BAB 6-LEMAH

3.8K 215 2
                                    

Bismillah❤
-
MAFIA RANGERS masuk ke dalam kelas tepat pada masanya sesi pembelajaran bermula. Tanpa sempat mengerling Gangster A Boy di belakang mereka, mereka terus duduk di kerusi sendiri. Baru sahaja hendak duduk, suara suara mikrofon dari bilik disiplin kedengaran.

"Jannatul Hawa, Raisya Syuhada, Aiqah Azzahra, Amal Umaira. Detention room now! Thank you." Siapa yang tidak kenal suara itu? Semestinya suara teacher Suraya aka nenek singa.

"Korang boleh pergi." Arahan tegas dari sir Aziz kedengaran. Tahulah mereka bahawa ada kesalahan disiplin yang mereka buat.

Perlahan-lahan Jannatul bangkit diikuti Raisya, Aiqah dan Amal.

"Baru je aku nak duduk, dah kena panggil." Keluh Amal.

"Sebab apa eh kita kena panggil?" Tanya Aiqah hairan.

"Rasanya sebab..." Amal meleretkan ayatnya. Yang lain sudah dapat mengagak.
-
PAP!

Meja di hadapan mereka di hempas kuat menggunakan garisan panjang milik nenek singa iaitu teacher Suraya.

"Kamu ni dah kenapa hah? Balik dari England makin menjadi-jadi perangai kamu. Sepatutnya kamu tunjukkan perangai yang baik. Ini tidak, awal persekolan dah pandai ponteng. Tak datang seminggu pulak tu. Hari ini, dapat pulak cerita kamu lewat datang sekolah. Apa masalah kamu ni Ice Girl?" Bebelan teacher Suraya bagai membebel dinding di belakang Ice Girl. Ice Girl hanya diam sahaja.

"Hah, kenapa diam? Ingat saya bercakap dengan dinding ke?" Marahnya.

"Kamu sendiri tahu, kamu tu pelajar contoh sejak berada di tingkatan satu lagi. Masa setahun kamu hilang, kami pihak sekolah berharap sangat kamu kembali kerana masalah disiplin semakin menjadi-jadi. Tapi kepulangan kamu pula menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi." Kali ini, teacher Suraya mengeluh kuat.

"Perangai kamu serupa dengan Gangster A Boy. Tak layak bersekolah di sekolah antarabangsa ni." Tanpa teacher Suraya sedar, kata-katanya itu bagai hinaan pada Mafia Ranger. Jannatul menghempas meja lalu bangkit.

"Maaf kalau saya kurang ajar cikgu. Tapi, kalau nak samakan kami dengan Gangster A Boy, maaf, awal-awal saya memang takkan terima. Ponteng sekolah? Apa kata cikgu tanya sendiri pengetua. Kami dah minta izin dan pengetua dah bagi keizinan pun. Lewat datang sekolah? Ada sebab dan biarlah kami saja yang tahu. Hanya satu saja saya nak cikgu pegang kata-kata ni. Saya tak nak hilang orang yang saya sayang lagi buat kali kedua." Sejurus selepas ayat terakhirnya, dia meminta diri lalu terus keluar.

Tanpa di sangka, air matanya melurut jatuh ke pipi. Dan hari itu  sudah banyak air matanya jatuh. Air mata di kesat. Entah kenapa hari itu, dia kelihatan begitu lemah. Tubuhnya terasa longlai. Matanya hampir terpejam. Perkara terakhir yang dia lihat ialah larian seseorang. Yang pasti dia ialah seorang lelaki.

Dan semuanya, gelap.
-
SILING berwarna putih itu perkara pertama yang dia lihat sebelum wajah Raisya betul-betul berada di depannya.

"Woi Anna! Kau buat aku risau tahu tak!" Marah Amal yang sedar pergerakan dari Jannatul.

"Hm, kau ni bisinglah!" Marah Jannatul. Ni lah budak zaman sekarang, tak erti nak tengok sekeliling sebelum sembur.

"Baguslah kalau Anna dah sedar." Suara garau kedengaran. Membulat mata Jannatul mendengar suara pengetua sekolah mereka.

"Err, pengetua. Maaf, saya tak sedar pengetua ada dekat sini." Segera Jannatul memohon maaf kerana bersikap kurang hormat.

"Takpe, kalau keadaan kamu dah baik, saya keluar dulu. Urusan kamu dengan cikgu Suraya tu, biar saya yang pergi cakap dengan dia. Kamu dah boleh balik, nanti risau pulang bonda dan abang kamu." Pengetua itu tersenyum. Sejauh yang dia tahu, Jannatul sudah banyak menempuh dugaan. Semua itu membuat hatinya tersentuh.

"Terima kasih, pengetua." Ucap Mafia Ranger serentak.

"Haih kau kan Anna, nak pengsan pun agak-agaklah. Kalau dia takde, entah kepala kau dah takde kut." Ye, kalau seseorang tidak menyambut tubuh Jannatul, kepala Jannatul pasti akan menghentak besi longkang.

"Jap, siapa dia?" Soal Jannatul hairan.

"Adam."

Dan saat itu, Jannatul terkedu. Tidak menyangka lelaki itu yang membantunya. Namun, entah kenapa hati mengucap kata dendam.
-

B  E  R  S  A  M  B  U  N  G

B  E  R  S  A  M  B  U  N  G

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
GANGSTER NAKAL V.S MAFIA DINGINWhere stories live. Discover now