🐾 31: Detected

1K 80 5
                                    

Derapan kakinya bergema di kawasan itu. Di mana terletaknya pokok sakura di hadapan tubuhnya.

   "Kau dah balik," tegur satu suara yang dikenalinya. Empunya suara itu keluar dari tempat persembunyiannya iaitu di belakang pohon sakura tersebut.

   Kei tersenyum nipis. Lelaki tua itu lah yang mengingatkan Shiori tentang sejarah hidupnya suatu ketika dahulu. Lelaki tua yang penuh dengan misteri.

   "Pengawal kegelapan dah terlepas. Apa rancangan kau selepas ni?" Soal Kei. Lelaki tua itu tergelak kecil.

"Kau lupa Kei? Dah banyak kali aku beritahu sejak kau kecil. Terlepasnya pengawal kegelapan dari penjara adalah satu petanda yang buruk. Kau tak boleh bunuhnya sebagaimana kejahatan yang lain.

Bahkan, kau kena jumpakan dia dengan kembarnya. Hanya pengawal cahaya sahaja boleh mengawalnya. Tidak lupa juga, perlu hadirnya sepasang lagi kembar seperti yang tercatat dalam sejarah. Kau tahu kan, dalam buku D.A?"

   Dia membalas dengan anggukan. D.A, buku di dunia Darkwinf yang menceritakan perihal dua pasang kembar itu dalam bahasa di dunia sana.

   D.A, singkatan bagi dua perkataan ringkas tetapi amat penting. Titik itu melambangkan huruf O. Tajuk sebenarnya hanya beberapa orang yang tahu.

Dead or Alive

   Tepat dengan isi buku itu. Jika empat kuasa utama tidak digabungkan, mereka semua akan mati. Kalau berjaya, hidup akan aman tanpa sebarang peperangan.

   "Kei, kau kena cari Yuu dalam masa yang terdekat ni. Isyarat dia ada berdekatan dengan IcyRock," jelas lelaki tua itu.

   Kei sekadar mengangguk. Sekarang ini dia perlu mencari Yuu sahaja. Antara makhluk yang tersenarai dalam list musuhnya.

   Dia melangkah balik semula ke guanya. Di situ, Claire sedang duduk menenangkan diri. Kei abaikan sahaja serigala itu.

   Beberapa barang penting yang ada dimasukkan ke dalam beg galas kecilnya. Dua botol ubat turut dibawa.

   Claire yang tersedar akan bunyi bising itu membuka matanya. Jelas pandangannya melihat Kei yang ingin berlalu pergi.

"Kau nak pergi mana Kei?"

"Aku nak cari pengawal cahaya."

"Dengan Dragonel dan vampire tak guna tu?"

"Tak. Aku solo."

"Kalau macam tu aku ikut."

   Tidak dibantah permintaan itu. Claire kuat sama seperti Char. Cuma jenis kuasanya membataskan dia untuk jadi sekuat Charlotte.

   Mereka berdua menapak keluar dari hutan. Bandar IcyRock jadi penentu perjalanan mereka. Yuu perlu dicari.

______________________________

   "Yuki dah okay?" Shiori bertanya sebaik sahaja Otto keluar dari bilik sakit. Anggukan robot itu melegakannya.

   Bukannya dia risau sangat dengan Yuki, cuma Char pun turut jadi pendiam sepanjang tempoh Yuki sakit. Dia risaukan ketua itu.

   "Nampak Ren tak?" Celah Ryuu dari mana entah. Shiori menggeleng. Ahli sihir kumpulan itu memang selalu lesap tiba-tiba.

   "Shiori, nampak Ren tak?" Soal si Hikari pula. Bidadari ni pun tak tau rupanya kat mana Ren. Rasanya dia orang berdua ni rapat.

   "Tak tahu. Dia memang tak de sejak pagi tadi kan?" Balas Shiori. Hikari mengangguk. Pandangan bidadari dialihkan pada Ryuu.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now