IL - 02

1K 97 16
                                    


Author's POV

Kringg

Puff!

Berpusu-pusu pelajar keluar dari kelas untuk pergi ke kantin.

" Kau nak rehat dengan aku tak ? ". Soal Yooni pada Suyeon.

Suyeon mengangguk tanda setuju.

"Khaja !"

Laju sahaja Yooni keluar dari kelas. Bab makan dia memang nombor satu.

Suyeon pun ikut keluar lepas habis kemas barang. Mereka berjalan seiring ke kantin.

"Kat kantin makanan apa je ada ?"

" Kantin ni? Kantin kat sini makanannya ada bahagian-bahagian dia"

"Bahagian?"

Yooni angguk.

" Contoh macam , bahagian western dan bahagian seafood dia asing. Ada lagi bahagian lain. Nanti kau tengok la ". Terang Yooni.

" Ouuuhhh" Suyeon mengangguk faham.

Tiba-tiba langkah mereka terhenti apabila terdapat ramai orang berkerumun didepan mereka.

" Kau kutip makanan ni! Buang dalam tong sampah ! Hari-hari nak menggedik dengan aku ! Rimas tau rimas !"

Berkerut dahi Suyeon dengar suara itu. Dia menoleh ke Yooni.

" Ada apa tu?".

Yooni menggeleng perlahan.

" Jom lah pergi , aku dah lapar ni—". Ajak Yooni seraya menarik tangan Suyeon.

Namun sekali lagi langkah mereka terhenti apabila pelajar-pelajar yang berkerumun tadi mula bersurai.

Dah macam lembu terlepas kandang.

" Kesian dia an , sampai makanan pun kena campak "

" Kesian apanya? Weh orang lain dah elok bagitahu dia jangan nak batak sangat dengan Jungkook tu tapi dia degil. Sombong kata Jungkook nak berubah demi dia "

"— and last-last kena reject depan orang ramai. Haha , padan "

Suyeon memandang Yooni dengan tanda tanya. Pelik dengar apa yang pelajar perempuan yang melintas depan mereka bualkan.

Lepas beberapa minit , kawasan itu mula lenggang. Dan jelaslah satu scene dihadapan Yooni dan Suyeon.

Terkejut bukan kepalang Suyeon bila lihat ada orang sedang mengutip steak yang bertaburan diatas lantai dimasukkan ke dalam bekas.

"Choi Rahee-ssi...?". Cepat-cepat dia pergi ke arah Rahee untuk menolong perempuan itu. Manakala Yooni sudah ikut dibelakang.

"Rahee, kau okay?". Soal Suyeon padanya. Rahee yang tengah menangis tu menggeleng.

"Terima kasih—". Setelah selesai mengutip makanan itu , cepat-cepat Rahee bangun dan meninggalkan Suyeon yang terpinga-pinga.

Suyeon pun ikut berdiri.

" Omo kamchagiya ". Terundur sedikit kebelakang badannya apabila tiba-tiba sahaja ada tiga orang jejaka yang berdiri dihadapan dia.

Seorang tu , dia kenal.

[C] International Liar's | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now