🐾 39: Complicated

828 69 0
                                    

"Abang Yuu, betul ke keputusan kita ni?" Soal Mayumi. Perasaan bersalah menyelubungi hatinya.

"Abang merupakan penjaga bandar IcyRock. Takkanlah abang nak biarkan aje bila kakak kamu datang menyerang?" Balas Yuu dingin.

Mayumi meniskus. Dia akur dengan arahan Yuu. Demi menyelamatkan hubungan kembar abang dan kakaknya, dia sanggup lakukan apa sahaja.

"Kalau kakak selamat, abang akan terima Mayumi semula?"

Yuu tersentak. Dia memandang Mayumi buat seketika. Tetapi si kecil itu masih lagi menunduk. Terukir senyuman kecil di bibirnya.

"Dah lama abang maafkan. Cuma..." ayat Yuu tergantung. Kenderaan yang dinaikinya tiba-tiba sahaja dihentikan lalu menyebabkan Mayumi terkebelakang sedikit.

"Abang?"

"Hiro Yuu dan Hiro Mayumi!" Bergema suara itu. Kenderaan yang dinaiki adik-beradik Hiro dililit oleh bayang hitam kepunyaan Kenji.

Sebaik sahaja Kenji mengangkat kenderaan itu ke udara, Yuu pantas menarik Mayumi ke dalam dakapan sebelum melompat turun.

Kenji selamba sahaja mencampakkan kenderaan itu ke belakang. Rosak ataupun tidak langsung tidak diambil kisah.

"Yuu, Char suruh kau duduk berehat di bilik dan bukannya sibuk hal urusan di IcyRock," kata Kenji dingin. Seekor serigala bayang yang agak besar setia di sisinya.

"Kau sanggup ke tengok bandar yang kau sayang kena serang?" Balas Yuu. Anak matanya tajam menikam anak mata Kenji.

"Tak. Tapi Char ada untuk kawal keadaan di sana. Dia tak lemah. Kau patut percayakan penyelamat kau."

"Kau tak faham Yuu! Kedua-dua pembantu aku sudah diambil Mizuki! Kau nak aku buat bodoh sahaja ke?!"

Kenji terdiam begitu juga Mayumi. Jujurnya, mereka tak sedar pun akan kehilangan Ray dan Ruby.

"Dia orang yang sentiasa ada di sisi aku. Jadi, aku tak akan pernah biarkan dia orang diambil macam tu aje."

Tegas penyataan ayat itu. Air muka Kenji berubah simpati. Dia faham perasaan itu, cumanya atas arahan sang ketua, dia perlu ikut.

"Char akan selamatkan dia orang. Kau kena balik sekarang," tegas Kenji tidak mahu mengalah. Yuu menggenggam buku lima. Bila agaknya makhluk kucing jadian ini hendak faham?

Perlahan-lahan satu cahaya kuat mengelilingi tubuh Yuu. Kenji mendecit. Pandangannya dialihkan ke arah Mayumi.

"Mayumi, guna kuasa graviti. Sekarang!"

"Ha?"

Meskipun kurang faham, si kecil itu akur arahan Kenji yang menjadi lawan abangnya ketika itu. Kuasa tekanan graviti digunakan supaya Yuu tidak stabil untuk terus menggunakan kuasanya.

"Mayumi!"

"Maaf abang!"

Serta-merta kuasa Yuu terpadam. Tangannya menahan tubuhnya daripada terbaring di tanah. Kenji pula bergerak di luar kawasan penggunaan kuasa Mayumi.

"Yuu!" Satu jeritan kedengaran dari arah belakang. Kenji mengukir senyuman. Dia melilit Yuu menggunakan kuasa bayangnya.

"Bagus Kenji."

Ken dan Ryuu mendekati Yuu. Tubuh lelaki itu dipegangnya. Mayumi pula dipeluk oleh Shiori manakala Kei dan Yuki melihat dari belakang. Claire pula berdiri di tepi Kenji.

"Kenapa kau orang nak sangat halang aku dari selamatkan IcyRock?" Soal Yuu lemah. Hampir-hampir sahaja air matanya menitis.

"Bukan nak halang, tapi sekadar mengikut arahan. Char ketua. Kau perlu ikut arahan dia."

Yuu tidak membalas. Keadaannya yang masih lemah membataskan pergerakan dan penggunaan kuasa.

