BAB 10-THE ENDING OF EVERYTHING

5K 221 21
                                    

Bismillah...

PISAU di tangan di genggam kuat. Ini ke pengakhirnnya? Patut ke dia buat macam ni? Sanggup kah dia? Mata di pejam sebelum...

"Woi Dam! Kau dah gila ke!" Aizat yang baru tiba menerpa ke arah Adam yang mengacukan pisau ke tangan kirinya. Pisau itu di rampas kasar.

"Woi Dam, kau dah kenapa, hah? Dah gila ke!" Jerit Rayyan kearah Adam. Kecewa. Ye, dia kecewa kerana Adam memilih jalan itu.

"Aku tak boleh, Yan. Hidup aku serba tak kena tanpa dia." Luah Adam kesal.

Jannatul teman perempuan pertamanya. Bagaimana dia hendak melupakan kenangan bersamanya?

"Bodohlah kau ni, Dam. Mana Adam yang aku kenal dulu? Yang nakal. Yang gangster. Yang selalu kacau kitaorang. Mana?! Kenapa kau berubah?" Marah Aizat pula. Hatinya kesal. Dia kenal Adam dari tingkatan 1. Tidak pernah Adam jadi begini.

"Aku tak boleh, Zat."

"Kau tak boleh apa? Sebab Anna kau berubah! Sebab dia dah tak ada kau berubah! Kau tak boleh buat apa-apa, Dam tentang benda tu. Tu takdir Allah. Kau kena terima qada' dan qadarNya. Bukan bunuh diri macam ni!" Ryan yang sedari tadi berdiam diri menghamburkan marahnya.

"Terima kenyataan Adam. Kalau aku ada kuasa, aku boleh bangkitkan Jannatul untuk kau, aku dah buat. Tapi aku tak boleh. Sebab kuasa semua di tanganNya. Terima kenyataan. Doa pada Allah untuk ketenangannya. Aku sayangkan kau, bro. Kalau kau nak bunuh diri, kau fikirkan dulu. Perasaan orang sekeliling kau. Kawan-kawan kau. Kitaorang, sahabat kau. Keluarga kau lebih-lebih lagi papa ngan mama kau. Kalau dorang boleh bahagia tanpa kau, then proceed, tapi ingat! Allah benci orang yang membunuh orang dan membunuh diri sendiri. Straight to the hell, bro." Sentap. Bukan sahaja Adam, malahan Aizatt dan Rayyan juga turut terasa kedinginginan Ryan.

"Ingat bro, aku nak Adam Wafie yang aku kenal dulu. Bukan yang ni. Yang hilang nakal dan gangster dia. Jangan jumpa aku, selagi Adam Wafie yang sebenar belum pulang." Ryan meninggalkan bilik itu bersama pesanan. Ringkas tetapi padat!

"Ryan cuma kecewa, bro. Kami pun kecewa juga. Kami bukan nak kau jadi jahat, cuma vibes kumpulan kita hilang tanpa kau. Ingat bro, kita nak SPM tahun ni. Ketepikan dulu semua tu. Nanti kita sama-sama pergi America lawat Jannatul, eh." Ucap Rayyan.

Ye, selepas kejadian itu, Jannatul terus di pecut ke hospital. Selepas koma selama 2 bulan, ibunya Jannah berhasrat menukarnya ke hospital di America.

Setelah 5 bulan di sana, Jannah menelefon mereka menyatakan bahawa Jannatul sudah tiada. Mahu melawat, namun keadaan tidak mengizinkan. Sekarang sudah bulan September. Bulan depan, mereka bakal menghadapi masa yang sibuk untuk SPM.

"Terima kasih korang. Aku rasa kalau takde korang mungkin aku dah takde. Dah, jom. Balik dulu, petang ni lepak tempat biasa. Korang lambat sesaat, tumbuk korang." Adam terus keluar dari bilik itu.

Aizatt dan Rayyan terpinga-pinga sebelum mula tersenyum.

"I feel the vibes, do you?" Ucap Rayyan.

"Ya, me too." Balas Aizatt pula.

"Adam Wafie is back!" Kata mereka serentak sebelum melangkah kaki keluar dari bilik itu.
-
4 tahun kemudian...

SLIP KEPUTUSAN di tangan di pandang dengan senyuman. Akhirnya, dia telah mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Baru sahaja seminggu dia sampai ke sini, selepas berehat akhirnya kelulusan SPM di Australia membawa hasil yang bernilai di sini.

GANGSTER NAKAL V.S MAFIA DINGINWhere stories live. Discover now