[18] I Will Never Leave You

619 26 11
                                    

Aisara memejamkan matanya

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Aisara memejamkan matanya. Jam sudah menunjukkan angka 10 malam namun Aim Qanshah masih belum balik ke rumah. Petang tadi Aim Qanshah keluar bersama dengan Piet.

Aisara risau tapi dia tidak berani untuk bertanya pada Aim Qanshah. Aisara takut dia akan menganggu Aim Qanshah. Aisara hanya ingin bertanya adakah Aim Qanshah baik-baik saja.

Aisara mengeluh kecil kerana banyak persoalan yang bermain di fikirannya. Adakah Aim Qanshah akan meninggalkan Aisara? Adakah Aim Qanshah akan kembali bersama dengan Ain Murni?

Ain Murni adalah cinta pertama Aim Qanshah, sedangkan Aisara pula hanyalah gadis yang baru saja hadir di dalam hidup Aim Qanshah.

Tanpa sedar air mata Aisara mengalir di pipi, dia rasa cemburu saat wanita lain memanggil Aim Qanshah dengan gelaran sayang. Namun apa yang Aisara boleh lakukan? Pasti Ain Murni lebih mengenali diri Aim Qanshah daripadanya.

Akhirnya Aisara terlelap bersama air mata yang masih membasahi pipinya.

Aim Qanshah masuk ke dalam bilik. Aim Qanshah melihat ke arah Aisara yang sudah terlena di atas katil berbekalkan cahaya bulan dari dinding kaca beranda bilik.

Aim Qanshah menutup pintu lalu masuk ke dalam bilik air kerana ingin membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, Aim Qanshah terus memakai baju tidur yang sudah di sediahkan Aisara.

Aim Qanshah baring di sisi Aisara lalu menatap wajah lena Aisara. Aim Qanshah rasa bersalah kerana lupa memberi tahu Aisara bahawa hari ini dia balik lewat kerana singgah sebentar di rumah Puan Aminah.

Aim Qanshah tersenyum sambil mengusap pipi Aisara. Dia sungguh merindui Aisara. Aisara terjaga kerana tindakan Aim Qanshah.

"Siapa.." Suara Aisara terdengar pelan.

"Ni Aim." Kata Aim Qanshah.

"Aim..." Panggil Aisara lemah.

"Kenapa ni?" Tanya Aim Qanshah risau. Aisara hanya menggeleng.

"Aisara.." Panggil Aim Qanshah lembut. Tangannya masih berada di pipi Aisara.

"Ya.." Sahut Aisara pelan.

"Aisara ada sembunyikan sesuatu dari Aim?" Tanya Aim Qanshah. Aisara hanya mendiamkan diri.

"Aisara ada masalah? Janganlah buat Aim macam ni.. Kalau Aim ada buat salah, Aim minta maaf." Pujuk Aim Qanshah. Perubahan sikap Aisara membuatkan Aim Qanshah tidak tenang.

"Aim nak tinggalkan Aisara ke?" Tanya Aisara dengan nada pelan.

"No.. I will never leave you.." Kata-kata Aisara membuatkan Aim Qanshah terkejut.

"Kenapa Aisara fikir macam tu?" Tanya Aim Qanshah. Dia tidak menyangka Aisara berfikir sejauh itu.

"Aisara minta maaf, waktu Aim mandi tengahari tadi Ain ada call.. Lepastu.." Belum sempat Aisara menghabiskan katanya, Aim Qanshah sudah menarik Aisara ke dalam pelukannya. Kini kepala Aisara berada di dada Aim Qanshah.

"Ain cuma masa lalu Aim.. Sekarang Aisara isteri Aim." Aim Qanshah mengusap pelan belakang Aisara. Dia ingin menenangkan Aisara, dia tidak mahu Aisara sedih disebabkan perkara itu.

Memang Aim Qanshah sudah menerima banyak pesanan ringkas dari Ain Murni, tetapi Aim Qanshah tidak pernah membalas satu pun pesanan ringkas itu. Perasaan Aim Qanshah sudah tidak sama seperti dulu lagi, dia sudah melupakan Ain Murni.

"Tapi.." Aisara menangis di dada Aim Qanshah. Dia tidak tahu kenapa dia menangis disebabkan hal itu.

"Aim suami Aisara, Aim milik Aisara.." Pujuk Aim Qanshah sebelum dia meleraikan pelukannya.

