IL - 07

809 94 0
                                    


Author's POV

" Tahniah woo.. tak sangka kau lari laju jugak-". Bahu Suyeon ditepuk Yooni. Suyeon sekadar tersengih.

" Bukan aku seorang je. Chaeyoung , Yura dengan Eli pun lari laju jugak. Kalau diorang tak laju tak adanya aku dapat ni ". Dia menunduk memandang pingat emas yang tergantung di leher.

" Heheh btw tadi kau nampak tak Jungkook buat apa ? "

" Jungkook? Yang kau cakap kepala kelapa tu ke ?"

Yooni mengangguk.

" Dia buat apa ? "

" Lepas habis je 4×100 tadi terus dia hempas botol mineral atas padang. Habis merecik wehh sampai aku pun kena tempias diaa. Pale otak dia la ! ". Bentak Yooni sambil straw minuman digigit geram.

" Oh wow. Kenapa tu ? "

" Entah. Geram agaknya rumah merah tak dapat score tahun nih. Tapi ye pun tak payah lah sampai orang lain pun kena sekali ! Dia tak ada otak ke ?! Sjsjajajjasj "

Suyeon ketawa kecil lihat Yooni yang tengah geram. Patutlah Jimin suka dia. Comel pun comel.

" Ala benda kecik je kan. Kau lompat tinggi tadi pun menang gak en ? Bukannya air dia tu bagi apa-apa kesan buruk macam jampi ke apa-"

Yooni tersengih.

" Tapi aku perasan laa.. Jungkook marah waktu tu.. dia pandang kau. Kau rasa kenapa ? ". Soal Yooni semula.

" Dia pandang aku ? Serious laa ?. Aku rasa kau salah pandang kot. Mana tahu dia tengah ushar ex-gf dia si Rahee tu ke haa tak gitu"

" Em tah lah. Dah ah weh aku kena balik awal ni. Tahniah rumah oren juara tahun ni. Bawak tuah kau kan ". Kata Yooni seraya bangun dari kerusi.

" Ye la, kau kan bawak bala-"

" Ha ha. Kau jangan nak memacam eh. Ni , kau bila nak balik ? Lusa ?"

" Aku ingat nak stay sekejap ah. Lagipun Suyeol kata dia nak lepak dulu dengan kawan-kawan dia ".

Yooni angguk.

" Okaylah cemtu. Bye ! Jumpa esok ! "

" Daee! Bye !" . Lambaian Yooni dibalas sehingga gadis itu hilang dari pandangan.

Tok! Tok!

Meja kantin itu diketuk. Suyeon memandang gelaran si pengetuk.

Pft

Hara.

" Hai , Suyeon kan ? ". Soal Hara sambil tersenyum. Di tangannya terdapat roti dan air mineral.

Suyeon mengangguk membalas senyuman Hara.

" Free tak ? "

" Ha ? "

Hara menggaru kepalanya.

" Hm , saya nak minta tolong boleh ? ".

Suyeon terdiam sekejap. Akhirnya dia angguk tanda setuju. Lagipun dia tak ada benda nak buat.

" Erm , tolong hantarkan makanan ni dekat pelajar yang ada dalam bilik kesihatan. Dan ni , kunci bilik tu. Kalau awak nak balik , awak boleh suruh pelajar tu balik sekali then awak kunci bilik tu-". Makanan tadi dan kunci diletakkan dihadapan Suyeon.

" Lepas kunci bilik kesihatan tu , saya nak letak mana kunci ni ? "

" Ah , awak hantar je dekat bilik guru atas meja Mrs.Yongsun ". Terang Hara.

Suyeon mengangguk faham.

" Maaflah sebab susahkan awak. Saya nak kena cepat ni. Terima kasih ! "

***

Suyeon's POV

Sreatt..

Pintu bilik kesihatan aku buka perlahan sambil kepala menjenguk ke dalam. Ada beberapa katil dan satu tu pasti ada orang tapi aku tak tahu siapa memandangkan sekelilingnya ditutupi langsir putih.

Yang dapat aku lihat hanyalah bayangnya.

Aku rasa agak teruja. Lebih baik aku buat lebih ramai kawan daripada jadi seorang yang pendiam saja. Sekurang-kurangnya buat teman berbual.

Roti dan air mineral tadi aku bawa masuk lalu pintu ditutup. Perlahan aku berjalan ke arah katil yang ditutupi langsir tadi.

Sebaik sahaja langsir itu aku buka terus mood aku hilang.

Kenapa mesti dia. Lelaki ini sahaja yang aku jumpa. Memang dah tak ada orang lain ke dalam sekolah ni?

" Merenung masa depan ke ? ". Dia membuka mulut buat aku memusingkan mata ke atas tanda menyampah. Roti dan air mineral tadi aku letak diatas meja ditepinya.

" Perempuan tadi mana ? "

" Balik ". Jawab aku sepatah.

" Kau buat apa kat sini ? "

" Bagi benda ni. Cepat-cepat lah makan. Aku nak balik awal- ". Baru sahaja aku mahu melangkah pergi , dia menahan lengan aku.

Aku melihat tangannya yang genggam pergelangan tangan aku. Sedar dengan tindakannya cepat-cepat dia tarik semula tangannya.

Cruel

" Apa ? "

" Kau nak pergi mana ? Tak nak teman aku ? "

Dugg!

Wth mamat ni.

Aku rasa dia sakit kaki je. Itupun boleh buat sampai tekanan jiwa and then gila ? Ow wow. Nice compliment Suyeon. One point for you.

" Duduk lah sini ". Tangannya menarik aku duduk disebelahnya.

" Cepat makan- "

Dia tersenyum. Roti tadi diambil lalu dibuka.

" Garangnya kau ni. Masih marah ke pasal hal aiskrim tu ? "

Buka sahaja topik itu terus aku memandangnya.

Tapi tak lama sebab dia pun tenung mata aku. Cepat-cepat aku alihkan pandangan.

" Tak adalah ". Jawab aku nak tak nak.

" Habistu ? "

Serious mamat ni tak betul. Haritu jumpa lain , kali ni lain. Bipolar maybe.

" Nothing. Just , makan cepat ".

Aku bukan saja nak suruh dia makan cepat. Cuma kalau lagi cepat dia makan , lagi cepat aku balik , lagi cepat aku lari dari dia.

Dia ni bukan boleh percaya. Nanti ada je benda nak kena kan aku.

" Suyeon-ah... "

Aku menoleh ke tepi memandangnya. Mata aku membulat apabila sedar yang jarak kami hanyalah beberapa inci.

Mulutnya mengukir senyum.

" Kau nampak cantik hari ni "

TBC

[C] International Liar's | Jeon JungkookOnde as histórias ganham vida. Descobre agora