IL - 34

698 98 42
                                    

Author's POV

Suyeon menjarakkan wajahnya. Mata dibuka perlahan memandang Jungkook yang masih terpejam. Lelaki itu menghela nafas berat.

Dia tak tahu apa yang dia rasa ketika itu. Atau lebih tepat, mereka.

***

" Sekarang sudah tiba masanya , masa yang dinanti-nantikan semua orang. Pemilihan Putera dan Puteri untuk prom night kita ini. Wooo!"

Tepukan gemuruh dari hadirin bergema di segenap dewan. Lain bagi suasana di sebuah meja.

Sunyi.

Meja yang diduduki oleh Jungkook, Taehyung, Jimin, Suyeon, Yena, dan.... Sluty. Dia tak penting pun sebenarnya.

" Awak ". Yena memanggil Jungkook yang dari tadi melamun. Sama juga dengan Suyeon yang hanya mendiamkan diri.

Majlis prom night itu sangat membosankan. Kenapa perlu duduk dimeja macam majlis formal? Sebab sekolah itu terlalu ramai pelajar kaya yang perlukan penghormatan.

Sangat mengarut bukan?

Terima sajalah.

" Awak ingat tak kita pernah dapat pangkat tu dulu ? Tak sangka kan ! "

Jungkook senyum nipis. Dia cuma membalas dengan beberapa patah perkataan dan kembali diam.

" Baiklah. Keputusan sudah ada ditangan saya ! Ini semua hasil undian anda semua , dan 80 peratus darinya keputusan hakim tertentu. Sila terima seadanya ya "

Pelajar mula tidak senang duduk. Semakin berdebar menunggu keputusan yang sedang dibuka. Ada yang sudah tersenyum bangga.

" Putera dan Puteri prom night kita malam ini , dengan rasminyaaaaaa—"

" Ialahhhhhh—"

" Jeon Jungkook dan Han Suyeon ! "

Senyuman Yena jatuh. Suasana bertukar riuh. Tidak berpuas hati.

Manakala Suyeon sudah membulat biji mata. Dirinya memandang Taehyung memohon kepastian.

Pantas Taehyung mengangguk. Walaupun hatinya cukup tidak tenang ketika itu. Dia mengerling ke arah Jungkook yang ketika itu tidak memberikan apa-apa riak.

Seakan dia sudah tahu semua itu.

" A-a-ap..". Suyeon terkedu tatkala Jungkook berjalan disebelahnya. Menghulurkan tangan untuk diraih.

" Khajja "

Suyeon teragak-agak tetapi masih dia terpaksa meraih tangan itu. Mereka bersilangan tangan naik ke atas pentas.

" Tahniahh ! "

Senyuman janggal diberi. Pengacara yang bernama Daehwi itu memberikan sejambak bunga dan sekotak hadiah kepada mereka.

" Sila beri sepatah dua ucapan "

Jungkook dan Suyeon berjalan ke arah mikrofon. Masing-masing masih tak menyangka dengan keputusan itu.

[C] International Liar's | Jeon JungkookTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon