya tu murah?" Jelas Puan Lavenda dengan wajah bengis. Sayang, cantik tapi jahat.

"Boleh saya tengok gelas tu?" Tanya Piet.

"Ini.." Aisara yang sedari tadi mendiamkan diri akhirnya bersuara. Dia menyerahkan gelas yang sama dengan gelas yang dia pecahkan tadi. Kebetulan gelas itu ada di tangannya. Piet memegang gelas itu lalu di perhatikannya dengan teliti.

"Awak beli gelas ni kat mana?" Tanya Piet dengan wajah tenang.

"Itali." Jawab Puan Lavenda. Tiada senyuman di bibirnya. Dia tidak puas hati kerana Piet tiba-tiba masuk campur.

"Berapa kerugian awak? Dah berapa gelas yang dia pecahkan?" Tanya Piet lagi. Puan Lavenda menjelingnya. Geram betul dia dengan Piet.

"Dia dah pecahkan 30 gelas tau!" Marah Puan Lavenda. Piet masih kelihatan tenang. Aisara pula hanya mampu tertunduk. Banyak mata-mata yang sedang memerhati, namun Piet tidak peduli dengan semua tu.

"Kalau awak tak ada apa-apa urusan lagi, awak boleh pergi! Bukannya awak nak bayar ganti rugi pun." Sindir Puan Lavenda. Piet tersenyum. Puan Lavenda mengerutkan dahi tanda hairan.

'Aik? Boleh senyum lagi mamat belagak hero ni?' Kata Puan Lavenda dalam hati.

"Saya akan bayar semua ganti rugi ni. Berapa kerugiannya?" Tanya Piet. Puan Lavenda sungguh terkejut.

"50 ribu ringgit." Kata Puan Lavenda laju. Mata Aihara membutang.

'50 ribu ringgit? Mak aii! Mahalnya! Lima tahun kerja pun belum tentu aku dapat bayar. ' Kata Aisara dalam hati.

"Setahu saya gelas awak ni tak original. Dan saya pasti, kerugian awak tak sampai 1k pun. Kalau awak tak percaya, saya ada kawan yang pakar tentang hal ni." Jelas Piet.

"Siapa?" Tanya Puan Lavenda dengan wajah cemas.

"Polis." Jawab Piet tenang.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

𝗦𝗢𝗨𝗟𝗠𝗔𝗧𝗘Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz