🐾 53: Mizuki's Challenge

730 60 1
                                    

"Tuan!" Otto segera membantu Yuki untuk duduk semula. Tubuh lelaki itu didakapnya erat, seperti adik yang memeluk abangnya.

"Benda apa tadi tu?" Soal Yuki dengan suara serak. Kepalanya masih pinar akibat hentaman mengejut. Ren menunduk sedikit.

"Maaf Yuki. Itu griffin tadi. Bila ia kalah, ia akan meletup," jelasnya pendek. Yuki mengangguk kecil lalu berdiri. Jumlah tentera di hadapannya semakin berkurangan berbanding yang asal.

Mayu masih fokus menggunakan nyanyiannya untuk memberhentikan dan menghapuskan tentera-tentera itu satu persatu.

Sayuri di sebelahnya dikerling. Selain kumpulan asalnya, kumpulan Sayuri tiba di situ. Ken menepuk-nepuk belakang Yuki perlahan.

"Setakat ni, kita tunggu untuk beberapa minit sekejap. Lepas tu, baru kita serang lagi," terang Ken apabila melihat riak wajah Yuki yang masih lagi kelihatan pening.

"Aku akan berhentikan masa mereka," ujar Sayuri. Sekelip mata, masa tentera di hadapannya diberhentikan. Mayu mengambil peluang itu untuk menaikkan lagi nada suaranya.

"Yang lain mana?"

"Ketua kata mereka dalam perjalanan. Kumpulan Alex pula masih dalam pertahanan sebagai langkah berjaga-jaga," jawab Ken.

Yuki mengangguk faham. Dia merenung perlawanan sengit di antara kumpulannya dengan tentera Mizuki yang tiada henti.

Hikari sibuk melepaskan ratusan anak panah, Ken sudah meluncur laju ke bawah dan membunuh setiap tentera, manakala Sayuri berjaga di atas untuk mengawal masa.

Mayumi duduk di tepi, menunggu kedatangan musuh dari langit. Otto pergi membantu dengan melepaskan pelbagai bom dalam bentuk jetnya. Ren pula mengawal kuasa Mayu untuk menggunakan kuasanya.

"Yuki, bilangan tentera makin sedikit. Otto dah boleh jalankan tugas!" Jerit Ren. Yuki akur arahan itu. Otto dipanggilnya untuk kembali ke atas bukit.

Robot itu serta-merta tiba di situ dan menunggu arahan daripada tuannya. Jejaka itu perlahan-lahan mendekati Otto. Bahu robot itu dipaut.

"Otto, aku tak nak korbankan kau...."

"Tapi tuan, ni je caranya," jawab si robot sambil tersenyum. Yuki terdiam. Kalau sempat, dia hendak mengalahkan sendiri kesemua tentera itu. Namun, tarikh keramatnya ialah esok dan mereka tiada masa untuk mengalahkan kesemua tentera itu.

"Aku... faham. Walaupun kau dah tiada nanti Otto, aku janji aku takkan lupakan kau," ucap Yuki sebak. Otto memeluk tuannya dengan ketinggian yang agak rendah.

Yuki mengusap kepala robot itu buat kali terakhir. Kemudian, dia dan Otto mendekati tebing bukit. Seperti kata Ren, jumlah tentera Mizuki semakin sedikit. Ini sahajalah peluang keemasan yang mereka ada.

"Diarahkan semua untuk berundur," arah Yuki melalui pembesar suara milik Otto. Robot itu menutup matanya sementara kesemua ahli berundur ke bukit.

"Otto, kau boleh mulakannya sekarang," ujar Mayu setelah kuasanya diberhentikan. Otto mengangguk. Robot itu bertukar warna kepada hitam, sebagai tanda kuasa kegelapannya.

"Tuan, saya sebagai robot pemusnah dunia kegelapan, akan menjalankan tugas terakhir saya."

"Ya. Terima kasih, Otto."

Otto mengeluarkan jet di belakang tubuhnya sebelum terbang ke atas tentera itu. Saiznya semakin lama semakin membesar.

Asap hitam mengelilingi robot itu. Yuki menarik nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan. Matanya mengecil.

"Pergi, Otto!"

Sebuah sfera hitam besar muncul daripada Otto. Sfera itu penuh dengan kod-kod pemusnahan. Tidak lama kemudian, sfera itu bertukar warna kepada merah.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now