21: Paranoia

125 18 7
                                    

"People that have trust issues only need to look in the mirror. There they will meet the one person that will betray them the most."
― Shannon L. Alder

🍁🍁🍁

Selesai memberitahu Amir akan kereta yang diinginkan, Ella kembali meneruskan kerjanya. Amir beralih semula ke sofa dan kembali sibuk dengan urusan sendiri. Beberapa ketika kemudian, Ella mencapai telefonnya yang berdering menandakan mesej masuk. Matanya terjegil melihat mesej daripada Faris.

Ella free ke dalam minggu 25hb nanti?

Lantas dia teringatkan ajakan Faris untuk datang bersama ke sebuah majlis. Kepalanya didongakkan ke arah Amir. Amir bijak mengemudikan perbualan, menyebabkan dia berasa selesa hendak berkomunikasi dengannya. Tidak seperti dirinya yang kadangkala janggal hendak memulakan perbualan. Tekaknya didehamkan sebelum menyapa, "Er ... Amir."

Sambil lewa Amir membalas, "Hm ... apa dia?" Apabila Ella tidak segera menjawab, sepenuh perhatiannya diberikan kepada Ella yang kelihatan teragak-agak.

"Tadi awak kata awak yang urus hal saya kan?"

Amir mengangguk.

"Awak juga ke yang urus jadual kerja saya?"

Amir mengurut dagunya sebelum bingkas mendekati meja Ella. "Ya." Bibirnya kemudian tersenyum senget. "Saya seorang aje yang tahu awak ni sebenarnya wujud dalam hidup Xander. Jadi, apa-apa yang berkaitan dengan awak, memang hanya saya seorang aje yang tahu."

Ella mengerutkan dahinya. "Special case sangat ke saya ni?"

Amir tergelak lalu mengangkat bahunya.

"Apa-apalah Amir ... saya cuma nak tahu 25 hari bulan nanti saya free ke tak?"

Pantas Amir menjawab, "Tuan Xander ada hal penting 25 hari bulan ni. Dia tak ada dekat KK waktu tu. Setakat ni ... dia tak ada cakap apa-apa lagi tentang kerja awak on that day. Jadi, anggap aje awak free."

Ella mengangguk faham lalu membalas mesej Faris. "Kalau macam tu 25 hari bulan nanti saya tak available untuk kerja. Jangan tiba-tiba cari saya pula."

"Awak masih ingat kan apa syarat-syarat yang awak sain dalam kontrak?"

Ella melayangkan bebola matanya ke atas.

"Good. Bersedia aje kalau tiba-tiba awak kena cari." Amir tersengih sebelum berlalu meninggalkan Ella. Ella meneruskan kerjanya dengan tekun sambil ternanti-nantikan balasan mesej daripada Faris. Apa agaknya agenda Faris?

***

Setelah hampir setengah jam menjelajahi ruang kompleks membeli-bela, Ella bertambah kusut melihat telatah manusia di sekelilingnya. Sangkanya dia dapat melepaskan ketegangan kerja yang ada. Namun, usahanya tampak sedikit gagal. Pada awalnya dia hanya sekadar menemani Toni yang gigih mempelawanya untuk keluar membeli-bela, tetapi sempat juga dia menyambar sepasang gaun makan malam yang ringkas sebaik saja memasuki ruang kompleks itu.

"Kau tak nak beli dress lebih ke Ella?" soal Toni yang membelek-belek koleksi gaun yang berkilauan. "Aku rasa kau perlu pakai dress-dress macam ni lah. Manalah tahu majlis rasmi yang Faris cakap tu up sikit standardnya, taklah kau malu sangat."

"Walaupun dress aku biasa-biasa, keyakinan aku luar biasa tau. Kau fikir aku ada masa nak fikir pasal dress aku ke nanti?" gumam Ella yang sedari tadi menjadi pengikut setia Toni ke hulu dan hilir.

Toni mendecit lalu menjeling ke arah Ella. "Jadi apa point kau nak datang ke majlis tu kalau bukan nak ambil perhatian Faris?"

Ella tepuk dahi. "Kau fikir aku setuju datang ke majlis tu sebab aku nak tarik perhatian Faris ke?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 22, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nota Cinta Untuk CintaWhere stories live. Discover now