🐾 21: Meet Again

1K 82 0
                                    

"Aaah!"

   Satu jeritan kuat sudah cukup untuk membangunkan penumpang rumah itu.

   Ryuu dan Shiori segera terbangun. Jam di tangan sempat dikerling. Sudah pagi.

   Tanpa membersihkan diri, kembar itu bergerak keluar dari rumah tersebut untuk menganalisis perkara yang terjadi.

   Sangkaan mereka bahawa serigala sudah datang menyerang salah apabila ternampak seorang gadis yang sedang mengutip buah yang jatuh bertaburan.

   Nafas lega dihela mereka berdua. Shiori menyuruh Ryuu untuk masuk terlebih dahulu sementara dia membantu gadis tersebut.

   Tanpa melengahkan masa, Shiori mengutip buah-buah itu dan memasukkannya ke dalam bakul yang dibawa gadis tersebut.

   "Terima kasih," ucapnya lalu terus berlalu pergi. Shiori hanya mengangguk sebelum turut masuk ke rumah semula.

   Tubuhnya segera dibersihkan sebaik sahaja Ryuu selesai. Sebentar lagi dia perlu menyediakan sarapan pula.

   Ryuu pula mengeluarkan diarinya selepas siap berpakaian. Beberapa patah ayat dikarang di dalam diarinya itu.

   Kemudian, barulah dia gerak ke dapur untuk menyediakan bahan yang sesuai untuk sarapan pada pagi itu.

   Keluhan kecil dilepaskan apabila hanya ada roti sahaja di dalam rumah usang itu. Lehernya digaru.

"Tengah masak ke?"

"Opocot Shiori. Ish dia ni. Belum masak pun."

   Shiori tersengih-sengih. Sungguh kelakar apabila Ryuu melatah sambil tangannya yang memegang sudip terangkat ke atas.

   "Ada bahan ape?" soalnya sambil memikirkan sesuatu yang tiada kena mengena dengan sarapan.

"Roti je. Jem pun tak de ni."

  "Em.. Masak roti bakar jelah. Saya nak keluar jap," cadang Shiori lalu terus berlalu pergi. Ryuu mengangguk kecil.

   Sebaik sahaja sebelah kakinya menapak di jalan, dia terjerit kecil. Ahli Dragonel yang dihantar oleh Mikio telah tiba di kampung itu.

   "Korang?! Ape korang buat kat sini?" soalnya dalam nada terkejut. Kembar kucing itu tersengih kecil sahaja.

   Dalam keadaan masih terkejut, Shiori menjemput ketiga-tiga rakannya itu untuk masuk ke dalam rumah tersebut.

   Tanpa melengahkan masa, dia segera memberitahu akan kehadiran rakannya itu kepada ketua kampung.

   Sementara menunggu Shiori pergi memberitahu, Kenji memerhatikan sekeliling rumah itu.

   Kosong sahaja. Umpama tiada orang tetapi sebenarnya ada. Pandangannya dialihkan pada si abang, Ken.

   Ken mengambil tempat di hadapan meja di ruang tamu itu. Dia menepuk-nepuk tempat di sebelahnya tanda menyuruh Kenji dan Ren duduk.

   Mereka berdua menurut sahaja. Tidak lama kemudian, Yume tiba bersama beberapa cawan berisi teh.

   "Maaf buat korang menunggu," kata Ryuu dari dapur. Dia menuju ke meja itu bersama roti bakar yang telah dibakarnya.

   Tanpa menunggu untuk dipelawa, Ken terus mengambil sekeping roti itu lalu digigitnya.

   Ren turut menjamah sarapan itu. Shiori kemudiannya tiba bersama ketua kampung itu.

   Mereka berbalas senyuman. Sambil bersarapan, mereka berbincang sedikit tentang tujuan ahli Dragonel yang lain datang ke situ.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now