BAB 9-BERUBAH

4K 190 14
                                    

Bismillah, come on...
-
5 bulan kemudian...

GANGSTER A BOY duduk di sebuah pondok menghadap buku untuk mengulangkaji memandangkan SPM semakin dekat dan Ujian Kelayakan SPM pula akan di jalankan Isnin depan iaitu 3 hari dari sekarang.

"Korang, aku pergi kantin jap eh. Hauslah tekak aku. Korang nak apa-apa tak?" Tanya Adam pada rakannya.

"Belikan aku air je. Nah duit." Balas Aizatt di ikuti yang lain.

"Eh takpe, guna duit aku je." Yang lain terdiam dah hanya memandang pemergian Adam.

Aizatt mengeluh.

"He's change." Katanya.

"A lot." Sambung Aliff.

"Hi korang, apa cerita? Boleh kami join?" Sapa satu suara lembut, Aiqah.

"Eh boleh, duduklah." Jemput Aiman yang sedari tadi berdiam diri.

"Where's Adam?" Tanya Amal. Mereka bertiga mengeluh serentak.

"Beli air." Jawab mereka serentak lagi.

"Then, what's wrong? Kenapa muka monyok je ni?" Soal Aiqah.

"Dia dah berubah korang. Adam Wafie yang aku kenal dulu, yang gangster, yang kasar dah takde. Bukanlah aku mintak dia yang dulu. Tapi, sejak dia takde dia banyak berubah." Cerita Aizatt.

"Nak buat macam mana, kan? Dah takdir Allah, kita tak dapat lawan. Dia sepatutnya dah move on!" Ujar Raisya.

"Bukan senang dia nak move on, korang. Atul lah orang pertama, perempuan pertama yang terima dia sebagai kawan. Kawan tu lah yang sanggup selamatkan dia. Kau rasa, kata-kata terakhir Atul masa tu tak beri kesan pada dia ke?"

Mereka mengeluh. Tahu ketiadaan Jannatul memberi kesan yang amat besar dalam diri Adam.
-
ADAM merenung tasik di hadapannya. Segala kenangan berkawan dengan Jannatul terimbau pada air itu.

'YaAllah, aku rindu dia.'

Bagi Adam, Jannatul penguat hatinya. Jannatul kawan perempuan pertamanya. Jannatul yang pertama sudi jadi kawannya tanpa paksa.

"Kau rindu dia?"

Adam menoleh kearah suara itu. Raisya.

"Aku pun rindu dia. Sangat rindu." Sambung Raisya tanpa mendengar jawapan Adam.

"Kami kenal sejak kecil. Dari kecil sampai sekolah sampai jadi mafia sampai sekarang. Aku sendiri tak boleh terima hakikat dia dah takde." Raisya menahan sebak. Gelak tawa serta amarah Jannatul terngiang-ngiang di kepalanya.

"Tapi semua ni dah tertulis di Luh Mahfuz. Tahukan Luh Mahfuz? Tempat semuanya tertulis sebelum kita lahir lagi. Kita kena percaya Qada' dan Qadar tuhan. Kita merancang, Dia yang menentukan." Adam masih statik memandang air di tasik.

"Aku sayang dia." Ayat ringkas dari Adam buat Raisya tersenyum.

"Aku tahu." Adam terus melihat Raisya.

"Aku nampak kegembiraan kau bila Anna terima kau sebagai kawan. Aku nampak kerisauan kau bila Anna pengsan. Takpe, rahsia kau selamat dengan aku." Adam menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya rahsianya itu selamat.

"Kau nak tahu tak? Anna pun suka kau." Adam membeliakkan matanya.

"Aku nampak betapa dia risau bila kau dan keluarga kau di culik. Dia risau sampai tak boleh tunggu pagi. Dia tak pernah macam tu. Selama ni dia sabar je. Tapi masa tu, aku nampak betapa gelisahnya dia. Awalnya, aku sendiri tak nampak sebab aku fikir dia macam tu sebab bonda kami pun kena culik mesti dia risau. Apa yang buat aku terkejut, dia serang Asqar bila Asqar nak serang kau. Itu yang buat aku pasti dia sayang kau."

Penerangan Raisya membuatkan Adam kelu.

"Anna sayang kau, Adam. Cuma dia tak berkesempatan nak luahkan. Kau tak boleh sedih macam ni. Anna pasti sedih tengok kau macam ni. Tolong, Adam. Anna dah takde. Aku harap, kau dapat lupakan dia." Adam terus berdiri.

"Lupakan dia? Mustahil Raisya. Bukan senang nak lupakan orang yang kita cinta. Maaf, aku boleh terima nasihat kau tapi aku tak boleh lupakan dia." Adam terus meninggalkan Raisya.

Raisya merenung ke tasik lalu mengeluh.

"Anna, kenapa cepat sangat kau pergi? Aku rindu kau." Raisya mengalirkan air mata tanpa sedar. Semuanya seakan pudar selepas pemergian Jannatul.

Semuanya berubah.
-

B  E  R  S  A  M  B  U  N  G

B  E  R  S  A  M  B  U  N  G

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
GANGSTER NAKAL V.S MAFIA DINGINWhere stories live. Discover now