[17] Ain Murni

417 29 2
                                    

Sedang Aisara mengemas tempat tidur, tiba-tiba dia terdengar handphone Aim Qanshah berbunyi menandakan satu panggilan masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedang Aisara mengemas tempat tidur, tiba-tiba dia terdengar handphone Aim Qanshah berbunyi menandakan satu panggilan masuk.

Aisara tidak berani untuk menjawab panggilan itu kerana panggilan itu dari nombor yang tidak di save oleh Aim Qanshah.

'Mungkin wartawan?' Bisik hati kecilnya.

Aim Qanshah masih berada di bilik air kerana ingin membersihkan diri. Namun handphonenya masih berbunyi. Ikutkan ini, sudah 6 kali. Aisara pun terus menjawab panggilan itu.

"Sayang.." Kedengaran suara seorang wanita di hujung talian. Mata Aisara membulat, dia terkedu. Dia tidak tahu ingin berkata apa. Kaisara hanya mendiamkan diri kerana terkejut.

"Sayang.. Kenapa tak reply chat I? You tau i rindukan you sangat-sangat kan? Im so sorry, semuanya salah I.." Wanita itu berkata lagi.

"Sayang? Kenapa you diam je? You maafkan I kan?" Tanya wanita itu.

"Sa.. Saya.." Akhirnya Aisara bersuara.

"Hello? Siapa ni?" Tanya wanita itu. Aisara tidak tau ingin berkata apa.

"Takpelah maybe dia sibuk kan sekarang. Nanti bagi tau Aim yang I call dia okay. Bagi tau je nama I Ain." Kata wanita sebelum dia mematikan talian. Aisara masih mendiamkan diri.

"Ain?" Tanpa sedar Aisara menyebut nama wanita itu. Siapa lagi kalau bukan Ain Murni bekas kekasih suaminya dulu.

Aisara meletakkan handphone Aim Qanshah di atas meja tepi katil lalu dia duduk di birai katil.

Aisara tertunduk merenung jari jemarinya. Fikirannya terasa kosong. Aim Qanshah bagaikan mimpi indah buat Kaisara, adakah dia akan segera kembali ke reality?

Pintu bilik air terbuka lalu kelihatan Aim Qanshah keluar dari bilik air. Aim Qanshah hanya mengenakan tuala putih di pinggangnya.

"Aisara." Panggil Aim Qanshah saat terlihat Aisara yang sedang duduk termenung di birai katil.

"Aisara." Panggil Aim Qanshah lagi namun tiada sahutan dari Aisara. Aim Qanshah mengambil tuala putih kecil yang berada di laci lalu mengelap rambutnya yang basah.

Aim Qanshah mendekati Aisara kerana risau jika ada apa-apa yang berlaku. Aisara tidak pernah seperti ini sebelumnya. Tuala kecil itu di biarkannya tersangkut di bahu.

"Aisara.." Aim Qanshah memegang kedua bahu Aisara. Aisara terus mendongakkan kepalanya. Dia sangat terkejut kerana Aim Qanshah sudah berada di hadapannya tanpa mengenakan baju.

"A.. Aim.." Aisara tergagap-gagap. Pandangan mereka bertemu.

"Kenapa ni? Aisara ok?" Tanya Aim Qanshah.

"Y.. Yaa.." Jawab Aisara, tiba-tiba wajahnya terasa panas. Aim Qanshah tersenyum saat melihat rona merah di pipi Aisara.

"Aim panggil, Aisara tak dengar pun." Aim Qanshah pergi ke almari baju kerana ingin memberi jarak di antara mereka. Dia risau jika Aisara tidak selesa dengan kelakuannya.

"Maafkan saya.." Aisara meminta maaf. Fikirannya betul-betul terasa kosong sehingga tidak perasan dengan kehadiran Aim Qnashah.

"Tak apa." Aim Qanshah tersenyum.

"Saya buat sarapan dulu." Aisara terus berdiri dari duduknya.

"Okay, hati-hati." Pesan Aim Qanshah.

