IL - 16

726 78 2
                                    

Author's POV

" Ha makan makan. Banyak lagi kat dapur tu. Kalau habis boleh tambah lagi- ". Mesra Puan Jeon sambil menghidang piring manisan ke atas meja.

Suyeon menggaru rambutnya.
Segala makanan yang ada atas meja tu , semuanya makanan orang kaya.

Tak macam keluarga dia. Dia sarapan roti dengan jem anggur je.

" Err.. terima kasih ". Suyeon menunduk sedikit dan terus makan makanan yang ada.

Jungkook pandang ommanya yang tersenyum-senyum dari tadi. Ini lah salah satu sebab kenapa dia malas nak bagitahu pasal Suyeon pada ommanya. Puan Jeon memang akan terlebih mesra dengan orang yang dia baru jumpa.

Kalau ikutkan dia nak je seludup Suyeon keluar senyap-senyap ikut pintu belakang.

" Ha Jungkook. Kook dah kenyang ke , termenung lama je tu ". Soal Puan Jeon dibalas dengan gelengan Jungkook.

Mereka mula makan bersama-sama. Meja makan tak pernah tak riuh kalau ada Puan Jeon. Laju sahaja dia bercakap dengan Suyeon macam dah tak ingat mana satu anaknya.

" Jadi Suyeon , Jungkook dekat sekolah macam mana ? Nakal tak ? ".

" Uhuk ! Uhuk ! Uhuk ! ". Serentak Suyeon dan Jungkook tersedak. Mereka saling berpandangan tapi cepat Suyeon alihkan pandangannya pada Puan Jeon semula.

Puan Jeon pula dah mengangkat kening minta soalan tadi dijawab.

" S-saya ta- ah ! ". Terasa kakinya ditendang dari bawah , dahinya berkerut sambil pandang Jungkook.

Lelaki itu membuat isyarat mata jangan jawab soalan ommanya.

Suyeon balas isyarat mata 'habistu nak cakap apa budu?!'.

'Cakaplah apa-apa!'

'apa-apa tu apa?!'

Puan Jeon dah pelik tengok perangai Jungkook dan Suyeon yang bermain mata. Tapi dalam fikirannya dia faham.

'alah.. anak muda. Biasa ler tu , main-main mata. Cinta cintun'

" So... ? ". Puan Jeon senyum penuh makna pada Suyeon.

" Err.. dia-"

" Dia mesti banyak main perempuan kan ? "

" Omma ! ". Membulat mata Jungkook pandang Puan Jeon.

" Shadap you-". Mata Puan Jeon terus menjeling Jungkook tajam. Wajah Suyeon dipandang semula dengan senyuman.

" Err... Jungkook.. dia... ". Suyeon melirik pada Jungkook minta bantuan. Jungkook pula buat tak tahu lepas dimarah Puan Jeon tadi. Hm paiti..

" Dia....? "

" Dia dah ada girlfriend ". Balas Suyeon main tembak. Ha mampuih nanti Jungkook marah dia. Halahalaa

" Siyesli? Jungkook dah ada girlfriend. Macam pelik bunyinya tu. Kalau ulat-ulat bulu tu Auntie tahulah , Jungkook ni memang tak cukup satu. Siapa dia Kook ? "

Kalini soalan diajukan pada Jungkook.

Tanpa berfikir panjang Jungkook jawab-

" Semestinya , Han Suyeon "

***

Suyeon's POV

" Dah turun ". Kereta diberhentikan betul-betul di depan pagar rumah aku. Aku jugalah yang menjadi navigator nya.

" Ne gomawo ". Balasku datar. Aku peluk erat beg plastik yang ada baju basah di dalamnya. Aku tak sangka dia sanggup belikan seluar dalam juga untuk aku.

[C] International Liar's | Jeon JungkookUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum