IL - 04

843 91 13
                                    


Author's POV

" Aktiviti sukan sekolah akan diadakan esok. Jadi saya nak semua get ready dengan rumah sukan masing-masing. Sekian terima kasih ". Pengetua meletakkan micnya lalu seisi dewan mula riuh.

Micdrop

" Suyeon ah , rumah sukan kau warna apa? ". Tanya Yooni yang duduk disebelahnya.

" Entah. Aku tak tahu sebab aku pun baru masuk sekolah ni an-"

" Kalau macam tu jomlah tanya Ong". Ajak Yooni.

"Ong mana ni? Ong kedek-kedek?".

Pecah ketawa Yooni. Lantas bahu Suyeon menjadi tempat untuk dia tampar.

Ithurtsyknow

" Suka hati kau je kan main nama orang ? Dah jom la !" Tangan Suyeon ditarik keluar dari barisan kelas. Nasib bertuah , Ong ada sahaja baru muncul. Dia sibuk menyemak fail yang dipegangnya.

" Woi Ong !". Panggil Yooni kuat. Ong mengangkat muka lantas tersenyum.

" Hai Yooni ". Sapanya ramah.

" Ada apa?". Ong mengangkat kening.

" Ni, kawan aku nak tahu rumah sukan dia...". Yooni menarik tangan Suyeon mendekati dia. Matanya dikenyit sebelah.

Dah kenapa

" Ohh, budak baru ehh?". Soal Ong memberikan senyuman pada Suyeon. Suyeon mengangguk sambil tersengih kekok.

" Nama?"

" Han Suyeon".

Ong mengangguk lalu failnya dibuka.

" A...ha! Han Suyeon 5-A3. Kau rumah oren". Jelas Ong sambil tersenyum.

" Alaaa... Kita tak sama! Aku rumah merah. Ong , mintak tukar boleh?". Yooni cuba memujuk. Malangnya Ong menggeleng.

" Nope. benda ni dah termasuk dalam sistem sekolah. Jadi kalau nak tukar kau kena pergi pejabat sendiri ya "

Yooni memuncung. Kecewa hatinya tak dapat nak sama dengan Suyeon.

"It's okay la Yooni. Kau tak ada Suyeon, kau ada aku. Aku pun rumah merah ". Ong mengenyitkan sebelah matanya pada Yooni. Muka Yooni naik merah.

Suyeon tahan gelak tengok mereka berdua. Ala alaa sweetnyaaa

Dari jauh, Jimin yang duduk dengan dua orang kawannya merenung tajam Ong.

" Ada hati dia nak pikat Yooni aku?! Yooni tu aku punya! Hmph!". Jimin mengembungkan pipi tanda marah.

Jungkook yang dengar hanya menggulingkan matanya keatas. Menyampah. Matanya kembali tertumpu pada telefon pintar ditangannya.

Taehyung pula sibuk membaca buku. Tak habis-habis lagi dengan buku.

" Korang rasa kan, rumah apa yang menang tahun ni? Hijau ke biru ? ". Soal Jimin.

" Merah ". Jawab Jungkook

" Oren ". Taehyung pun turut sama mempertahankan rumah sukan masing-masing.

Jimin mencebik.

" Biru lembab sebab tak ada atlet. Ada kau pun tak guna. Dah pendek tu nak jugak lompat pagar. Last-last kalah buat malu rumah sukan je-". Perli Jungkook dengan mata yang tak lekang dari pandang telefon.

" Ala weh. Aku tahulah kau tu dah macam atlet negara. Ye pun tak perlu ah nak perli aku. Mana tahu tahun ni rumah biru menang ke, ha meraung kau. Kan Taehyung? ". Balas Jimin pula.

[C] International Liar's | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now