"Baik.." Aisara pun terus keluar dari bilik tidur. Aim Qanshah masih sedikit risau pada perubahan sikap Aisara. Dia dapat rasakan Aisara menyembunyikan sesuatu daripadanya.

~°~

Ain Murni duduk di sofa ruang tamu sambil menghirup coffee suammnya.

"Menungkan apa?" Tanya Puan Sofea, mama kepada Ain Murni.

"Takdelah mama." Ain Murni tersenyum lalu meletakkan cawan yang dipegangnya itu di atas meja.

"Kebelakangan ni Ain selalu termenung, Ain ada masalah?" Tanya Puan Sofea lagi. Dia sangat mengenali sifat anaknya itu. Jika selalu termenung, pasti sedang memendam sesuatu.

"Ain ok je, janganlah risaukan Ain." Ain Murni memegang tangan Puan Sofea lalu mengusap tangan Puan Sofea.

"Ain fikir tentang berita palsu tu ke?" Tanya Puan Sofea. Semenjak kebelakangan ini, banyak khabar angin mengatakn bahawa Ain Murni telah bertunang padahal itu hanya berita palsu.

"Malam ni Ain akan jelaskan semua tu dekat sosial media." Kata Ain Murni. Sebenarnya dia tidak ingin membuatkan Puan Sofea risau dengan dirinya. Lagipun Puan Sofea sakit, dia tidak mahu membebani fikiran Puan Sofea dengan masalahnya.

"Ain fikirkan Aim lagi?" Tanya Puan Sofea setelah lama mendiamkan diri. Senyuman Ain Murni terus mati. Tekaan Puan Sofea benar. Kebelakangan ini dia selalu terfikirkan Aim Qanshah setelah mengetahui Aim Qanshah sudah berkahwin.

Adakah Aim Qanshah sudah melupakan saat bahagia bersamanya? Adakah Aim Qanshah benar-benar mencintai wanita yang dia kahwini ataupun sebenarnya hanya kerana ingin menjaga nama baiknya saja?

Banyak persoalan yang bermain di fikiran Ain Murni. Sejujurnya dia sangat menyesal kerana telah menolak lamaran Aim Qanshah. Dia sangat mencintai Aim Qanshah dengan setulus hati namun saat itu dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Ain Murni ingin memastikan jika Aim Qanshah sudah betul-betul melupakannya atau tidak.

Jika benar Aim Qanshah sudah melupakannya, dia akan cuba untuk menarik perhatian Aim Qanshah lagi. Dia tidak ingin kehilangan Aim Qanshah seperti dia kehilangan arwah papanya dulu.

Aim Qanshah lah yang selalu ada menemani di saat-saat sulitnya. Dia tidak menyangka Aim Qanshah sanggup berkahwin dengan wanita lain.

"Ain rindukan Aim.." Akhirnya Ain Murni bersuara. Kelihatan cecair jernih mengalir di pipinya.

"Sabar Ain.." Puan Sofea terus memeluk Air Murni lalu mengusap-ngusap belakang Ain Murni.

"Ain tak nak kehilangan Aim mama.." Kata Ain Murni sambil menangis teresak-esak.

"Tapi Aim dah berumah tangga.. Ain mesti terima yang Aim dengan Ain tak ada jodoh." Pujuk Puan Sofea. Ain Murni meleraikan pelukan Puan Sofea.

"Ain tau yang Aim tak cintakan perempuan tu.. Aim cuma cintakan Ain mama.." Kata Ain Murni dengan yakin.

"Tak elok Ain fikir macam tu.." Kata Puan Sofea sambil mengesat air mata Ain Murni.

"Takpelah, Ain nak keluar dulu." Kata Ain Murni.

"Maafkan Ain sebab buatkan mama risau." Kata Ain Murni kerana rasa bersalah pada Puan Sofea.

"Jaga diri elok-elok Ain.." Pesan Puan Sofea saat Ain Murni menyalam tangannya.

"Yaa mama." Ain Murni berdiri dari duduknya lalu pergi meninggalkan Puan Sofea seorang diri di ruangtamu.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

𝗦𝗢𝗨𝗟𝗠𝗔𝗧𝗘Where stories live. Discover now