"Aisara percaya Aim?" Tanya Aim Qanshah sambil menatap tepat ke bebola mata Aisara. Aisara mengangguk membuatkan Aim Qanshah tersenyum.

Kelihatan rona merah di pipi Aisara, dia tiba-tiba merasa malu kerana di tatap lama oleh Aim Qanshah.

"Boleh Aisara tanya?" Tanya Aisara setelah lama mendiamkan diri.

"Tanya lah."

"Aim berlakon ke?" Tanya Aisara, dia tahu Aim Qanshah adalah artis terkenal malaysia. Cuma dia tidak tahu artis seperti apa yang dimaksudkan Aim.

"Yaa Aim berlakon dan Aim nyanyi." Jawab Aim Qanshah jujur.

"Aim nyanyi?" Riaksi terkejut Aisara membuatkan Aim Qanshah tergelak kecil.

"Aisara tak pernah dengar lagu Aim?" Tanya Aim Qanshah pula. Aisara menggeleng sebanyak dua kali.

"Dulu waktu kecil Aim berlakon dekat movie nenek bongkok lima." Jelas Aim Qanshah.

"Aisara tengok movie tu!" Aisara kelihatan teruja.

"Dulu movie tu famous sebab seram kan." Kata Aim Qanshah. Aisara mengangguk.

"Macam ni." Aim Qanshah terus menggeletek pinggang Aisara membuatkan Aisara tergelak.

"Aim!!" Aisara cuba untuk menepis tangan Aim Qanshah yang berada di pinggangnya namun gagal. Aim Qanshah tergelak melihat riaksi Aisara. Akhirnya Aim Qanshah berhenti.

"Aim.. Aisara tak tahan geli." Kata Aisara sambil tersenyum. Aim Qanshah membalas senyuman Aisara. Hatinya terasa tenang saat Aisara tersenyum.

Aim Qanshah menarik Aisara ke dalam pelukannya lalu memejamkan matanya. Aisara dapat rasakan tangan Aim Qanshah mengusap belakangnya.

"Aim berlakon dalam movie apa lagi?" Tanya Aisara.

"Spiderman makan kuaci.." Jawab Aim Qanshah.

~°~

Piet melihat ke arah jam dinding, jam menunjukkan angka 11 malam. Piet pun terus baring di atas katilnya.

Baru saja Piet ingin memejamkan matanya, tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan satu panggilan masuk.

Tertera nama Nenek di screen handphone Piet.

"Assalamualaikum Nek." Piet memberi salam. Dia tersenyum saat teringatkan wajah neneknya yang sudah lama dia tak temui.

"Waalaikumsalam Fitri.." Kedengaran suara Nek Som di hujung talian.

"Kenapa call malam-malam buta ni nek? Mesti sebab nenek rindu Piet kan." Piet tergelak besar kerana menyakat Nek Som.

"Nenek rindu kamu, bila nak balik kampung? Fitri tak rindu nenek ke?" Tanya Nek Som.

"Eh, mestilah rindu nek. I miss you three thousand nek." Jawab Piet sambil tersengih.

"Apa kamu merepek ni Fitri? Tak faham nenek tre tausen tausen ni." Kata Nek Som membuatkan Piet tergelak besar.

"Maksudnya mesti lah Piet rindu nenek Piet yang comel ni." Kata Piet. Bila difikirkan, memang sudah lama dia tidak balik ke kampung.

"Balik lah Fitri, bawa sekali si Aim tu. Mesti dah besar panjang budak tu." Kata Nek Som dengan nada pelan seakan-akan berbisik.

"Mestilah dah besar Aim tu. Takkan terbantut pula, nenek ni pun cakap pelan sangat. Nak main bisik-bisik dengan Piet ke?" Tanya Piet.

"Nek?" Panggil Piet namun tiada sahutan dari Nek Som.

"Nenek?" Panggil Piet lagi. Tidak lama selepas itu terdengar dengkuran halus Nek Som. Piet tersenyum. Dah tidur rupanya.

Piet pun terus mematikan talian lalu meletakkan handphonenya di atas meja yang berada di tepi katil.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

Вы достигли последнюю опубликованную часть.

⏰ Недавно обновлено: Jul 10, 2023 ⏰

Добавте эту историю в библиотеку и получите уведомление, когда следующия часть будет доступна!

𝗦𝗢𝗨𝗟𝗠𝗔𝗧𝗘Место, где живут истории. Откройте их для себя