Mayumi merenung dari posisinya. Sekilas dia memandang Shiori sebelum beralih ke arah Ryuu.

"Kalau abang tak boleh, saya boleh ke?" Soalan yang diajukan oleh Mayumi mengejutkan mereka semua. Budak kecil hendak menyertai pertarungan maut?

"Tak!" Yuu menjerit. Bulat matanya apabila mendengar persoalan itu. Mayumi terhenjut bahu. Terkejut mendengar halangan Yuu.

"Tapi saya sihat. Tolong bawa saya ke IcyRock," rayu si kecil. Masing-masing berbalas pandangan. Kecuali Shiori. Dia meninggung lalu menggelengkan kepala.

"Mayumi... Kalau Yuu tak ada, lagi bahaya nanti."

"Aku ikut dia. Orang yang lain boleh hantar Yuu pulang semula ke pangkalan Lylith," celah Claire.

Sepantas kilat Kei memandang serigala itu. Wajahnya seolah-olah tidak percaya apa yang baru didengarinya tadi.

"Claire."

"Sekurang-kurangnya, kalau aku pergi pun, dapat lemahkan sedikit kuasa Mizuki memandangkan dia dan aku merupakan pemegang kuasa kegelapan," tambahnya lagi.

Tanpa menunggu lama, Ken mengangguk setuju. Yuu pula sebaliknya. Kepala digeleng laju tanda sangat tidak setuju.

Mayumi ukir senyuman. Dia mendekati Claire lalu memeluk sang serigala. Bisikan terima kasih diucap.

"Sekarang masa untuk pulang. Ikut aku balik. Claire, jaga Mayumi baik-baik di IcyRock nanti," pesan Ken lembut.

"Okay. Kei, kau tahu apa yang kau patut buat selepas ni kan?"

Kei kebingungan. Tak faham soalan yang diajukan oleh Claire. Namun, serigala itu tidak mahu menerangkan soalannya malah terus membawa Mayumi pergi ke IcyRock.

"Mayumi! Jangan pergi!"

Ken tersentak. Yuu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Segala kudrat yang ada digunakan untuk meloloskan diri.

"Ryuu, gunakan kuasa api kau," arah Kenji. Ryuu akur. Dia menghidupkan api di sekeliling Ken dan Yuu. Shiori, Ken dan Kei sekadar memerhati.

Yuu kepanasan. Suhu api Ryuu semakin panas. Akhirnya, dia rebah ke tanag begitu sahaja. Kemudian, barulah Ryuu menghilangkan semula apinya.

"Kenji, Ryuu. Bawa Yuu naik kenderaan. Kita akan bergerak pulang."

"Baik."

Perlahan-lahan tubuh itu dipapah lalu dinaikkan ke atas kenderaan. Setelah semuanya selesai, barulah Ken dan Shiori turut menaiki kenderaan itu.

Namun, belum sempat Ken memulakan perjalanan pulang, Shiori sudah menjerit.

"Kenapa Shiori?"

"Yuki hilang!"

"Ha?!" Serentak keempat-empat jejaka itu bersuara. Ken terus turun daripada kudanya. Matanya pantas mencari kelibat si vampire.

"Ken, saya rasa... Yuki ikut Claire dan Mayumi ke IcyRock..." takut-takut sahaja dia bersuara.

"Apa?! Kenapa tak halang dia?!" Sudahnya, Ken tidak sengaja menengking Shiori. Ryuu lantas memeluk adiknya sebaik sahaja melihat reaksi ketakutan Shiori.

"Bukan salah dia. Dia agak sahaja," ujar Ryuu sebagai pelindung si kembar. Ken melepaskan keluhan panjang. Fikirannya serabut!

"Yuki ikut mereka sebab ada Char di sana. Aku yakin, dia tak akan apa-apa di sana nanti," Kenji menyelit. Ken mengangguk lemah.

Kalau sudah begini jadinya, dia masih perlu ikut rancangan asal. Takkkanlah dia hendak gadaikan yang lain semata-mata hendak menyelamatkan Yuki.

"Baiklah, ikut rancangan asal. Nanti aku akan cuba berhubung dengan Char," katanya lemah. Selepas itu, barulah mereka bergerak pulang ke pangkalan Lylith.

TBC

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now