16: Kontrak Buat Ella

93 21 13
                                    

"Mystery creates wonder and wonder is the basis of man's desire to understand."-- Neil Armstrong

🍁🍁🍁

Ini adalah perjanjian yang akan mengikat di antara Azhavella Cinta binti Hashim dan Tengku Alexander Amin bin Tan Sri Tengku Ramzie. Berikut adalah isi kandungan utama kontrak, sekiranya Cik Azhavella menandatangani kontrak ini sekaligus menerima tugasan sebagai pembantu peribadi Tengku Alexander:

1. Cik Azhavella bertanggungjawab untuk mengurus pelaburan aset Tengku Alexander dengan telus dan berusaha untuk membuat pilihan/keputusan yang akan memberi keuntungan maksima kepada Tengku Alexander.

2. Cik Azhavella akan mewakili Tengku Alexander dalam apa-apa mesyuarat/pertemuan yang melibatkan pelaburan aset yang telah/bakal dilakukan.

3. Cik Azhavella wajib menuruti sebarang arahan daripada Tengku Alexander yang berkaitan dengan skop tugasan sebagai pembantu peribadi Tengku Alexander.

Ganjaran:

1. Cik Azhavella akan menerima RM5000 setiap bulan sepanjang tempoh kontrak masih sah.

2. Cik Azhavella akan disediakan wang saku secukupnya untuk perbelanjaan perjalanan, makan, penginapan dll. yang terlibat dalam skop kerja sepanjang tempoh kontrak.

3. Cik Azhavella akan diberikan pilihan untuk memiliki sebuah aset pilihan sendiri. Tertakluk kepada Lampiran Syarat 2.

Tempoh kontrak:

Lima (5) tahun.

Kontrak adalah sah bermula pada tarikh ianya ditandatangani di hadapan seorang saksi dari pihak Tengku Alexander dan seorang saksi dari pihak Cik Azhavella.

Lampiran Syarat 1:

1. Tidak dibenarkan untuk mendedahkan sebarang maklumat peribadi berkaitan perihal harta dan kewangan Tengku Alexander kepada pihak lain.

2. Tidak dibenarkan menarik diri atau membatalkan kontrak setelah ditandatangani.

3. Tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan reputasi Tengku Alexander.

Lampiran Syarat 2:

1. Tengku Alexander berhak mengetahui keberadaan Cik Azhavella untuk memudahkan urusan kerja.

2. Tengku Alexander berhak mengubah isi kandungan kontrak mengikut persetujuan Cik Azhavella.

3. Tengku Alexander berhak menuntut semula apa-apa ganjaran yang telah diberikan kepada Cik Azhavella sekiranya Cik Azhavella didapati melanggar syarat-syarat utama kontrak ini.

Syarat-syarat Lain:

Di akhir kontrak ini, sama ada ianya berakhir atas dasar luput atau ditamatkan oleh Tengku Alexander sendiri, Tengku Alexander berhak membuat satu permintaan terakhir kepada Cik Azhavella. Cik Azhavella berhak untuk membuat keputusan untuk menerima atau menolak permintaan tersebut.

...

Selesai membaca kontrak itu, Ella meletakkannya ke atas meja dengan kasar. Anak matanya merenung tajam wajah Toni. "Mana ada kontrak tu kata aku kena kahwin dengan Xander. Stop making up stories, Toni. Kau buat aku sakit jantung aje tau tak?"

"Syarat terakhir tu kau baca elok-elok tak?" Toni mencapai semula kontrak lalu ditayangkan ke hadapan wajah Ella. "Tengku Alexander berhak buat satu permintaan terakhir kepada kau nanti. Kau rasa apa permintaan dia?"

"Manalah aku tahu," gumam Ella lalu menyandarkan tubuhnya ke sofa. Anak matanya memandang siling ruang tamu. Otak ligat menghadam isi kontrak yang baru saja selesai dibaca.

Nota Cinta Untuk CintaWhere stories live. Discover now