[6] I'm Not Your Mummy

1.1K 123 23
                                    

Tok tok tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok tok tok!

Aim Qanshah mengetuk pintu bilik Aisara. Namun sudah seminit berlalu, Aisara tetap belum buka.

Tok Tok Tok!

Aim Qanshah mengetuk lagi. Tiba-tiba dia rasa risau. Manalah tahu Aisara pengsan ke? Terkunci dalam bilik air ke? Sembunyi dalam almari sebab nampak lipas ke?

Tanpa membuang masa lagi. Aim Qanshah terus memulas tombol pintu bilik Aisara. Nasib baik tak berkunci. Keadaan bilik sangat gelap sekali. Aim Qanshah masuk lalu pergi ke arah suis lampu. Dia menekan suis lampu lalu matanya tertumpu ke arah katil Aisara.

Hatinya lega saat melihat Aisara tidur. Dia mendekati Aisara lalu duduk di sisi Aisara yang sedang lena.

' Betul ke keputusan yang aku dah buat ni? ' Tanya Aim Qanshah dalam hati. Dia merenung wajah Aisara. Baru dia perasan, Aisara tak pakai kaca mata. Pipi Aisara sentiasa kelihatan merah. Tanpa sedar bibir Aim Qanshah mengukir senyuman.

Aim Qanshah membetulkan rambut Aisara yang menutup wajah manis gadis itu. Rambut Aisara pendek paras bahu.

' Macam helmet. ' Kata Aim Qanshah dalam hati. Tercuit hatinya. Tiba-tiba Aisara memeluk lengannya. Mata Aim Qanshah terus membutang.

' Apa aku nak buat ni?! ' Aim Qanshah panik sendiri. Dia mencuba untuk menarik tangannya namun gagal. Aisara memeluk lengannya dengan cukup erat sekali.

" Mama.. " Aisara berkata sambil tidur. Dahi Aisara berkerut. Tiba-tiba Aim Qanshah rasa kasihan dengan Aisara. Mungkin Aisara merindui arwah mamanya.

Aim Qanshah tidak sampai hati menarik lengannya dari pelukan Aisara. Akhirnya dia baring di situ, di sisi Aisara. Wajah gadis itu di pandangnya. Tiga inci saja jarak wajah mereka saat ini.

' Saya harap awak mimpi indah.. ' Aim Qanshah berkata dalam hati. Dia pun tak tahu bila dia terlena...

~°~

Aisara memeluk erat bantal peluknya. Dia menyentuh pinggangnya. Dia pelik kerana ada tangan memeluk pinggangnya. Aisara pun terus mencelikkan matanya.

Kelihatan Aim Qanshah sedang lena sambil memeluk pinggangnya. Ternyata bantal yang dia peluk tadi adalah bahu Aim Qanshah.

Tiba-tiba Aim Qanshah mencelikkan matanya. Mereka berdua berpandangan. Wajah mereka sangat dekat sekali.

" Ahh!!! " Jerit Aisara sekuat hati.

Aisara menolak tubuh Aim Qanshah, membuatkan Aim Qanshah jatuh ke atas lantai.

" Aduh! " Aim Qanshah mengaduh kesakitan. Aisara terus turun dari katil. Dia undur kebelakang sampailah terasa belakangnya menyentuh dinding bilik.

" Awak siapa?! " Jerit Aisara. Kelihatan Aim Qanshah berdiri. Dia menggosok matanya, masih mamai agaknya.

" Aisara.. Ni sayalah.. Aim. " Kata Aim Qanshah. Dia naik kembali ke atas katil lalu baring di situ. Aisara buat muka terkejut. Baru dia ingat, kelmarin dia telah berkahwin dengan Aim Qanshah.

" Tapi.. Tapi kita tidur kat bilik berasingan.. Kenapa awak tidur kat bilik saya? " Tanya Aisara. Aim Qanshah memeluk bantalnya. Mata Aim Qanshah terpejam.

" Aim? " Panggil Aisara. Namun tiada sahutan dari Aim Qanshah.

" Aim. Awak dengar tak ni? " Tanya Aisara. Dia memberanikan dirinya untuk mendekati Aim Qanshah.

" Ye mummy. Aim dengar. " Kata Aim Qanshah.

" Saya bukan mummy Aim. " Kata Aisara. Dia mengerutkan dahinya. Aim Qanshah ni mengigau agaknya.

" Aim.. Ni bilik saya. Aim salah masuk bilik ni. " Kata Aisara.

" Hah? Apa mummy? " Aim mencelikkan matanya. Dia melihat ke arah Aisara. Dia mengosok-gosok matanya.

" Mummy? " Aim Qanshah duduk di atas katil.

" Aim. Ini bilik saya. " Kata Aisara. Aim Qanshah memandangnya tanpa bersuara.

" Ya.. Ma.. Maaf Aisara. Semalam saya tak sengaja tertidur kat sini sebab awak peluk lengan saya. " Jelas Aim Qanshah. Dia pun terus turun dari katil sambil memeluk bantal Aisara.

" Peluk lengan awak? Tapi saya tak ingat.. " Aisara pamer wajah keliru. Dia tertunduk cuba untuk mengingati kejadian semalam.

" Memanglah awak tak ingat. Masa tu awak tidur.. Maaflah sebab dah takutkan awak. " Kata Aim Qanshah. Dia pergi ke arah pintu bilik.

" Aim.. Bantal saya. " Aisara melihat ke arah bantalnya yang berada di pelukan Aim Qanshah.

" Ouh ya.. Maaf, saya tak perasan. " Aim Qanshah tergelak kecil sebelum meletakkan kembali bantal itu ke atas katil Aisara. Selepas itu, dia pun terus berlalu pergi.

Aisara mengeluh kecil lalu meletakkan selimutnya yang berada di lantai ke atas katil.

" Pelik.. " Hanya itu yang mampu Aisara katakan.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

𝗦𝗢𝗨𝗟𝗠𝗔𝗧𝗘Where stories live. Discover now