🐾 11: Explanation

1.4K 112 6
                                    

"Shiori!"

Tubuh dikakukan. Namun, bibir tetap mengukir senyuman. Tanda bersyukur dia dapat pulang semula untuk berjumpa kembarnya.

Ryuu meleraikan pelukannya. Wajah Shiori ditatap lama. Mukanya begitu tenang setelah dapat melihat semula gadis tersebut.

"Awak pergi mana?" soal Ryuu prihatin. Senyuman Shiori semakin melebar. Dia mahu ceritakan segala-galanya kepada Ryuu.

"Kejap lagi saya cerita. Nak mandi dulu," beritahunya. Ryuu mengangguk lalu keluar dari bilik Shiori.

Gadis itu terus mencapai tualanya yang disangkut rapi. Sempat dia teringat akan lelaki yang menjadi musuh Dragonel itu.

~~~

Tubuh dihempaskan ke katil setelah menyarung pakaian. Siling bilik itu dipandangnya. Hari masih pagi. Nampaknya, seharian juga di menetap bersama Kei.

Ketukan di pintu membuatkan dia berada dalam posisi duduk. Daun pintu bilik itu ditolak dari luar.

Muka Ren ditunjukkan. Gadis itu tersenyum riang sebaik sahaja nampak wajah Shiori. Segera dia turun semula ke ruang tamu untuk memberitahu berita baik itu.

Shiori sudah ternganga. Dia tidak dapat memikirkan cara untuk memberitahu rakan seperjuangan tentang kehilangannya itu. Hatinya mula gelisah.

Dia segera mencari Ryuu di bilik. Apabila mendapati lelaki itu sedang membaca buku sambil berbaring di katilnya, Shiori terus menerjah ke katil itu.

"Wa! Ape ni Shiori?!"

"Sori."

Tangan Ryuu ditarik. Lelaki itu terkejut. Tiba-tiba sahaja tangannya ditarik oleh Shiori sebegitu. Sememangnya Shiori kelihatan amat cemas ketika itu.

"Kenapa ni?" soal Ryuu sambil membaca buku. Shiori mendiamkan diri. Otaknya ligat berfikir cara untuk memberi penerangan.

Ryuu memandang wajah Shiori yang semakin berkerut. Jarang kembarnya itu berkerut sebegitu gaya.

"Jangan kerut macam tu, nanti jadi orang tua. Padan muka."

Terjegil mata Shiori. Laju tangannya memukul lengan sasa Ryuu sekuat mungkin. Mengadu kesakitan lelaki itu dibuatnya.

"Ish awak ni. Saya tengah risau ni," jelasnya supaya Ryuu tidak memerlinya lagi. Ryuu mengangkat sebelah kening kerana terasa pelik.

Baru sahaja dia ingin membalas, ketukan di pintu membuatkan mereka memandang ke arah pintu itu serentak.

Wajah Sayuri yang ceria memanggil mereka untuk turun ke ruang tamu. Ryuu mengangguk manakala Shiori sudah gementar.

Tangan Ryuu digenggam kuat. Mereka berdua turun ke ruang tamu sambil berpegangan tangan atas permintaan Shiori sendiri.

Shiori takut untuk memberikan penjelasan, terutamanya kepada Char. Ketuanya itu agak tegas. Mereka mengambil tempat secara bersebelahan.

Sekali lagi gadis itu menelan air liur. Kesemua ahli kumpulan itu sudah berada di ruang tamu atas arahan Char.

Tanpa membuang masa, Char terus meminta penjelasan Shiori atas kehilangannya seharian.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now