IL - 15

728 82 0
                                    


Author's POV

" Berani sentuh dia , jangan tanya kenapa muka kau cacat—".

Suyeon pandang lelaki asing itu yang sudah terjelepuk jatuh atas tanah. Dia alihkan pandangan pada orang dihadapannya.

" Jungkook.. ". Terketar-ketar bibir dia menutur pada masa yang sama air matanya tidak henti mengalir.

" Tch , kau fikir aku takut ?! ". Tengkingnya lalu berdiri dengan pisau masih ditangan.
Jungkook bergerak ke tepi untuk kekalkan posisinya dihadapan Suyeon.

Lelaki itu mula mengacu pisaunya. Cepat sahaja Jungkook tahan pergelangan lelaki itu lalu memusingkannya ke belakang. Lelaki itu merintih sakit.

" Aku dah call polis. Sama ada kau masih nak lawan aku , atau lari. Hana—"

Baru Jungkook mulakan pengiraan , lelaki itu dah lintang pukang lari. Baru tahu takut bila disebut polis. Tch.

Jungkook pusing ke belakang. Suyeon masih tertunduk tersedu-sedan menahan tangisnya.

" Kau okay ? "

Suyeon diam tak membalas. Kali ini dah masuk dua kali Jungkook selamatkan dia.

Jungkook mengeluh. Mesti gadis itu trauma. Sudah lah hampir diperkosa.

" Jom aku hantar kau balik ". Suyeon sorokkan tangannya ke belakang bila Jungkook mahu mencapainya.

Berkerut dahi Jungkook lihat gadis itu menggeleng.

" S-saya hiks , o-okay. A-awak balik lah hiks ". Matanya dilap dengan belakang tangan.

Jungkook dekatkan dirinya dengan Suyeon tetapi gadis itu mengundur setapak.

" Jangan degil boleh tak. Kau nak jumpa orang macam tu lagi ke ? Banyak je kat sini—"

Suyeon diam. Tak lama itu dia dongak pandang Jungkook. Lelaki itu mengangkat kening. Mata Suyeon dah merah sebab menangis.

" Ppalli ". Ajak Jungkook lagi.

Perlahan Suyeon berjalan ke sebelah Jungkook. Tangannya masih disorok di belakang. Rasa lembab sangat , Jungkook terus capai tangan gadis itu.

" Akh ! ". Suyeon menarik tangannya semula.

" Eo.. tangan kau berdarah—"

Belum sempat habiskan kata-katanya , tangan Jungkook naik menahan badan Suyeon yang hampir rebah.

" Y-yah. Kau boleh jalan tak ni ".

Pening. Mungkin sebab dah tiada tenaga. Suyeon pejam mata rapat lalu dibuka semula. Dia mengangguk perlahan , berdiri tegak semula.

Namun tak lama. Baru setapak dia berjalan , dia rebah semula. Pantas Jungkook melilitkan tangan di perut dah bahu gadis itu.

" Stubborn "

***

" Uncle Woo jangan bagitahu Omma dulu. Kecoh dia nanti. Biar Kook bagitahu esok ".

Uncle Woo mengangguk faham. Pintu bilik ditutup.
Jungkook pandang Suyeon yang baring di atas katilnya. Tangannya juga sudah dibalut di klinik.

" Yah Suyeon ". Jungkook letak kerusi ditepi katil lalu duduk. Wajah Suyeon ditenung.

" Kau ingatkan aku pada seseorang ".

Lama Jungkook berdiam. Pemikirannya jauh melayang ke tempat lain.

Seseorang..

Yang penting bagi dia.

" Jeon Jungkook. Will you be my husband ? "

[C] International Liar's | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now