[2] Kahwin Kontrak?

1.3K 136 52
                                    

"Terima kasih banyak Encik!" Sudah 5 kali Aihara berterima kasih kepada Piet

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Terima kasih banyak Encik!" Sudah 5 kali Aihara berterima kasih kepada Piet. Tertekan juga Piet dibuatnya.

"Tak apa.. Awak ni pun macam baru selesai terima bantuan bersamamu." Kata Piet dengan wajah tenang. Aisara memandang wajahnya yang putih bersih tanpa sedikit pun cacat celah itu.

'Mungkin dia terpukau dengan kekacakan aku.' Kata Piet dalam hati. Dia tersenyum penuh bangga.

"Encik ni kerja dengan orang yang bagi bantuan bersamamu?" Tanya Aisara dengan wajah yang penuh tanda tanya.

BOMM! BERUMBUMBUM!!

Piet seolah-olah terdengar bunyi guntur menyambar di langit. Soalan apakah itu?! Adakah wajah Piet serupa seperti pakcik-pakcik yang beri bantuan bersamamu?

"Encik?" Aisara melambai-lambaikan tangan kanannya di hadapan wajah Piet. Piet yang baru tersedar terus berdeham sebanyak dua kali.

"Maaf.. Saya kurang fokus tadi. Saya tak dengar apa yang awak cakap. Dan tolong jangan ulang soalan awak tadi." Kata Piet. Cuba untuk menyembunyikan wajah malunya. Dia fikir Aisara terpukau akan kekacakannya. Ini first time orang kata wajah Piet Paul macam orang bagi bantuan bersamamu.

"Saya tak tahu macam mana nak balas jasa baik Encik ni.." Kata Aisara dengan pandangan sayu. Piet merenung wajah Aisara dalam-dalam.

'Baik perempuan ni.' Bisiknya dalam hati.

Piet masih termenung.

'Dan lurus bendul sikit..' Sambungnya.

Tiba-tiba dia mendapat satu idea yang sangat bernas.

"Sebenarnya duit untuk bayar semua ganti rugi tu bukannya duit saya. Tapi duit bos saya." Jelas Piet. Ketika itu mereka berdua sedang berdiri di hadapan Cafe Coffee tadi.

"Hah? Jadi macam mana ni? Saya tak ada duit untuk bayar duit bos Encik.. Saya dah berhutang.." Kata Aisara dengan wajah cemas dan takut. Kesian juga Piet tengok, namun..

"Saya tahu caranya. Tapi sebelum tu, jom pergi tempat yang elok sikit untuk berbincang..." Piet tersenyum dengan penuh makna.

20 minit kemudian..

Saat itu, Piet dan Aisara sedang duduk di bangku panjang taman yang berada di bawah pokok yang berdaun lebat. Sempat lagi Piet membeli ice cream con yang berperisa strawberry untuknya dan Aisara.

"Kahwin dengan bos encik?" Aisara pamer wajah keliru. Piet mengeluh berat. Sudah sepuluh kali dia menjelaskan pada Aisara.

'Apakah lurus bendul sangat dia ni! Masa kecik dulu tak minum susu ke?' Bebel Piet dalam hati.

"Kahwin kontrak?" Tanya Aisara lagi. Sesekali dia menggigit ice cream connya. Sabar sajalah Piet, dah nasib badan.

"Ya.. Kahwin dengan bos saya. Sebenarnya bos saya tu sedang berada dalam kesusahan. Dia tengah cari seseorang yang sudi untuk menjadi isterinya buat sementara waktu. Lagipun bukannya free, awak akan dapat gaji setiap bulan tau! Bukannya sikit tapi banyak!" Piet cuba untuk menyakinkan Aisara. Namun tiada perubahan pun pada riak wajah Aisara. Ditenungnya wajah Aisara. Kaca mata Aisara yang bulat mencuit hatinya.

'Comel dia ni..' Kata Piet dalam hati. Jatuh cinta pandang pertama ke Piet?

"Bos awak ada masalah?" Tanya Aihara setelah lama membisu. Piet menjulingkan matanya ke atas. Ya allah, itu saja riaksinya?

"Ya.. Lagipun bos saya tu artis terkenal. Awak mesti kenal dia punya! Artis idaman malaya. Satu malaysia tahu. Nama dia Aim Qanshah." Jelas Piet dengan bangga. Bersinar-sinar mata Piet. Berharap kali ini Aisara akan terkejut. Tiba-tiba ice cream con Aisara terjatuh ke atas tanah. Mungkin sebab dia terlalu terkejut.

"Siapa Aim Qanshah?"

Piet ternganga mendengar soalan Aisara. Siapakah sebenarnya gadis alien ini? Adakah gadis yang duduk di hadapannya ini adalah penduduk pluto yang pergi ke bumi seperti Mr Bean dan Adudu?

Piet memejamkan matanya, cuba untuk menenangkan fikiran. Selepas beberapa saat berlalu barulah dia membuka matanya kembali. Piet menarik nafas dalam-dalam.

"Senang cerita, tadi saya terguna duit bos saya. Nama dia Aim Qanshah. Jadi kalau awak berhutang budi dengan bos saya, awak tolonglah bos saya. Dia tengah cari seseorang yang sudi kahwin kontrak dengan dia. Awak tak rugi pun, bos saya akan gaji awak setiap bulan." Jelas Piet panjang lebar. Mahu semput dia dibuatnya. Kalau Aisara tak faham juga, tak tahulah macam mana lagi Piet nak terangkan.

"Oh.. Tapi saya tak kenal bos awak." Aisara memandangnya dengan pandangan sayu.

'Akhirnya faham juga...' Lega hati Piet.

"Aim Qanshah tu baik orangnya. Saya adalah pengurus Aim Qanshah. Awak boleh panggil saya Piet." Piet akhirnya memperkenalkan dirinya.

"Saya Aisara." Aisara juga memperkenalkan dirinya.

"Terima kasih sebab belanja saya ice cream con."

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

𝗦𝗢𝗨𝗟𝗠𝗔𝗧𝗘Where stories live. Discover now