[3] His Future Wife

1.1K 124 43
                                    

Aim Qanshah POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aim Qanshah POV

Aku duduk di bangku panjang yang berada di taman berdekatan dengan rumahku. Sudah setengah jam aku berjoging untuk tenangkan fikiran. Dulu aku bukanlah seorang lelaki yang suka berjoging. Tapi semenjak berpisah dengan Ain, aku sudah gemar berjoging dan bersendiri.

Aku mengeluarkan alat dengar dan mp3 yang berada di poket hoodieku. Mp3 yang berwarna hitam itu ku pandang lama. Mp3 itu adalah pemberian dari Ain untukku.

" Nanti.. Kalau Aim rindu Ain, dengarlah lagu yang ada kat dalam mp3 ni. "

Kata-kata Ain bermain di fikiranku. Aku memejamkan mataku lama.

'Entah apa Aim buat pada Ain sampai Ain sanggup buat Aim macam ni.. Selama ni Aim cuba untuk menjadi matang hanya untuk Ain, buang semua tabiat yang dianggap pelik oleh semua orang hanya untuk Ain. Aim cintakan Ain. Aim tak pernah abaikan Ain.. Tapi Ain? Kenapa Ain sanggup..'

Aku membuka mataku lalu aku melihat ke arah bunga-bunga kuning yang berguguran dari atas pokok. Aku berdiri lalu pergi ke arah tong sampah.

'Ain.. I really love you..'

Aku membuang mp3 dan alat dengar itu ke dalam tong sampah.

'But not anymore. Ain bukan jodoh Aim. Aim akan cari dia, jodoh sebenar Aim.'

Aku pun terus berlalu pergi dari situ.

End POV

~°~

Piet melangkah masuk ke dalam rumah Aim Qanshah bersama dengan Aisara. Hari ini Piet akan memperkenalkan Aim Qanshah dan Aisara. Selepas ini Piet harap bersihlah nama baik Aim Qanshah.

Piet hairan kenapa rumah Aim Qanshah sunyi. Jangan cakap dia lari dari rumah! Piet yang cemas terus memandang ke arah Aisara yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Awak tunggu kat sini dulu. Tutup dan kunci pintu utama. Saya naik ke atas dulu, nak cari Aim." Kata Piet dengan wajah cemas. Dia pun terus berlari menaiki setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat atas.

'Jangan buat kerja bodoh Aim!' Katanya dalam hati.

Piet sudah masuk ke dalam semua bilik, tapi Aim Qanshah tetap tak ada. Apalagi, bertambah risaulah Piet di buatnya.

Ting Tong!

Tiba-tiba Piet terdengar lonceng rumah berbunyi.

'Apalagi yang wartawan ni nak!!' Marahnya dalam hati. Dia sudah cukup tertekan. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia memaki hamun semua wartawan yang berada di luar rumah saat ini.

Piet menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke ruang tamu. Dia melihat ke arah Aisara yang sedang berjalan ke arah pintu utama.

"Aisara! Jangan buka.. Tu wartawan.." Kata Piet pelan. Aisara tidak jadi membuka pintu itu.

'Kalau aku jumpa kau, mampos kau Aim.' Bebel Piet dalam hati. Dia pergi ke dapur.

Tok Tok Tok

Kini pintu utama diketuk dengan kuat. Piet tidak menghiraukannya.

"Mana kau ni Aim!" Piet sudah tidak tahan lagi. Dia cuba mendail nombor telefon Aim Qanshah. Namun Aim Qanshah tidak menjawab.

"Baik buang handphone tu kat tengah padang pasir! Bagi jerung makan!" Bebel Piet lagi. Dah macam makcik-makcik.

TOK TOK TOK!

Pintu diketuk lagi. Kali ini bunyi ketukannya semakin kuat. Piet sudah memasang tekad untuk menumbuk muka wartawan itu. Habislah...

Piet mendekati pintu utama lalu di bukanya.

"Korang nak ap-"

BUKK!

Pipi Piet ditumbuk. Aisara yang melihat ke jadian itu sangat terkejut. Piet melihat siapakah gerangan yang berada menumbuk wajah kacaknya.

Aim Qanshah! Saat itu Aim Qanshah sedang melihatnya dengan wajah serius, macam singa nak terkam orang.

"Kau nak aku tunggu sampai berapa lama lagi? Satu jam baru kau nak buka pintu ni?! Kau fikir ni rumah kau?!" Marah Aim Qanshah. Saat itu Aim Qanshah memakai hoddie hitam, tahulah Piet bahawa Aim Qanshah baru selesai dari berjoging. Gulp, Piet telan air liur.

"So.. Sorry lah Aim. Sebenarnya aku ada bawa bakal isteri kau.." Jelas Piet dengan suara pelan. Dia mengusap pipinya yang ditumbuk oleh Aim Qanshah tadi.

"Hah?" Aim Qanshah pamer wajah keliru. Apa tidaknya, dah dua bulan hubungannya dengan Ain putus, takkan Ain nak kembali bersamanya?

"Dia kat sofa ruang tamu. Tengah tunggu kau." Kata Piet. Dia undur satu langkah kebelakang.

"Ain?" Tanya Aim Qanshah. Dia masuk ke dalam rumah lalu melihat ke arah sofa. Kelihatan Aisara sedang memandangnya dengan wajah takut. Aisara membetulkan kaca mata bulatnya. Langkah Aim Qanshah terhenti.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

𝗦𝗢𝗨𝗟𝗠𝗔𝗧𝗘Where stories live. Discover now