🐾 10: History

1.4K 119 2
                                    

Matanya dibuka perlahan-lahan. Perkara pertama yang diingatnya ialah Kei.

   Shiori terus bangun dari baringnya. Dia mencari-cari di mana lelaki itu berada sambil memproses tempat yang dia sedang berada.

'Tempat apa ni?'

   Bunyi hentakan kaki menarik perhatiannya. Wajah Kei terlihat dari sebalik kegelapan yang menutupi gua itu.

   Perlahan-lahan Kei berjalan ke arah Shiori kerana dia masih penat. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Shiori sambil belakangnya disandarkan di dinding gua.

   Shiori memandangnya dengan penuh tanda tanya. Apa, di mana, kenapa? Itu semua berada dalam fikirannya.

   Kei memandang semula Shiori. Muka gadis itu membuatkannya tertawa sedikit kerana agak lucu.

"Awak nak tau ke nama tempat ni?"

    Shiori mengangguk. Adakah ini merupakan tempat tinggal lelaki di hadapannya?

   "Nama tempat ni Rosells. Dan, ya, ini tempat tinggal saya sejak saya kecil lagi. Kita ada kat sini lepas berjaya kalahkan naga tadi," jelas Kei kepada Shiori.

   Shiori mengangguk sahaja umpama burung belatuk. Kei tersenyum. Dia melepaskan keluhannya.

"Jom."

   "Pergi mana?" tanya Shiori hairan. Baru nak sambung rehat, tiba-tiba sudah kena pergi ke tempat lain.

"Ikut je."

"Ok."

   Tangan Shiori ditarik lembut. Kei menariknya keluar dari gua itu. Mereka berjalan ke suatu tempat yang rahsia dan hanya Kei sahaja yang mengetahui tempat itu.

~~~

   Pokok sakura di hadapannya dipandang lembut. Sungguh cantik pokok itu. Sudah lama dia ingin melihat pokok itu.

   Kei tertawa kecil. Ekspresi muka Shiori agak comel pada waktu itu. Namun, dia tahan. Dia akan sentiasa membenci Dragonel.

   Tiba-tiba, satu suara menegur mereka dari arah pokok itu. Shiori terdiam. Terkejut rasanya. Seorang lelaki tua muncul dari sebalik pohon tersebut.

   Tanpa sebarang pemberitahuan, satu cahaya muncul di hadapan Shiori. Cahaya itu membuatkan dia rasa pening. Kepalanya berpusing.
 
    Dia perlahan-lahan rebah. Kei segera menangkap tangannya dan menarik ke dalam dakapan. Perlahan-lahan dia membaringkan gadis itu.

   Cahaya tadi bersuara. Kei mendengar dengan teliti setiap butir kata yang diberitahu.

"Sekarang, dia akan mengingati semua sejarah hidupnya."

Suara anak-anak bermain di tepi pantai itu sungguh mendamaikan.
Kedengaran juga suara ibu bapa yang memanggil nama anak-anak mereka.

Sepasang kembar berlari ke arah si ibu. Wanita itu memeluk mereka erat tanda kasih sayang. Kemudian, mereka memeluk pula si bapa yang sedang menyiapkan makanan.

Pipi mereka dicium. Selepas itu, mereka berlari semula ke arah pantai. Air laut yang tenang itu dimain mereka.

Salah seorang dari kembar itu berenang di dalam laut itu. Kembar yang lagi satu pula sudah cemas. Tiba-tiba sahaja adiknya berenang lebih jauh dari persisiran pantai.

Nama ibu bapanya dilaung segera. Si ibu segera berlari ke arah pantai. Anaknya segera dikejar lalu dibawa semula ke persisiran pantai.

Anak itu tertawa kecil. Dia sudah biasa dengan air laut. Si ibu hanya tersenyum kecil. Dia risaukan keselamatan anaknya sahaja.

THE HUNTED TWINS [C]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें