🐾 2: Feeling

2.7K 170 9
                                    

Tepat jam 8.00 malam, kesemua penghuni pangkalan Lylith itu sudah berada di ruang tamu.
  
   Gadis yang bertugas untuk menjaga tetamu itu memanggil pasangan kembar itu untuk turun ke ruang tamu. Ryuu kebetulan berada bersama Shiori pada waktu itu.

   Kembar itu mengambil tempat berhadapan dengan dua orang lelaki yang mempunyai telinga kucing. Char si serigala memberikan isyarat kepada mereka semua untuk memperkenalkan diri.

  "Baiklah. Saya perkenalkan diri saya dahulu. Nama diberi ialah Yuriko. Ryota Yuriko. Anak ketiga keluarga Ryota. Dewa langit. Selamat berkenalan," jelas gadis yang sentiasa membantu kembar itu.

   Giliran seterusnya diambil oleh makhluk yang bertelinga kucing tadi dan berambut putih.

   "Nama saya Yoshiyuki Ken. Ini adik saya, Kenji. Kucing jadian. Selamat berkenalan." Lelaki yang hampir serupa di sebelahnya hanya mengangguk kecil sahaja.

   Seorang lagi gadis yang baru sahaja tiba bersama teh untuk mereka semua mengambil giliran seterusnya kerana masih ada hal lain yang perlu diselesaikan olehnya.

   "Nama saya Yoshi Sayuri. Penjaga kawasan Laily dan berkuasa mengawal masa. Selamat berkenalan," jelasnya pendek sebelum menghilangkan diri ke dapur.

   Ryuu yang sempat memandang wajah Sayuri terpaku. Wajahnya terkejut tetapi segera disembunyikan.

   "Kiyoshi Ren. Mahir sihir dan berkuasa untuk membaca minda orang lain. Harap dapat bekerjasama," jelas gadis yang berambut pendek sekaligus memberhentikan lamunan Ryuu.

   Ryuu memandang setiap makhluk yang berada di dalam ruang itu. Matanya tajam merenung. Shiori pula sudah teragak-agak untuk memperkenalkan diri.

"Haru Hikari. Kuasa cahaya. Selamat datang ke Dialight."

   Shiori dan Ryuu serentak memandang ke belakang mereka. Seorang gadis yang berambut merah jambu tiba bersama sepinggan biskut coklat.

   Shiori mengangguk kecil manakala Ryuu tidak memberikan sebarang reaksi. Akhirnya, Shiori memperkenalkan dirinya.

"Shiori. Ini Ryuu. Kami berdua anak kepada keluarga Yuuki. 16. Selamat berkenalan."

   Char melihat sekeliling. Seperti sedang menunggu seseorang yang masih dalam perjalanan. Gadis yang digelar Yuriko tadi membisikkan sesuatu di telinga Char.

   Baru sahaja Char ingin memanggil sesuatu nama, seorang lelaki yang berambut biru gelap tiba dengan sopan santunnya.

   "Maaf kerana lambat. Nama saya Hideaki Mikio. Boleh panggil saya Miki. 18 dan penjaga dewa ais. Selamat berkenalan," terangnya.

   Selepas itu, barulah Char membuka bicaranya setelah semua selesai berkenalan antara satu sama lain.

   "Mulai hari ini, Ryuu dan Shiori akan tinggal di pangkalan ini sekaligus menyertai kumpulan Dragonel ini sebagai penyelamat dunia ini. Ini semua ahli kumpulan Dragonel. Jadi, sila bekerjasama antara satu sama lain. Dan lagi satu, saya ialah Foxy Charlotte. Ketua Dragonel."

   Shiori mengangguk faham. Ryuu pula masih dalam reaksi tidak melayan. Lengan lelaki itu dicuit.

   Kedengaran sakit cubitan itu. Ryuu menundukkan mukanya sebelum meminta izin untuk berlalu pergi. Shiori juga turut mengikutinya. Dia rasa tidak sedap hati tentang emosi Ryuu pada waktu itu.

   Daun pintu bilik Ryuu itu dibuka perlahan agar tidak terlalu mengganggu. Ryuu yang menyelimuti dirinya itu dipandang.

   Shiori menutup semula pintu sebelum berjalan ke arah abang kembarnya. Selimut itu ditarik sedikit agar dapat melihat wajah Ryuu.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now