IL - 32

630 76 5
                                    

Author's POV

" Perhatian, Miss Soo cakap kelas tambahan hari ni dibatalkan sebab cikgu-cikgu ada mesyuarat. Terima kasih "

" YEAY WOHOOO BALIK AWAL "

Semua pelajar bertungkus lumus keluar dari kelas. Entah apa yang dikejarkan sangat nak balik awal.

Tinggal Suyeon saja didalam kelas. Memandangkan Yooni tak datang atas sebab pakciknya sudah tiada akibat sakit jantung.

Takziah.

" Weh kau buat apa kat sini. Aku nak balik awal lah ". Rungut Seongwoo memukul manja bahu Hyunjin. Hyunjin mengerutkan dahinya memandang Seongwoo.

" Ala tunggu kejap lah. Dia tak keluar lagi "

" Dah apehal kau nak tunggu dia—"

" Shh shh dia dah datang. Stand by stand by ". Hyunjin membetulkan rambutnya , nafasnya dihidu sesaat. Terus dia sandar pada pintu setelah rasa semua sempurna.

Suyeon jalan memegang kedua tali begnya ke pintu kelas. Dia melihat Hyunjin sekilas dan keluar dari situ tanpa menghiraukannya.

" Weh weh kejap !"

Suyeon menghentikan langkahnya , berpaling menghadap lelaki itu.

" Nak apa ? "

Hyunjin berdehem , tali lehernya dibetulkan. Dia berjalan mendekati Suyeon hingga betul-betul berada setapak darinya.

" Jadi.. kau tahu kan hujung minggu ni ada prom night ? "

Suyeon mengangguk menandakan yang dia tahu.

" Then...? "

Hyunjin berdehem lagi , matanya terarah ke arah lain.

" Takdela.. a-aku nak ajak kau jadi partner aku untuk malam tu ka...lau kau tak ada partner lagi la "

Suyeon diam sebentar. Bila difikirkan semula , Jungkook tak ada pula ajak dia jadi partner untuk malam itu. Lagipun sudah dua hari Jungkook hilangkan diri tak ada khabar. Dimesej pun tak balas.

" Ah sebenarnya—"

" Sebenarnya dia dah setuju untuk jadi partner aku ". Seorang lelaki tiba-tiba muncul dan berdiri disebelah Suyeon.

Suyeon mendongak, dan riaknya jelas menunjukkan dia terkejut.

" Eh tapi Jung—"

Taehyung menekup mulut Suyeon. Bibirnya didekatkan dengan telinga gadis itu.

" Jungkook dah ada pasangan ". Bisik Taehyung jelas ditelinga Suyeon.

Taehyung memasukkan tangannya ke dalam poket seluar semula, memandang ke arah Hyunjin yang keliru.

" Kau ni siapa pulak. Tiba-tiba kata dia partner kau ". Soal Hyunjin tak berpuas hati.

" Kim Taehyung "

" Ok dengar sini baik-baik Kimtae. Aku ni bukan nak membantah. Tapi aku cukup tak setuju bila kau tiba-tiba menyampuk perbualan orang. Biadab tahu biadab. Dan Suyeon , betulke lelaki Kimtae ni partner kau ? "

Suyeon masih diam. Menghadam situasi ketika itu. Yang paling penting.. Jungkook dah ada pasangan dia ? Tapi siapa ? Kenapa dia tak tahu ?

Adakah sebab ini Jungkook menghilangkan diri dua hari berturut-turut?

" Suyeon ? Suyeon ? ". Hyunjin melambai-lambai didepan muka Suyeon. Pantas Suyeon tersedar dari lamunannya.

" Y-ya ? "

[C] International Liar's | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now