BAB 3-INTAI

4.4K 199 10
                                    

Bismillah...let's go
-
PAGI itu, Jannatul dan ahli Mafia Rangers yang lain datang awal kerana hendak mengawasi Gangster A Boy. Jam sudah menunjukkan 7.20 pagi namun tiada langsung mereka nampak kelibat Gangster A Boy, tetapi...

"Tengah tunggu kami ke ni?" Terhinjut bahu Mafia Rangers kerana dia sergah begitu.

"Terkejut ke cik adik? Tak baik intai-intai orang." Usik Aiman.

"Bila masa pulak kitaorang intai? Korang je perasan." Bantah Amal.

"Alah mengaku jelah. Mak bapak korang tak ajar ke jangan intai-intai lelaki." Perkataan mak bapak dari Adam membuatkan Jannatul rasa marah.

"Kau jangan nak masukkan hal mak bapak aku lah!" Tengking Jannatul. Dia berlalu pergi. Dia tahu air matanya hampir mengalir namun di tahan saja. Amal dan Aiqah turut mengejar langkah Jannatul yang makin menjauh.

"Kalau korang rasa nak mati, sebut lah lagi perkataan tu." Kata Raisya dingin sebelum meninggalkan Gangster A Boy yang terpinga-pinga.

"Apa yang kau cakap tadi?" Tanya Alif pada Adam.

"Kau pekak ke sampai tak dengar ayat aku?" Balas Adam. Ayat Alif seperti menyalahkan dirinya.

"Aku rasa maksud ayat Alif apa yang kau cakap sampai si Anna tu macam marah?" Terang Aizatt.

"Entahlah dia, serabut. Jom masuk kelas." Alif, Aiman dan Aizatt mengeluh lalu mengikut ketua mereka itu. Apalah nasib mempunyai ketua yang baran, sombong dan ego tinggi melangit itu.
-
JANNATUL menulis nota yang di tulis oleh Madam Fiona di papan putih. Matapelajaran Fizik itu memenuhi otaknya. Pen papan putih itu di letak. Madam Fiona memerhati seorang demi seorang pelajarnya.

Semua menulis kecuali 4 orang lelaki. Semestinya Gangster A Boy. Siapa lagi yang berani lawan Madam Fiona yang garang. Garang Madam Fiona ni singa pun takut. Bercakap macam menjerit. Menjerit macam mengaum.

"Saya nak kamu hafal semua formula-formula yang saya beri. Besok saya masuk kelas kamu saya akan beri kamu ujian. Tolong bersiap sedia. Lagi 5 bulan kamu nak SPM. Tolong fokus." Arah Madam Fiona tegas.

"Alah madam, kita kan dah ada ujian hidup. Kenapa kena beri ujian pelajaran lagi? Aargh!" Rungut Aiman yang sebenarnya niatnya cuma untuk menaikkan baran madam.

"Kamu Aiman, jangan kurang ajar."

"Kenapa kalau adik saya kurang ajar? Ada masalah ke dengan madam?" Balas Alif memback up Aiman.

"Dah saya nak keluar." Tanpa salam atau bacaan doa, Madam Fiona melangkah kaki keluar dari kelas 5 An-Nourus itu. Kelas 5 An-Nourus adalah kelas pertama namun tahap kesopanan kelas itu tidaklah seperti yang diingini.

Tamat kelas Madam Fiona bermaksud sudah tiba waktu rehat. Semua yang baru hendak keluar terhenti bila Gangster A Boy berdiri. Menjadi kebiasaan semua pelajar untuk membiarkan Gangster A Boy untuk lalu terlebih dahulu.

Perkara yang paling mengejutkan berlaku. Sewaktu Gangster A Boy hendak melalui jalan sebelah kanan untuk keluar, Jannatul berdiri dan keluar melalui lorong itu.

"Wei kau pahal!" Marah Adam

"Ape?" Tanya Jannatul dingin.

"Ni laluan aku. Yang kau nak lalu sini juga pahal!" Tengking Adam lagi.

"Ada ke jalan ni nama kau? Ada papan tanda kata jalan ni HANYA MILIK ADAM WAFIE atau ada kata jalan ni HARAM BAGI PELAJAR SELAIN ADAM WAFIE, ada ke?" Balas Jannatul lagi.

"Kurang ajar." Tangannya naik hendak menampar Jannatul namun pantas saja tangan kiri Jannatul menangkap. Dia tersenyum sinis.

"Ini je ke yang kau mampu?" Jannatul menekan tangan Adam sehingga Adam menjerit kesakitan.

GANGSTER NAKAL V.S MAFIA DINGINWhere stories live. Discover now